You are on page 1of 1

Lambakan bahan picisan lebih ketara nampak di pasaran berbanding dengan bahan bacaan

ilmiah. Huraikan kesan lambakan bahan picisan di pasaran.

Bahan bacaan picisan boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan
sebarang faedah kepada para pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi unsur-
unsur keilmuan dan pendidikan. Antaranya termasuklah, novel, majalah hiburan, komik dan
lain-lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan bacaan picisan lebih digemari oleh golongan
remaja berbanding dengan bahan bacaan berbentuk ilmiah. Pada masa ini, terdapat pelbagai
bahan bacaan picisan yang boleh diperoleh dengan begitu mudah sama ada di kedai buku,
perpustakaan ataupun sumber Internet. Hal ini mengakibatkan, terdapat banyak kesan
lambakan bahan picisan di pasaran.

You might also like