You are on page 1of 23
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan GARIS PANDUAN PENGGUBALAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI Bahagian 1 Pengenalan ‘+ Tujvan Panduan MembualMeminda Perundangan Sutsidiai ‘+ Defnisi Perundangan Subsiciar 1 ‘+ Tujuan PembuatarvPindaan Perundangan Subsidid 2 Bahagian 2 Proses Pombuatan/Pindaan Perundangan Subsidiari ‘+ Kajan Keperiuan Pembutan/Pindaan Perundangan ‘Subsidian + Persetujuan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah P Persekutuan ‘+ Peryediaan Draf Perundangan Subsidiar 5 ‘+ Perghantaran Deraf Perundangan Subsidiari % kepada Bahagian Gubalan, JPN ‘+ Penyediaan Kertas Mesyvarat JKTWP dan é Kelulusan JKTWP ‘+ Kelulusan Pinak Bekuasan NegeriMenteriPihak A yang diberi kuasa + Proses Pewartaan 7 Bahagian 3 Pelan Komunikasi kepada “Stakeholder” “+ Keperluan Mengadakan Pelan Komunikast e Bahagian 4 Pemakaian Panduan 10 Lampiran A SenaraiPerundangan Subsidiari di bawah kawalan PPTGWP LampiranB Carta Ali Proses Pembuatan/Pindaan Perundangan ‘Subsidiari Lampiran © Contoh Jadual Pelaksanaan Program Lampiran D Contoh Draf Perundangan Subsidies [_saraciana | PENGENALAN Tujuan Panduan Membuat/Meminda Perundangan Subsidiari 4.1. Panduam ini disediakan adalah sebagatrujukan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) dalam membantu merangka perancengan serta tindakan pelaksanaan yang periu iambil pada setisp peringkat pelaksanaan dalam membuat atau meminda suatu perundangan subsidiari Khusus untuk penggubalan Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan Definisi Perundangan Subsidiari 41.2 Perundangan Subsidiarlialah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh pihak atau badan tertentu seperti Menteri-Menteri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Gerkuasa Tempatan di bawah kuasa yang diberikan kepada mereka ‘melalui Akta, Enakmen, Ordinan atau apa-apa kuasa yang sah menurut undang- uundang. 1.3. Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] mentakrifkan Perundangan Subsidiari seperti berikut: “Subsidiary legislotion” means any proclamation, rule, regulation, order, notification, by-lew or other instrument made under any Act, Enactment, Ordinance or other lawful authority and having legislative effect. 1.4 Ciri-citi Perundangan Subsidiar adalah sepert berkut ‘+ Diperbuat oleh pihak yang diberi kuasa oleh Akta Induk untuk membuat perundangan Subsiiar ‘* Tidak boleh metebini nad yang aitetapkan oleh Akta Indu, '* Melengkapkan suatu Akta dan bukannya untuk membuat penambahan kepada Akta Induk. ‘© Bersifatlebihterperinci dan spesifik berkenaan sesvatu prosedur 16 Jenis-enis perundngan subsidiari adalah seperti berikut: ‘© Peraturan-Pereturan — satu bentuk perundangan subsidiari yang ‘menjelaskan dengan lebih terperinci peruntukan yang terdapat dalam Akta Induk. ‘© Kaedah-Kaedsh - memperkatakan mengenal perkara_ yang. berkaitan dengan prosedr ‘© Perintah ~ satu bentuk perundangan subsidiari yang membuat peruntukan ‘tau arahan yang spesifk mengenaisosuatu perkara, orang atau sekumpulan orang, ‘© Undang-Undang Kecil~keblasaanya dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan Untuk mengatur sesuatu aktiviti dalam tempatannya atau bagi suatu kawasan yang terhad. ‘+ Pemberitahuan/Notis~ lebih kurang sama dengan perintah tetapt ia lebih tertumpu berkenaan dengan maklumat awam. ‘© Statut - suatu bentuk perundangan subsidiari yang biasanya dibuat oleh Lniversiti dan juga bagi penetapan pengurnizan Darjah Kebesaran + Proklamasi -suatu bentuk perisytiharan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan ‘Agong atau Rea. Tujuan Pembuatan/Pindaan Perundangan Subsiari a7 18 Perundangan