You are on page 1of 11

PEPERIKSAAN GEMPUR SPM

2021
___________________________________________________________

SEJARAH
Kertas 1

Satu jam
_____________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan terbaik bagi setiap soalan dan hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

[ Lihat sebelah ]

1
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada
kertas jawapan objektif anda.

1 Laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada Pembesar Berempat.


Apakah peranan laksamana?

A Ketua angkatan tentera


B Mengutip cukai pelabuhan
C Menguruskan kewangan
D Panglima angkatan laut

2 Hukum Kanun Melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat.


Apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

A Amalan riba
B Menggunakan hamba abdi
C Mengutip cukai perdagangan
D Berniaga dengan pedagang bukan Islam

3 Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-
17 dan abad ke-18

Tahun Revolusi
1688 Revolusi Keagungan di England
1789 Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

A Kuasa rakyat terjejas


B Kerajaan berperlembagaan ditegakkan
C Kuasa raja mutlak diperkukuh
D Ideologi komunis terhalang

4 Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada kebangkitan nasionalisme?

A Mengutamakan tindakan
B Mempertahankan kedaulatan negara
C Mengukuhkan kerjasama dengan penjajah
D Melibatkan pertumpahan darah

5 Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?

A Kegagalan perjanjian Versailles


B Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
C Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
D Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat

2
6 Apakah kesan penggunaan mata wang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok
pisang”?

A Nilai matawang tinggi


B Kadar inflasi meningkat
C Harga barang rendah
D Ekonomi meningkat

7 Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan penentangan penyerahan


Sarawak

Menggunakan tipu
muslihat

x Mengetepikan
FAKTOR surat wasiat
PENENTANGAN

Apakah X?

A Warisan budaya terhakis


B Syarat kerakyatan liberal
C Bertentangan Perlembagaan 1941
D Desakan pelabur Eropah

8 Apakah slogan yang digunakan oleh UMNO dalam penentangan terhadap


Malayan Union?

A Hidup Melayu
B Kita Merdeka
C Melayu Boleh
D Semangat Melayu

9 Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.

1 April 1946 1 Februari 1948


Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu

Apakah faktor yang menyebabkan perubahan pentadbiran tersebut?

A Mengamalkan prinsip demokrasi


B Mengukuhkan perpaduan kaum
C Penentangan orang Melayu
D Pemberian kemerdekaan

3
10 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 merupakan satu kejayaan
kepada orang Melayu yang menentang Malayan Union.
Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan PTM 1948?

A Mengukuhkan ekonomi peribumi


B Membuka ruang ke arah berkerajaan sendiri
C Menerima kepentingan kaum bukan Melayu
D Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

11 Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani
ancaman komunis?

A Mengawal kampung dan pekan


B Melindungi kawasan perlombongan
C Mengesan tempat persembunyian komunis
D Memusnahkan kubu komunis

12 Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap negara kita pada ketika itu?

Tahun Peristiwa
1948 - 1960 Darurat

I Perkembangan ekonomi terjejas


II Hubungan antara kaum renggang
III Kemerdekaan semakin sukar dicapai
IV Syarat kerakyatan telah diperketatkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Apakah kepentingan Sistem Ahli 1951 kepada pentadbiran Tanah Melayu?

A Merupakan proses ke arah perpaduan kaum


B Menggalakkan penduduk menentang dasar British
C Mengurangkan peranan kaum bukan Melayu
D Menjadi asas pengenalan sistem monarki

4
14 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan sebelum merdeka.

• Sekolah Melayu
• Sekolah Cina
• Sekolah Tamil
• Sekolah Agama

Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?

A Mempelbagai sistem pendidikan dalam negara


B Menangani masalah kekurangan guru
C Meningkat peluang pekerjaan
D Menghalang perpaduan kaum

15 Apakah kepentingan pilihan raya dalam proses pembentukan kerajaan?

A Mewujud tolak ansur


B Membentuk kerjasama
C Mencapai kemerdekaan
D Memilih wakil rakyat

16 Pasangan manakah yang betul tentang syarat untuk menjadi pengundi dan syarat
untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

Syarat Menjadi Pengundi Syarat Menjadi Calon

A Rakyat British dan warganegara Berumur 21 tahun ke atas


B Berumur 21 tahun ke atas Warganegara Persekutuan Tanah
Melayu
C Bermastautin di Tanah Melayu Tinggal dalam tempoh enam bulan di
Tanah Melayu
D Berpengetahuan dalam bahasa Berpengetahuan dalam bahasa
Melayu Inggeris

17 Apakah sumbangan tokoh berikut kepada Persekutuan Tanah Melayu?

• Dato’ Haji Wahab Abd Aziz


• Encik Abdul Aziz Abdul majid
• Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
• Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmod

A Menggubal perlembagaan
B Mencadangkan tarikh kemerdekaan
C Menubuhkan Persekutuan Tanah Malaysia
D Menjadi wakil Raja-raja Melayu dalam rundingan kemerdekaan

5
18 Apakah perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian berikut

Tarikh Perjanjian

8 Februari 1956 Perjanjian Kemerdekaan


Tanah Melayu

A Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan


B Majlis pemasyhuran kemerdekaan negara
C Mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
D Pembentukan kabinet negara yang pertama

19 Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanakah pemilihan tersebut ditentukan?

A Dicadangkan oleh kabinet


B Pemilihan oleh Raja-raja Melayu
C Pemilihan oleh Kementerian Pertanian
D Dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong IV

20 Jata Negara telah diperkenalkan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1957.
Apakah kepentingan lambang tersebut kepada negara?

