You are on page 1of 2

Jika Saya Seorang Jutawan

                        Setiap orang mempunyai impian. Begitu juga dengan saya. Impian saya adalah
menjadi seorang jutawan.
                        Jika saya seorang jutawan, saya akan membeli sebidang tanah yang luas dan
memiliki pemandangan yang indah nian. Udara di persekitarannya hendaklah nyaman. Saya
akan  membina sebuah vila di sana dan menjemput semua ahli keluarga untuk tinggal bersama-
sama. Saya juga akan membeli beberapa buah kereta mewah yang saya idam-idamkan.
                        Di samping itu, saya akan membina sekolah dan hospital di kawasan pedalaman.
Dengan adanya sekolah, penduduk di kawasan pedalaman yang buta huruf akan berpeluang
untuk menimba ilmu. Mereka juga boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan percuma di
hospital yang saya bina. 
             Selain itu, saya akan menabung di bank. Saya juga akan mendermakan
sebahagian daripada wang saya kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim,
rumah orang tua dan rumah orang cacat. Saya hendak membantu orang yang bernasib malang
dan memerlukan bantuan.
                        Bukan itu sahaja, saya akan membawa ibu bapa saya menjelajah ke seluruh dunia
untuk melihat kebudayaan dan kesenian bangsa-bangsa yang lain. Saya teringin untuk menjejak
kaki ke Negara Eropah yang sering menjadi buah mulut orang ramai. Saya akan mendalami
pengetahuan dalam lapangan seni muzik yang saya minati.   
                        Saya sedar bahawa bukan senang untuk merealisasikan impian saya. Oleh itu,
saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin, impian saya akan menjadi kenyataan
suatu hari nanti.

You might also like