You are on page 1of 2

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media

pengajaran atau "media" yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar
mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik.

Soalan:-

Apakah prinsip-prinsip dalam proses pemilihan dan penyediaan bahan


pengajaran dan pembelajaran itu.

Prinsip-prinsip dalam proses pemilihan dan penyediaan bahan pengajaran


dan pembelajaran ialah pemilihan teknik pengajaran yang digunakan. Terdapat tiga
kategori teknik pengajaran dan bahan pengajaran yang sesuai dengan teknik
tersebut. Teknik pertama ialah pengajaran secara kelas. Bahan pengajaran yang
sesuai ialah video, slaid, audio, LCD Projector dan lain-lain. Teknik kedua ialah
pengajaran berkumpulan. Bahan pengajaran yang sesuai ialah bahan cetak, bahan
maujud, pembelajaran berbantukan komputer dan lain-lain. Teknik ketiga ialah
pengajaran individu. Bahan pengajaran yang sesuai ialah modul, lembaran kerja dan
lain-lain.

Prinsip kedua ialah sifat bahan. Antara sifat bahan yang perlu diambil kira
ialah bahan maujud kerana ianya dapat menggunakan sebanyak mungkin deria
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sebagai contoh bahan maujud boleh
dicam dengan cara dihidu, dilihat dan disentuh.

Prinsip ketiga ialah jelas dan tepat. Hal ini sedemikian kerana bahan
pengajaran yang jelas dan tepat dapat membantu pelajar memahami isi yang hendak
disampaikan. Sebagai contoh jika bahan gambar, bahan tersebut mestilah jelas dan
menepati objektif pengajaran dengan mengambil kira saiz gambar dan huruf. Jika
bahan teks, bahan tersebut mestilah menggunakan ayat dan kosa kata yang jelas
dan tepat.
Keempat, prinsip pemilihan dan penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran mestilah menarik. Hal ini sedemikian kerana bahan pengajaran yang
menarik menampakkan imej yang positif pada guru. Sebagai guru seharusnya
bersifat kreatif dalam membina bahan tersebut. Sebagai contoh, guru boleh
memasukkan warna-warna tertentu untuk menjadikan bahan itu lebih menarik. Bagi
guru yang tidak pandai menulis dan melukis mereka boleh belajar kemahiran
menggunakan komputer.

Kelima, bahan tersebut mestilah tidak menyentuh hal-hal sensitiviti. Dalam


kehidupan masyarakat yang berbilang kaum ini, guru haruslah memilih bahan
pengajaran yang sesuai dan tidak menimbulkan isu dalam masyarakat. Banyak hal
yang tidak sensitif kepada orang bukan islam tetapi sensitive kepada orang islam.
Sebagai contoh, menggunakan jenama minuman keras dan gambar khinzir dalam
bahan pengajaran.

Akhir sekali, prinsip-prinsip asas dalam pemilihan dan penyediaan bahan


pengajaran dan pembelajaran haruslah diambil kira. Sebagai contoh, bahan tersebut
mestilah selamat digunakan, mudah dibawa, mudah dikendalikan dan bahan baharu.

You might also like