You are on page 1of 7

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita

Kemakmuran

 Dipengaruhi kekayaan hasil bumi dan sumber alam.


 Antara faktornya ialah kekayaan hasil galian, kesuburan tanah, sumber makanan, kelautan, flora
dan fauna.
 Seterusnya kemuncak kemakmuran negara ialah perkembangan kegiatan keintelektualan dan
persuratan.
 Hasilnya, kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan sumber hasil bumi
diperdagangkan ke seluruh dunia.

Hasil Bumi dan Hasil Alam

 Hasil bumi negara kita ialah hasil galian dan hasil hutan
 Hasil galian utama ialah bijih timah, emas dan perak
 Kegiatan mendulang bijih timah dan emas menggunakan kaedah mendulang dan melampan
 Mendulang dilakukan di kawasan sungai kerana bijih timah banyak di dapati di lembah sungai
 Hasil hutan negara kita ialah rempah ratus, damar dan rotan
 Hasil Alam terbahagi kepada dua iaitu hasil rimba dan hasil laut.
 Hasil rimba seperti kayu kayan, kapur barus, rotan, dammar, getah jelutung, kayu gaharu dan
cendana
 Hasil hutan ini dijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India
 Hasil laut pula ialah sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara

Manafat Hasil Alam

 Masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi


 Dari sumber alam, mereka menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik
 Daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh, dianyam menjadi tikar atau bakul
 Masyarakat Melayu juga mahir dalam bertukang kayu, membuat perahu, membuat perabut
daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional
 Di Sarawak terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


Sistem Ekonomi

 Mereka melibatkan diri dalam perdagangan


 Setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian, dan sistem
timbang dan ukur

i) Perdagangan dan perlabuhan


 Negeri-negeri melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan
yang terletak di muara sungai yang strategik.
 Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur dan
barat.
 Syahbandar dilantik bagi mengurus pelabuhan.

ii) Timbang, sukat dan ukur.


 Masyarakat melayu mengunakan sukatan seperti kepal, leng, kal , cupak dan gantang
 Mengambil sistem timbangan dari pedagang China yang memakai sistem kati, tahil dan pikul
digabungkan dengan sukatan orang melayu.
 Bagi timbangan emas dan perak, orang melayu mengambil timbangan pedagang India seperti
saga, mayam, bungkal dan kati.
 Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baharu seperti auns, paun, tan
dan gelen

iii) Mata wang


 Pedagang pada mulanya menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam urusan perdagangan
 Kemudian mata wang digunakan, iaitu wang logam diperbuat daripada timah dan emas
 Kedah menggunakan mata wang emas
 Di Kelantan mata wang emas dikenali sebagai duit kijang
 Di Terengganu mata wang Terengganu atau pitih Terengganu

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


iv) Sistem percukaian
 Cukai ialah bayaran yang dikenakanke atas hasil perlombongan, pertanian, hasil hutan dan
perdagangan
 Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan akan disalurkan untuk memakmurkan
negeri.

Kegiatan Keintelektualan

 Pendidikan bertujuan melahirkan individu berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan
berhemah tinggi
 Sebelum kedatangan kuasa Barat, dalam masyarakat tempatan, pendidikan dibahagikaan kepada
pendidikan tidak formal dan pendidikan formal