Subsidiari dibuat di PPTGWP adalah bagi menyeragamkan proses- proses atau prosedur yang melibatkan urusan pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan dan juga memastikan semua proses dan prosedur tersebut adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang dinyatakan di dalam Akta Induk Bagi pindaan Perundangan Subsidiari, pindaan bermaksud meminda suatu perundangan subsidiari dengan memasukkan peruntukan baru, memotong. proviso, memasukkan perkataan baru atau membuat pindaan pada struktur ayat bagi memudahkan pemahaman, 2 119 Senaraiperundangan subsidiari di bawah kawalan dan penyeliaan PPTGWP adalah coperti dl tampiran A. 1.10. Gambar rajah di Lampiran 8 adalah ringkasan_ keseluruhan proses pembuatan/pindaan perundangan subsidiari di PPTGWP. Kajian Keperluan Pembuatan/Pindaan Perundangan Subsi 2a 22 23 24 25 PROSES PEMBUATAN/PINDAAN —_PERUNDANGAN SUBSIDIAKL Pihak Jabatan perlu membuat kajfan terlebih dahulu berhubung keperluan untuk membuat a-au meminda suatu perundangan subsiar. Satu keputusan oleh pihak Jabatan perlu dibuat sama ada untuk membuat perundangan subsidiari yang baru atau, menyatukan atau meminda ada, perundangan subsidiar se kKajian mengenai cadangan perundangan juga perlu dlakukan seperti mengenal pasti kesan perundangan tersebut terhadap ekonomi, sosial, dan pelaksanaan di Wilayah Persekutuan Khususnya, Proses kajian ini skan dilakukan oleh Bahagian yang berkaitan atau sekiranya Perundangan Sutsidiari tersebut melibatkan keseluruhan Bahagian/Unit dalam PPTGWP, seorang pegawal perlu cilantik sebagai Pegawai Penyelaras terlebih dahulu, Pelantkan atau pemilihan Pegawai Penyelaras ini akan ditentukan oleh Pengarah PTGWP, Pegawal Penyelaras ini akan memainkan peranan sebagai key ‘person dalam mengetuai, merancang dan menyelia keseluruhan aktivtt atau program berhubung pembuatan/pindaan perundangan subsidiaritersebut. Persetujuan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan 26 27 Setiap cadangan berhubung penggubalan suatu subsidiari atau meminda perundangan subsidiari memerlukan persetujuan dasar oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (JKTWP). Sehubungan dengan itu, setelah kajian kepada keperluan penggubalan atau pindaan perundangan subsidiar yang dicadangkan tersebut dibuat maka satu kertas dasar berhubung konsep keseluruhan cadangan penggubalan atau pindaan tersebut akan dibuat untuk dibentangkan i dalam Mesyuarat JKTWP untuk mendapat persetujuan dasar. 28 29 Kertas cadangan ini akan menjelaskan berhubung justifikasi kepada cadangan Pembuatan atau pindaan kepada Perundangan Subsidiari torsebut dan cadangan konsep secara keseluruhan berkenaan cadangan tersebut. Keputusan daripada JKTWP adalah penting bagi mendapatkan halatuju seterusnya kepada cadangan pembuatan/pindaan Perundangan Subsdiriar Sekiranya konsep cadangan tersebut diluluskan, Pegawai Penyelaras akan rmerangka Jadual Pelaksanaan Program Pembuatan/Pindaan Perundangan Subsiarl tersebut seperti di Lampiran C. Penyediaan Draf Perundangan Subsidiari 220 2aa 232 23 244 Setelah mendapat persetujuan dasar daripada JKTWP, draf perundangan bberhubung nerundangan subsidiar tersebut perlu dirangka. Pegawai Penyelaras. akan menyelaras tindakan penyediaan deraf Perundangan Subsidiarl tersebut bberdasarkan format di Lampiran D. i dalam proses penyediaan deraf Perundangan Subsidiari tersebut, ‘mesyuarat/perbincangan berkala akan dibuat di antara Bahagian-Bahagian Dasar dalam memberikan input, idea atau cadangan__terhadap pembuatan/pindaan perundangan subsidiar, Perbincangan ini juga akan melibatkan Pegavai Undang-Undang PTSWP. Dalam peringkat ini, sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan