You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED


Jalan Eastern Park
93150 Kuching, Sarawak

Tel / Faks : 082 – 240580


E-mel: skcombinedkuching@yahoo.com
Portal Rasmi: jpnsarawak.moe.gov.my

Ruj. Kami : JPS(W)SKC(Per)153/09/03/01/Jld.1( )


Tarikh : 7 Ogos 2020

Kepada :

YBhg Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Baki


Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok,
Pejabat Pusat Khidmat N8 Satok,
No 30 Jalan Kulas 93400 Kuching,
Sarawak.

Dato’,

MEMOHON SUMBANGAN SET MEJA GURU DAN MURID PENDIDIKAN KHAS SK COMBINED

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya selaku Penolong Kanan PPKI SK Combined, Kuching ingin memohon
sumbangan set meja guru dan murid PPKI SK Combined. Berikut merupakan senarai set yang diperlukan.

Set meja guru 7 buah set meja dan kerusi


Meja Murid 33 buah meja
Jumlah 40 buah

3 Untuk makluman pihak Dato’, sekolah kami memerlukan set meja guru dan murid berikutan
daripada kerosakan pada kebanyakan meja. Hal ini juga, murid ppki terutamanya, memerlukan suasana
pembelajaran yang kondusif dan selesa ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Di atas segala kesudian dan keikhlasan pihak Dato’ membantu dan memberi sumbangan tersebut,
kami dahului dengan ucapan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah .

……………………………...
( HAZELINA BINTI BOLHASSAN )
Penolong Kanan PPKI,
SK Combined, Kuching.

S.K Fail sekolah


Fail Kokurikulum PPKI

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH

You might also like