i. Pendidikan Tidak Formal


 Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga
 Kanak-kanak diajar kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan
menghasilkan kraf tangan
 Mereka juga diajar ilmu agama, berpekerti mulia, cara berkawan dan menjaga maruah
 Kaedah pendidikan tidak formal ini diajar melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah,
pantang larang, cerita berbentuk teladan dan pengajaran
 Antara cerita rakyat yg memberi nasihat dan pengajaran ialah Si Tanggang Anak Derhaka
dan Cerita Anjing dengan Bayang-bayang
 Mesej dalam Si Tanggang Anak Derhaka ialah mendidik anak agar tidak derhaka kepada
ibu bapa
 Mesej Cerita Anjing dengan Bayang-bayang ialah memberi nasihat supaya tidak bersikap
tamak
 Matlamat pendidikan tidak formal di Sarawak dan Sabah membolehkan mereka berdikari
apabila dewasa
 Di Sarawak pendidikan tidak formal diperolehi melalui cerita lisan yang berkaitan dengan
amalan dan kepercayaan turun temurun.
 Di Sabah pula dipelajari melalui keluarga atau masyarakat setempat seperti
bersawah, berternak, bertukang, berburu, memanjat, memancing dan menyumpit
3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
ii. Pendidikan Formal
 Pendidikan formal masyarakat Melayu adalah bercorak Islam dan menekankan ilmu keagamaan
 Pusat pendidikan formal ialah masjid, surau, pondok, madrasah dan istana.
 Istana berperanan sebagai pusat mempelajari hal pentadbiran dan sistem politik Negara
 Di masjid dan surau, pengajiannya merangkumi cara bacaan dalam solat dan tajwid serta
mempelajari hadis, fekah dan usuludin
 Pendidikan pondok mengajar al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab
 Pendidikan di madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
Pendidikannya mengikut tahap, iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
Pendidikan madrasah diawasi mudir (guru besar) serta diselia oleh jawatankuasa kewangan.

iii. Bahasa Melayu dan tulisan jawi


 Bahasa Melayu dan tulisan jawi penting dalam perkembangan pendidikan yang pesat
 Kepentingan bahasa Melayu ialah :
a) Menjadi bahasa ilmu
b) Bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di alam Melayu
c) Menyampai ilmu
d) Ilmu pengentahuan yang tinggi

iv. Penulisan Karya Kesusasteraan


 Penulisan karya kesusasteraan juga berkembang. Antara hasil karya kesusasteraan yang bermutu
tinggi ialah :
a) Tuhfat al-Nafis
b) Gurindam Dua Belas
c) Misa Melayu
d) Hikayat Datuk Merpati Jepang

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


LATIHAN

1.
.

2.
.

3.
3 SOALAN KBAT :
.
Bagaimanakah kerajaan dapat memanafaatkan hasil bumi negara kita untuk kesejahteraan rakyat?
[4 Markah]
 Mencipta inovasi/teknologi
 Menghasilkan produk
 Peluang pekerjaan
 Bantuan/intensif/subsidi

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


4
.

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3


5. Rajah berikut menunjukkan sistem pendidikan masyarakat tempatan sebelum kedatangan kuasa
barat.
Formal

Pendidikan
Tidak Formal

a) Berikan dua contoh tempat pelaksanaan sistem pendidikan formal

i. ---------------------------------------------
ii. ---------------------------------------------

b) Kurikulum pendidikan formal berfokuskan kepada pengajaran agama. Berikan penjelasan anda
 Ya, berfokus kepada pengajaran
agama
 Masjid - pengajian cara bacaan
dalam solat, tajwid, hadis, fekah &
usuludin
 Pondok - ajar al Quran, hadis dan
bahasa Arab
 Madrasah - ada sukatan
pelajaran, dalam kelas, tahap
permulaan, pertengahan dan
pengkhususan serta diawasi mudir
 Pendidikan melahirkan individu
berakhlak mulia

c) Adakah sistem pendidikan tidak formal masyarakat masyarakat Melayu tradisional berkesan
 Berkesan
 Di Sarawak, individu mahir berburu
dan meramu
 Di Sabah, anak mahir memanjat,
menyumpit, memancing, bertukang
dan bertenrnak
 Masyarakat Melayu melalui didikan
awal keluarga/terkenal sopan
santun/akhlak mulia/menjaga
maruah diri/melalui cewrita telada
dan pantang larang

d) Mengapakah pendidikan penting dalam kehidupan masyarakat tempatan?


 Berilmu pengetahuan
 Berakhlak mulia
 Berkelakuan sopan
 Meningkatkan taraf hidup

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

You might also like