Bengkel, Pegawai Penyelaras akan merancang dan menyelia pelaksanaan Bengkel tersebut Deraf yang telah dibuat akan dibentangkan kepada Pengarah PTG sebelum dihantar kepada Bahaglan Gubalan, Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk semakan, Deraf yang akan dikemukakan kepada Bahaglan Gubalan, JPN adalah dalam bentuk dwi-bahas jitu derat di dalam wahasa Melayu dan Wahasa inggers. Penghantaran Deraf Perundangan Subsidiari kepada Bahagian Gubalan, JPN 245, Setelah deraf perundangan subsidaritersebut dipersetujul oleh Pengarah PTS, dderaf tersebut alan dikemukakan kepada Pegawai Undang-Undang Pejabat 5 246 248 Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan oleh Pegawai Penyelaras dan seterusnya Pegawal Undang Undang Pejabot Pengarah Tanah dan allan Wilayah Persekutuan akan mengemukakan draf tersebut kepada Bahagian Gubalan, JPN, Di dalam peringkat semakan oleh Bahagian Gubalan JPN, sekiranya terdapat apa-apa isu berbangkit atau perkara-perkara yang memerlukan penjelasan oleh pihak PTGWP, Bahagian Gubalan JPN akan membuat satu Mesyuarat atau perbincangan bag membincangkan issu tersebut. Deraf Perundangan Subsidiarl yang telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, JPN akan dihantar Kembali kepada pihak PTGWP melalui Pegawai Undang-Undang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Pegawai Undang-Undang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan draf yang telah iluluskan tersebut kepada Pegawai Penyelaras untuk tindakan selanjutnya, Penyediaan Kertas Mesyuarat JKTWP dan Kelulusan JKTWP 249 220 Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri/Menteri/Pihak Yang Diber 22a Kertas Mesyuarat berhubung Deraf Perundangan Subsidiar! tersebut akan dlisediakan dan akan dibentangkan didalam Mesyuarat JKTWP. Pengarah Tanah dan Gallan Wilayah Persekutuan akan membentangkan deraf erundangan suosidiari tersebut bagi mendapatkan kelulusan JKTWP berkenaan dengan cadangan-cadangan dasar yang telah dicadangkan oleh pihak PTOWP, sebagai contoh penetapan fi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, formula-formula berkaitan pengiraan cukal, kadar premium dan prosedur-prosedur kerja berkaitan permohonan di PTGWP. wasa Setelah persetujuan daripada JKTWP diperolehi, Pegawal Penyelaras akan ‘mengemukakan tiga (3) salinan deraf Perundangan Subsidiari tersebut kepada Pejabat Ketua Setlausaha Negara untuk dikemukakan kepada pihak yang diberi kuasa untuk membuat Perundangan Subsidiarl sepert! yang dinyatakan di dalam Ata Indu. 222 223 Sebagal contoh, Phak Berkuasa Negeri diberi kuasa untuk membuat Kaedah- Keedeh Tanah seleras dengan peruntukan Seksyen 14 Kanun Tanah Negara (KTN), Merujuk kepada Seksyen 14 KTN, Pihak Berkuasa Negeri ditafsirkan sebagai Menteri_yang_dipertanggunglawabkan bagi tanah di Wilayah Persekutuan, Deraf tersebut akan dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri/Menteri atau plhak yang diberi kuasa untuk mendapatkan kelulusan berhubung penetapan tarikh kuatkuasa Perundangan Subsdiriarl tersebut. Setelah nendapat kelulusan, Deraf Perundangan Subsidiari tersebut ‘akan ditandantangai oleh Pihak Berkuasa Negerl/Menter atau plhak yang diberi asa, Proses Pewartaan 2.24 2.25 Perundangan Subsidiar yang telah ditandatangani akan dikemukakan semula leh Pojabat Ketua Setiausaha Negara kepada PTWP melalui Pegawal Penyelaras. Pegavai Penyelaras akan mengemukakan tiga (3) salinan Perundangan Subsidiari tersebut kepada Pegawal Undang-Undang PTGWP untuk tujuan pewartaan. Pegawai Undang-Undang PTGWP akan mengemukakan dua (2) salinan Perundangan Subsidiari tersebut kepada Bahagian Gubslan, JPN. untuk cliwartakan di dalam Warta Kerajaan Persekutuan, [BARRERA] revaw conunnicast xerapa staxenouer Keperluan Mengadakan Pelan Komunikasi 3.1 Sekiranya Perundangan Subsidiari yang dibuat atau dipinda memberikan kesan secara langsung kepada ekonomi dan sosial masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan, maka satu Pelan Komunikasi perlu dirancang dan ditetapkan oleh pihak PTOWP. 