You are on page 1of 3

BACHELOR OF MANUFACTURING MANAGEMENT WITH HONOURS

SEMESTER MAY / 2020

MPU3213

BAHASA KEBANGSAAN A

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE

1
LAPORAN REFLEKTIF

Saya berasa amat gembira apabila saya menghabiskan kerja kursus ini. Saya berasa bersemangat
apabila saya membuat kerja kursus MPU 3213 Bahasa Kebangsaan A. Terus-terang saya katakan
bahawa tugasan kali ini amat mencabar kerana ini merupakan satu tugasan yang lain daripada
yang pernah saya siapkan. Saya telah mempelajari pelbagai pengajaran hasil daripada kerja
kursus ini. Saya telah bertungkus-lumus untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk.
Hal ini adalah satu cabaran bagi saya. Walau bagaimanapun saya tetap berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dengan sempurna.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai benda baru dapat saya pelajari terutamannya
berkenaan tentang cara melaksanakan kuiz atas talian. Jika sebelum ini saya tidak begitu ambil
peduli tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang pelaksanaan kuiz atas talian kerana saya
beranggapan bahawa pelaksanaan kuiz atas talian merupakan satu perkara yang sangat mudah
dan tidak penting, tetapi sekarang saya sedar bahawa aktiviti seperti ini merupakan suatu perkara
yang sangat penting serta memerlukan pemikiran yang tinggi untuk menjawab soalan dalam
masa yang ditetapkan. Malah, saya juga sedar bahawa kesabaran yang amat tinggi diperlukan
bagi mencari maklumat yang tepat dan sikap kerajinan dalam menyiapkan tugasan dalam tempoh
masa yang diberikan. Saya juga telah menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan.

Tidak dinafikan, setiap tugasan yang dilakukan mesti mempunyai pengalaman


pembelajaran. Salah satu pengalaman yang saya perolehi ialah, pengalaman mempelajari tentang
Bahasa Melayu. Saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi, sistem ejaan dan
kosa kata dalam Bahasa Melayu. Perkara ini secara tidak langsung telah memantapkan lagi ilmu
pengetahuan saya berkaitan tentang bahasa kebangsaan negara kita.

Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa OUM perlu melibatkan satu
kerja kumpulan dalam tugasan yang diberikan. Perkara ini, dapat memberikan manfaat yang
lebih banyak berbanding dengan kerja individu. Salah satu manfaat yang boleh dimiliki ialah, ia
dapat menggalakkan kreativiti dan pembelajaran. Situasi ini dapat menggabungkan pandangan
yang berbeza dari ahli pasukan membantu untuk mewujudkan penyelesaian yang lebih berkesan

2
untuk masalah. Di samping itu, bekerja sebagai satu pasukan membantu berkongsi pengetahuan
dan merangsang pembelajaran individu dan kumpulan.

Secara kesimpulannya, tugasan ini memang memberikan manfaat yang tidak terkira
nilainya kepada setiap pelajar yang mengambil bahagian.

You might also like