You are on page 1of 7

SK SIJANGKANG

TELOK PANGLIMA GARANG , SELANGOR

KERTAS KERJA
PROGRAM KEBITARAAN PENGAKAP :
LAUNG AGUNG (KUIZ ONLINE)
SK SIJANGKANG

ANJURAN:
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
26 Disember 2021

“BUAT HABIS BAIK”


KERTAS KERJA
PROGRAM KEBITARAAN PENGAKAP (KUIZ ONLINE)
SK SIJANGKANG

1.0 PENDAHULUAN
Laung Agung merupakan satu tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak yang diamalkan di seluruh
dunia. Laung Agung mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”Laung Agung
juga adalah sebagai suatu upacara pengakap untuk menghormati tetamu. Laung Agung dapat melahirkan
semangat setiakawan, perpaduan serta membina displin. Laung Agung ini juga dapat melatih setiap
anggota supaya patuh pada tatatertib, taat setia dan mengamalkan sikap bekerjasama di dalam pasukan.
Dengan adanya teknologi media seperti internet, latihan Laung Agung tetap dapat dijalankan secara
online walaupon negara dilanda wabak pandemik covid19. Program poertama yang dijalankan di bawah
program kebitaraan ini ialah pendedahan Laung Agung kepada ahli pengakap kanak-kanak SK
Sijangkang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam laung agung pengakap kanak-kanak.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan mempelajari asas laung
agung di dalam unit beruniform pengakap.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti laung agung yang telah
dirancang
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang
diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif.

3.0 TEMA
“Buat Habis Baik”

4.0 SASARAN
Pengakap kanak-kanak tahun 4, 5 dan 6 SK Sijangkang

5.0 TEMPAT
Platform online (google form)
6.0 TARIKH
29 November hingga 3 Disember 2021
7.0 JAWATANKUASA
Penasihat : TN. HJ. MOHAMAD ROSLI B. AZHAR
Pengerusi : PN HAIRIAH BINTI JELANI
Penyelaras : EN. ASHRUL IDHZAT B. ABIDIN
Setiausaha : PN. NORKHAZHIMA BINTI ZALKARNAIN

Jawatankuasa Pelaksana

Penyediaan bahan : EN. MUHAIMIN B. MOHD DANI (ketua)


PN. ZURAINI BINTI KASSIM (Tahun 4)
PN. NOOR ZAYANA (Tahun 4)
PN. SITI FATIMAH BT MAN (Tahun 6)
PN. SUZIANA BINTI ANUAR (Tahun 6)
CIK RUHAIZAN BINTI MOHD (Tahun 5)
` PN. NORLIHAFIZA (Tahun 5)

Teknikal : EN. M. JUFFRI B. TAKWIM


PN. NOOR ZAYANA
PN. FARIDAH BT ALI
EN. MOHD YUSRI B. BAHARI

Pengurusan Peserta : PN. NORMALISA BT ROSLI (Tahun 4)


MUHAMMAD TIMOTHY JOEL (Tahun 4)
PN. NORILAH BT MAJID (Tahun 5)
PN. SITI KHUZAIMAH SORONI (Tahun 5)
EN. ENIDZULLAH B. NGASRI (Tahun 6)
PN. SUHAIZA BINTI ISMAIL (Tahun 6)

Media : EN. NIK MOHAMAD LUKMAN


PN. HALIMAH BINTI PADZIL
EN. MOHD SHAMSUL

Jurugambar & Dokumentasi : EN. ASHRUL IDHZAT B. ABIDIN


PN. NORKHAZHIMA BINTI ZALKARNAIN

Peraturan-peraturan Pertandingan
1. Peserta lelaki dan perempuan
1.1 Semua ahli pengakap kanak – kanak tahun 4, 5 dan 6 terlibat
1.2 Penyertaan mengikut kategori tahun 4, 5 atau 6

2. Anjuran
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Beruniform Pengakap SK Sijangkang
3. Pecahan pertandingan
3.1 Tahun 4
3.2 Tahun 5
3.3 Tahun 6