A Menunjukkan kekuatan
B Melambangkan jati diri negara
C Mengukuhkan semangat menentang penjajah
D Menunjukkan negara sudah mencapai kemerdekaan

21 Berikut adalah perkataan Bahasa Yunani berkaitan kedaulatan.

• Supernuus
• Superanus

Apakah maksud perkataan tersebut?

A Keadilan mutlak
B Semangat kekitaan
C Negara yang merdeka
D Pemerintahan beraja

22 Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

A Monarki
B Republik
C Raja mutlak
D Raja Berperlembagaan

6
23 Undang-undang tertinggi sesebuah negara dikenali sebagai

A Ordinan
B Perlembagaan
C Enakmen
D Akta

24 Apakah undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Selat?

A Charter Of Justice
B Sabah Applications of Laws
C The Common Law Of England
D The Sarawak Applications of Laws

25 Maklumat berikut berkaitan dengan Durbar.

Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan


penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Mengapakah Durbar dibentuk?

A Merancang pembangunan ekonomi negara.


B Membincang hal ehwal pentadbiran Kerajaan Tempatan.
C Membincang hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
D Merancang pembangunan sosial negara.

26 Gambar berikut menunjukkan permukaan Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah fungsi alat tersebut ?

A Lambang kedaulatan Raja-Raja Melayu


B Lambang kehebatan sistem pemerintahan beraja
C Lambang warisan Kesultanan Melayu Melaka.
D Lambang perpaduan rakyat berbilang kaum.

7
27 Mengapakah berlaku pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri?

A Memberi kuasa penuh kepada Kerajaan Persekutuan.


B Menambah kuasa Kerajaan Negeri di peringkat pusat.
C Menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri
D Mengelakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan.

28 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

• Membangunkan perumahan awam


• Menyediakan perkhidmatan kecemasan
Apakah peringkat pentadbiran yang menjalankan peranan tersebut?

A Kerajaan Pusat
B Kerajaan Tempatan
C Kerajaan Daerah
D Kerajaan Negeri

29 Bagi pihak pegawai British, idea gagasan Malaysia ialah penyatuan wilayah
penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi.

Apakah matlamat utama penyatuan wilayah tersebut?

A Memupuk perpaduan
B Melakukan imperialisme
C Melaksanakan pembaharuan
D Memudahkan pentadbiran

Sir Gerald Templer

30 Mengapakah tokoh di atas meminta idea gagasan Malaysia disegerakan?

A Tujuan keselamatan
B Tujuan perpaduan
C Kepentingan integrasi
D Kepentingan ekonomi

8
31 Apakah faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia?

I Tuntutan faedah percukaian


II Hak sama rata untuk semua kaum
III Pembukaan pasaran bersama
IV Hak sebagai pelabuhan bebas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32 Gambar menunjukkan rusuhan kaum yang berlaku di Singapura pada 21 Julai


1964.

Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?

A Menuntut persamaan hak


B Perebutan kuasa pentadbiran
C Ketidakseimbangan ekonomi
D Masalah perkauman

33
Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang
saling berkait rapat melalui dua proses yang berbeza

Apakah persamaan antara perpaduan kaum dan integrasi nasional?

A Fahaman poltik
B Dasar Pembangunan
C Perlembagaan Persekutuan
D Sistem pendidikan

9
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Sukan Malaysia (SUKMA)

34 Mengapakah kerajaan melaksanakan langkah-langkah di atas secara konsisten?

A Memajukan negara
B Meningkatkan integriti
C Memantapkan sosioekonomi
D Memperkasakan perpaduan

35 Dasar Ekonomi Baru (DEB)


1970 - 1990

Apakah tujuan DEB dilaksanakan?

A Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi


B Membangunkan perindustrian negara
C Memupuk identiti kebangsaan
D Memajukan ekonomi negara

36 Rancangan Buku Hijau merupakan salah satu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang telah dilancarkan oleh Tun Abdul Rahman pada 20 Disember 1974.
Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

A Meningkatkan pendapatan rakyat


B Merapatkan jurang kemiskinan rakyat
C Menggalakkan perniagaan dalam kalangan rakyat
D Mempelbagaikan aktiviti ekonomi rakyat

37 Kerajaan-kerajaan berikut telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan


kerajaan China.

• P’an-p’an
• Langkasuka
• Chih-t’u

Bagaimanakah hubungan tersebut dijalinkan?

A Menghantar ufti
B Menghantar utusan
C Melalui perkahwinan
D Melalui ketenteraan

10
38 Perang Dingin ialah konflik politik yang melibatkan dua kuasa iaitu negara
Blok Barat dengan negara Blok Timur.
Apakah kesan Perang Dingin kepada Malaysia?

A Dasar probarat
B Kemelesetan ekonomi
C Dasar Pandang ke Timur
D Perubahan dasar luar

39 Bagaimanakah kerajaan Malaysia menyelesaikan isu global berikut?

Penyalahgunaan dadah

A Menguatkuasa Akta Anti-Penyeludupan


B Bekerjasama dengan polis Antarabangsa
C Bekerjasama dengan World Health Organisation (WHO)
D Mengetatkan pertahanan negara

40 Anugerah berikut mula diperkenalkan pada tahun 1991.

Anugerah ini menjadi bukti komitmen Malaysia dalam

A Mengawal keselamatan perairan


B Melestarikan alam sekitar
C Memajukan bidang perternakan
D Menghapuskan penyakit berjangkit

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

11

You might also like