You are on page 1of 2
és KEMENTERIJAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tel + 082-473473 Cael Jalan Dipiomatik, Off Jalan Bako Faks 082-473428 Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak Laman Web: jpnsarawak moe.gov.my Ruj. Kami : JPNSW9.100-1/7/1(4) Tarikh — : 3 Januari 2022 ‘Semua Timbalan Pengarah ‘Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan Semua Ketua Penolong Pengarah Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah YBrs. Dr./Tuan/Puan, PENGOPERASIAN PEJABAT KERAJAAN MENGIKUT FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERTA PEJABAT SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 4 MULAI 3 JANUARI 2022 Dengan hormainya saya merujuk perkara di atas dan Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan pada 31 Disember 2021 serta Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak JPBN Bil 365/2021 pada 31 Disember 2021 adalah berkaitan. 2. Sebagaimana pihak YBrs. Dr/Tuan/Puan sedia maklum, Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan bahawa negeri Sarawak dan Kelantan akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 3 Januari 2022 Dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PRN. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melalui Kenyataan Media JPBN Bil 365/2021 turut merakamkan penghargaan kerana diberi pengiktirafan untuk Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN. 3. Sehubungan dengan itu, pengoperasian pejabat Kerajaan di JPN Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah dan pejabat sekolah sepanjang tempoh PPN Fasa 4 adalah berdasarkan ketetapan berikut: 3.1 Kadar kehadiran adalah 100% bekerja di pejabat manakala bekerja dari rumah (BDR) dibenarkan bagi yang memerlukan berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2020. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR seta memastikan pelaksanaan BDR tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan dan prestasi Kerja pegawai; ohn “°MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK™ "PLY RENYALANG FLY FLY HIGH" JPNSW9.100-1/7/1(1) 3.2 33 3.4 Mesyuarat dibenarkan secara fizikal, namun digalak diadakan secara hibrid atau dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa; Perkhidmatan kaunter__perkhidmatan dibenarkan _beroperasi sepenuhnya tanpa memerlukan janji temu; dan Ketua Jabatan perlu memastikan semua SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia, KPM dan pihak berkuasa yang berkaitan dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah penularan wabak COVID-19 di pejabat masing-masing 4, Arahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2022 dan terpakai di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah serta pejabat sekolah tertakluk kepada arahan baharu dari semasa ke semasa Kerjasama semua Pegawai Pendidikan Daerah juga dimohon untuk memaklumkan pelaksanaan arahan ini kepada semua sekolah bawah seliaan masing-masing. Perhatian dan kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ‘Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (Dr. NORISAH BINT! SUHAILI) Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak intpercoparasnnpeisat 01012022 2

You might also like