You are on page 1of 4

Isnin Veronica Flescia 07 November 2020

Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka

Jawab semua soalan berikut.

1. Senaraikan akta-akta yang berkaitan dengan pelaksaaan bahasa


Melayu.
(a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
(b) Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Pindaan 1995 )
(c) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
(d) Akta Hasutan 1948 ( Pindaan 1970 )
(e) Akta Pendidikan 1996

2. Apakah matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka?


(a) Memperkembangkan dan memperkaya bahasa kebangsaan.
(b) Memperkembangkan bakat sastera khususnya dalam bahasa Kebangsaan.
(c) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan atau
penerbitan dalam buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan bentuk
kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa
lain.

3. Apakah badan yang melakukan perancangan bahasa di negara kita dan


jenis perancangan bahasa Melayu?
Badan yang melakukan perancangan bahasa di negara kita ialah Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Jenis perancangan bahasa Melayu :


(a) Perancangan Taraf
 Bahasa rasmi
 Bahasa pengantar
 Bahasa Kebangsaan
(b) Perancangan Korpus
 Pengekodan
 Pemupukan

4. Senaraikan peringkat perancangan bahasa Melayu dan jelaskan


peranannya.
 Perancangan
Membuat keputusan tentang dasar, mengumpulkan data dan
menyusun strategi.

 Pelaksanaan
Pengekodan dan pemupukan.

 Pemasyarakatan
Penerapan korpus-korpus Bahasa yang telah dirancang untuk
digunakan oleh masyarakat.

 Penilaian
Melihat dan menilai hasil atau kesan pada peringkat pemasyarakatan,
membaiki kelemahan serta membuat perancangan yang seterusnya.

5. Jelaskan peranan perancangan taraf.


Peranan perancangan taraf ialah usaha meluaskan dan meningkatkan taraf
penggunaan atau peranan bahasa Melayu dalam masyarakat. Perancangan
taraf melibatkan ketetapan dasar bahasa. Perancangan taraf melibatkan
peningkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pengantar
dan bahasa kebangsaan.

6. Apakah fungsi bahasa Melayu?


 Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi.
 Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa pengantar.
 Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan.
7. Jelaskan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
 Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi.
 Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi-situasi
rasmi di sesebuah Negara.
 Contohnya, bahasa rasmi digunakan dalam ucapan pembukaan Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri.

8. Jelaskan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.


 Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar.
 Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan sebagai medium atau
wahana dalam proses pengajaran dam pembelajaran di institusi-institusi
pendidikan meliputi semua peringkat pengajian.
 Dalam konteks ini, bahasa pengantar juga disebut sebagai bahasa ilmu.

9. Jelaskan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


 Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan.
 Bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang dapat melambangkan jati
diri dan semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme bagi sesuatu
bangsa dan negara.

10. Apakah usaha perancangan korpus?


Usaha perancangan korpus ialah membina dan memperkembangkan aspek
bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, sebutan, perkamusan dan
peristilahan.

11. Nyatakan dua proses perancangan korpus.


(a) Pengekodan
 Penyeragaman untuk menghasilkan satu variasi yang standard,
sempurna dan seragam.
(b) Pemupukan
 Usaha memodenkan bahasa Melayu supaya boleh menjadi bahasa
yang saling terjemah dengan bahasa moden yang lain.

12. Apakah fungsi bahasa Melayu moden?


Bahasa Melayu moden berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa
komunikasi dan bahasa perpaduan.

13. Senaraikan sumbangan institusi lain pada era bahasa Melayu moden.
 Universiti Malaya
Universiti Malaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar untuk semua kursus yang ditawarkan.

 Institut Bahasa
Penubuhan Maktab Bahasa adalah untuk melatih guru-guru yang
bakal mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah
menengah dan di maktab-maktab perguruan.

 Persatuan Penulis Nasional


Persatuan Penulis Nasional telah mendaulatkan bahasa Melayu
sebagai wadah jati diri bangsa, menjadikan bahasa dan sastera sebagai
saluran untuk memperjuangkan keadilan sosioekonomi masyarakat
serta memperjuangkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

14. Senaraikan tokoh-tokoh Bahasa Melayu Era Pascamerdeka.


 Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar
 Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim
 Dr. Hassan Ahmad

You might also like