4. Penyertaan
4.1 Setiap peserta yang akan menyertai pertandingan kuiz Laung Agung akan
mendaftarkan diri mengikut link yang telah disediakan di dalam bentuk google form.
Penyertaan ini mengikut kategori tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
4.2 Satu link pendaftaran akan diberikan ke dalam setiap kumpulan telegram pengakap
dan peserta dikenhendaki mengisi nama kehadiran
4.3 Pada hari program bermula, satu link untuk setap kategori akan diberikan ke dalam
group telegram pengakap setiap tahun dan peserta perlu menonton video dan
menjawab soalan kuiz yang melibatkan asas Laung Agung,
4.4 Peserta hanya boleh menjawab kuiz soalan tersebut sekali sahaja

5. Pembatalan
5.1 Peserta hanya boleh meenghantar jawapan sekali sahaja. Sekiranya terdapat nama
duplicate, siasatan akan dijalankan oleh teknikal dan mana-mana peserta yang
didapati melanggar syarat pertandingan akan dibatalkan hak penyertaannya. Namun
sekiranya memang terdapat masalah teknikal, peserta boleh mengambil semula kuiz
tersebut untuk kali kedua pada waktu yang sama.
6. Penentuan pemenang
6.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan markah tertinggi di dalam setiap kategori.
Sekiranya terdapat beberapa markah yang paling tinggi, kriteria seterusnya yang akan
diambil kira adalah penghantaran jawapan yang terpantas (paling awal)
6.2 Setiap kategori tahun akan mempunyai 3 pemenang
Tahun 4 : tempat pertama, kedua dan ketiga
Tahun 5 : tempat pertama, kedua dan ketiga
Tahun 6 : tempat pertama, kedua dan ketiga
7. Hadiah
7.1 Hadiah adalah terbahagi kepada setiap kategori tahun 4, 5 dan 6
7.2 Hadiah Tahun 4 : Tempat pertama (Sijil dan Hamper) – RM 30
Tempat kedua (Sijil dan Hamper) – RM 20
Tempat ketiga (Sijil dan Hamper) – RM 15
7.3 Hadiah Tahun 5 : Tempat pertama (Sijil dan Hamper) – RM 30
Tempat kedua (Sijil dan Hamper) – RM 20
Tempat ketiga (Sijil dan Hamper) – RM 15
7.4 Hadiah Tahun 6 : Tempat pertama (Sijil dan Hamper) – RM 30
Tempat kedua (Sijil dan Hamper) – RM 20
Tempat ketiga (Sijil dan Hamper) – RM 15

8.0 ANGGARAN KOS


BIL PERKARA JUMLAH
HADIAH TAHUN 4
 Tempat pertama (Sijil dan
Hamper) – RM 30
RM 30.00 + RM 20.00 +
1  Tempat kedua (Sijil dan
RM15.00 = RM 65.00
Hamper) – RM 20
 Tempat ketiga (Sijil dan
Hamper) – RM 15
HADIAH TAHUN 5
 Tempat pertama (Sijil dan
Hamper) – RM 30
RM 30.00 + RM 20.00 +
2  Tempat kedua (Sijil dan
RM15.00 = RM 65.00
Hamper) – RM 20
 Tempat ketiga (Sijil dan
Hamper) – RM 15
3 HADIAH TAHUN 6 RM 30.00 + RM 20.00 +
 Tempat pertama (Sijil dan
Hamper) – RM 30
 Tempat kedua (Sijil dan
RM15.00 = RM 65.00
Hamper) – RM 20
 Tempat ketiga (Sijil dan
Hamper) – RM 15
JUMLAH KESELURUHAN RM195.00

9.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
menjayakan karnival ini.
Disediakan oleh,

……………………………………
( ASHRUL IDHZAT BIN ABIDIN )
Ketua Unit Beruniform Pengakap
SK SIJANGKANG

Disemak oleh,

………...……………………………………
( HAIRIAH BINTI JELANI )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK SIJANGKANG

Disahkan oleh,

………...………………….
(TN HAJI MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR)
Guru Besar
SK SIJANGKANG

You might also like