3.2. Pelan Komunikas| tersebut hendaklah dirangka kepada stakeholder yang berkaitan berhubsng dengan pelaksanaan Perundangan Subsidiari tersebut. Antara stakeholder tersebut adalah antara lain sepert| Kementerian/Agensi Kerajaan yang berkaltan, Plhak Berkuasa Tempatan, Menteri/Anli Parlimen, Badan-Badan Berkanun, Joint Management Body/Badan Pengurusan, Pemilik Tanah, Bar Counci/Mallis Peguam Malaysia, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHCA) dan sebagainya. 3.3 Pelan Komunikasi ini bertuiuan untuk memberikan makluman dan maklumat vang tepat kepada stakeholder yang berkaitan berhubung_ pelaksanaan Perundangan Subsidiari tersebut agar konsep Perundangan Subsidiar tersebut difabam| dan dierima oleh semua stakeholder tersebut. la juga dapat mengelakkan berakunya salah tafsr, salah persepsi atau implikasi negatif terhadap pelaksaraan Perundangan Subsidiaritersebut kelak. Kaedah-Kaedah atau Strategi Pelaksanaan Pelan Komunikast 34 Media Elektronik Antara cara dan kaedah yang digunakan dalam menyampalkan maklumat dan Informasl yang berkaitan adalah melalui penyiaran di saluran televisyen atau radio dengan mergadakan penglklanan, dialog, wawancara atau ternubual 35 Media Cetak Media Cetak seperti surat khabar, banner, bunting, poster, rsalah atau lain-lain bahan percetakar Juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan 4 36 37 38 dalam menyampaikan apa-apa_maklumat kepada stakeholder berkaitan -khususnya kepada orang awam, Taklimat/Mesyuarat/Perjumpaan agi penyampaiay maklumat kepada stakeholder yang terlibat khususnya kepada Kementerian/Agensi Kerajaan yang berkaltan, Pihak Berkuasa Tempatan, Menteri/Ahli Parimen, Badan-Badan Berkanun atau Badan NGO yang berkaitan, Pihak PPTGWP boleh mengadakan takiimat, petjumpaan atau ‘mesyuarat yang derkaitan bagi menerangkan objektif dan konsep kepada Perundangan Subsdiar tersebut Media Sosial Media sosial seperti laman sesawang (website), Facebook, Twitter, Instagram, Youtube atau apa-apa medium media sosial yang lain boleh digunakan sebagai platform bagi penyampaian apa-apa informasi dan makiumat kepada orang ‘awam berkenaan Perundangan Subsidiar tersebut. Analisis Impak Peraturan/Regulatory Impact Assessment (RIA) Sekiranya terdapat keperluan untuk membuat Analisis Impak Peraturan kepada Perundangan Subsidiari yang dicadangkan, maka deraf Perundangan Subsidiari tersebut akan dlkemukakan kepada Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi tujuan analisis Perundangan Subsidlarl yang hendak dibuat tersebut, Penyelaras Pelan Komuntkasi 39 Bagi pelaksanaan Pelan Komunikasi untuk penggubalan atau pindaan subsidiari di PPTGWP akan diselaraskan dan dilaksanakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan, 3.10 Bahagian UKK akan merangka Jadual Pelaksanaan Program Pelan Komunikast nt ddan akan dibentangkan kepada Pengarah bagi kelulusan pelaksanaan, PEMAKAIAN DAN KUATKUASA PANDUAN 4.1 Pemakaian pandvan ini adalah terpaksi bagi Perundangan Subsidiari dalam bbentuk Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Sahaja 42. Pemakalan panduan ini adalah terpakal bag! Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekuttan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 43. Sebarang perubahan kepada panduan ini akan dimaklumkan dan dikemask dari semasa ke semasa, 44 Panduan ini berkuat kuasa mulai dar tarikh ia dikeluarkan, (cen alo’ na cE ROSLAN ETN HEDAID—————_ Pengécal/ Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan No Fall: PTG/WP.100-2/26 Tarik: 23.Aprii2020 wo LAMPIRAN-LAMPIRAN LAMPIRAN A, 'SENARAI PERUNDANGAN SUBSIDIAR! 0! BAWAH KAWALAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN, Kaedah-Kaedah Tanah Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur 1985 Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya 2002 Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Labuan 2010 Kaedah-Kaedah Hakmilk Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 Kaedah-Kaedah Hakmilk Stata Vilayah Persekutuan Labuan 2018 Kaedah-Kaedah Hakmilk Strata Wilayah Persekutuan Putrajaya 2016 LAMPIRAN B CARTA ALIR PROSES PEMBUATANIPINDAAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI __ = PERSETUJUAN DASAR JKTWP LF ect NEDA ORAF [somrnouromnce | J situustan = PEMBENTANGAN KT setuju KELULUSAN PON ‘PROSES PEWARTAAN PERUNDANAN SUBSIDIARI DISIARKAN DI DALAM WARTA vee pe usdonenue oe epedoyuedorecueg wowssesus “9 seumptbucwoaing tea bo eps yeu, epee uepnen og 8 trp pia uenpsang Wyuooud NVYNYSHVTad TynaYr HOLNOD ‘NVI LAMPIRAN D. GONTOH DRAF PERUNDANGAN SUBSIDIARI WARTAKERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT 209 GAZETTE Pua) KAEDAH-KAEDAH HAK MILIK SUBSIDIARI (TUKAR GANTI KEPADA HAK MILIK STRATA ) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2019 DISIARKAN OLEH/ JABRTAN PHGUAM NEcARA/ ATTORNEY GENERALS CHAMBERS AKTA HAKMILIKSTRATA 1985 KAEDAH-KAEDAH HAKMILIK STRATA (PENUKARAN HAKMILIK SUBSIDIARI KEPADA HAKMILIKSTRATA) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2019 PADA menjalankan kuasa yang dibercan oleh seksyen 82 Akta Hakoilik Strata 1985 [akea 318) dibaca bersama subseksyen 5(5), Menter| membuat kaedah-kaedah yang bert: ‘Nama, permutaan kuatkuasa dan pemakalan 41. (1) Kaedah-kaedsh ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Hakamilik Strata (Penukaran Hakemilik Subsidiari Kepada Hakmilik Strata) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2019, (2) Kaedah-Kaedah int mola berkuat kuasa pada nun 2018, (9) Kaedab-Kaedsh ini hendaklah terpakal bagl Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Penukaran daftar subsidiari kepada daftar strata i bawah sistem halanilik strata clektronik. 2, (1). Pendaftar hexdaklah menukarkan daftar subsidiari sedia ada kepada daftar strata di bawah sistem hake strata eleKtronik dan Jadual Keonam kepada Alta ‘terpakal bagi daftar strata itu (2) Penulcaran ty hendaklah sebagaimana yang bert: {@)__pemindshan maklumat dalam Borang 104 Kanun Tanah Negara 1965 {Alea 56/1965} kepada Borang,2e Alta; (@)pemindshan makdumat dalam Borang 10s Kanun Tanah Negara 1965 kepada Borang 3e Akta; (© pemindahan mallumat dalam Borang 10¢ Kanun Tanah Negara 1965, kepada 3orang 4e Akta; dan {@)__pemindshan pelan hakmliksubsidiarl yang diperakai kepada BorangSe Aca (2) Bagi maksud menukarkan daftarsubsidiar kepada daftar strata dl bawah subkaedsh (1), Pendaftr boleh membuat apa-apa ubsh sualan yang perlu untuk: rmematuhi kehendak Akt (2) Pendaftarhesdaliah, sebalkselopas penukaran itu, merokodkan buti-butir Dpenukaran ite dalam dffar subsiiarssedia ada dan buti-butir yang direkodkan itu hhendakah menjadi keterangan muktamad bagi fakta tentang penukaran iu Penyediaan dan penyesggaraan daftar strata 3. (2) Setelah ponukaran ibuat, Pendaftar hendalah menyediakan dan ‘menyenggara suatu daftar strata mengikut seksyen 15 Akta, (2) Setelah buku daftar strata dibuka di bawah seksyon 15 Akta, Pengarah hhendakah mengelsorian suatu perakuan yang memperakul penubuhan perbadanan pengurusan sebagatsussz pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dt bawal Akta In pada hari buku daftar stata tu dibuka mengikut subseksyen 17(3) Ata Pelan dl bawah sistem hakilik strata elektronilc 4, (2) Tertakluk kepada subkaedah (2), suatu pelan yang diperakul bagi daftar subsliarsedia ada hendaklah digunakan dan dlampirkan kepada daftar strata, (2) Jka Pendant: mendapatt pelan yang diperakut itu tidak mematuhi kehendak ‘kta, Pendaftar hendaklah merujukperkara itu kepada Pengarah Ukr (3). Pengarah Ukurhendakiah menyediakan atau menyebabkan disediakan suatu pelan strata yang diperacal yang mematuhl kehendak kta, dengan apa-apa ubah sualan sebagaimana yang difk-kannya perl Dib ne 039 [PGW 100-2/19) 43; PNCPUZ)4S9/VI] ‘TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Perdana Menteri STRATA TY Les ACT 1985 STRATA TITLES (CONVERSION OF SUBSIDIARY TITLE TO STRATA TITLE) (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) RULES 2019 IN exercise ofthe powers conferred by ection 82 ofthe Strata Ties Act 1985 [Act 318] ead together with subsection 5(5),the Minster makes the following rules Citation, commencement and application 1, (2). These rules may be cited as the Strata Titles (Conversion of Subsi ‘Title to Strata Title) (Federal Territory of Kuala Lumpur) Rules 2019. (2) These Rules come into operation O0 neem 2019. (8). These Rules stall apply tothe Federal Territory of Kuala Lumpur. Conversion of subsidiary register to strata register under electronic strata titles system 2 (2). The Registrar shall convert the existing subsidiary rogister to the strata register under the electronic strata titles system and the Sith Schedule to the Act shal apply to such strata register. @)_ The conversien shall be as follows: (@) the transfer of information in Form 104 ofthe National Land Code 1965 [det56/1965] to Form 2e ofthe Act; (8) the transfer of information in Form 108 ofthe National Land Code 1965 to Forme of the Act the transfer of information in Form 10¢ ofthe National Land Code 1965 to orm 4e of the Act; and G@)_ the transfer ofthe certified plan of subsidiary tite to Form Se ofthe Act (@)_ For the purpose of converting the subsidiary register to the strata register under subrule (1), the Registrar may make any necessary modification to comply with the requirements ofthe Act. (4) The Registrar shal, immediately after the conversion, record the particulars ofthe conversion in the existing subsidiary register and the particulars recorded shall be ‘conclusive evidence ofthe facts on the conversion. Preparation and maintenance of strata register 3. (2) Aftertheconwrsion i made, the Registrar shall prepare and maintain strata ropister in accordance with section 15 of the Act (2) Atterthe operingof the book ofthe strata register under section 15 of the Act, the Director shall issue certificate certifying the establishment of the management corporation asa body corporate constituted under the Acton the day the book of strata, ‘rogistor is opened in accordance with subsection 17(8) ofthe Act. Plan under electronic strata titles system 4, (1). Subjectto subrule (2), a certified pla ofthe existing subsilary register shal bbe used and attached tothe strata register, (2) Whove the Regstrar finds thatthe certified plan does not comply with the requirement ofthe Act, the Registrar shall refer the matter tothe Director of Survey. (3). The Director o'Survey shall prepare or cause tobe prepared a certified strata plan complying with the requirements of tho Act, with such moeifications as he may consider necessary Mad ern 2019 [PG /W(S}.100-2/19}43;PN¢eu2}433/VI ‘TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Prime Minister

You might also like