You are on page 1of 3

PENGILHAKAN BARAT DI INDIA & INDOCHINA

8. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indocina pada abad ke-19.
PENGENALAN (3 Markah )
Perkembangan dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah mendorong kuasa-kuasa
Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia.
Pada abad ke-19 kuasa-kuasa Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi serta
membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan bahan mentah yang diperlukan di
kilang-kilang mereka. Negara-negara di Asia juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi
lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.
Negara-negara Barat menggunakan berbagai-bagai cara untuk menguasai negara-negara Asia
seperti peperangan, perjajian, ataupun pengilhakan. Antara negara-negara Asia yang terlibat
dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah pengilhakan ialah India oleh British dan
Indocina oleh Perancis.
Di India dan Indocina walaupun cara campur tangannya adalah sama iaitu dengan kaedah
pengilhakan, namun proses perlaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasa melalui kaedah
pengilhakan melibatkan cara kekerasan seperti peperangan, ugutan, perjanjian, dan
sebagainya.
ISI-ISI ( 20 Markah )
Proses pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan Indocina pada abad ke-19
Pengilhakan British di India ( 10 markah )
Dasar pengilhakan Lord William Bentick ( 1824-1835 )
i. Semasa menjadi Gabenor Jeneral di India beliau telah mengilhakan beberapa
kawasan. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cachar,
Coorg, dan Mysore.
ii. Raja Cachar telah mangkat tanpa meninggalkan waris. Bentick telah mengilhakan
kawasan tersebut atas permintaan penduduk tempatan.
iii. Di wilayah Coorg dan Mysore, Bentick mengilhakan kawasan ini atas alasan
pemimpin tempatan telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam pentadbiran.
Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick kerana mereka mahukan
pentadbiaran yang adil dan saksama.
Dasar pengilhakan Lord Ellenborough ( 1836-1846 )
i. Lord Ellenborough telah mengilhakan Sind dan Gwalior.
ii. British telah menjalinkan hubungan dengan Sind sejak tahun 1809. Pada tahun 1823
British telah menandatangani perjanjian dengan Sind dan Gwalior untuk menyekat
kemaraan kuasa Perancis di kedua-dua kawasan tersebut. Melalui perjanjian ini
pedagang-pedagang British dibenar menggunakan sungai dan jalan-jalan raya yang ada.
iii. Perjanjian ini telah dicabuli oleh Lord Auckland yang telah mengarahkan tenteranya
berbaris melalui Sind. iv. Lord Ellanborough ingin merampas Sind dengan membuat
beberapa tuduhan. Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan
perjanjian baru dengan Amir Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih
besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka
sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang yang sah.
iv. Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British.
Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampas dan
diletakkan dalam empayar British di India.
v. Ellanborough juga telah mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian
Daulat Rao Sindhia, ketua puak Maratha yang digeruni.
Dasar pengilhakan Lord Dalhousie ( 1846-1856 )
i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak
menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British ( SHTI ), “ Doctrin of Lapse ” (
Undang-Undang Lesap Waris ), dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan
tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang
dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewengan pemerintah tempatan.
ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung, beliau telah menakluk Punjab dengan
mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab
berjaya diilhakan.
iii. Kaedah Doctrin of Lap paling kerap digunakan oleh Lord Dalhousie. Menurut doktrin ini
mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris untuk meneruskan
pemerintahan selepas mereka mangkat, maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke
bawah kuasa agung dengan sendirinya. Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang
pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan daripada keturunannya.
Contohnya di Jhansi, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh
British. Wilayah-wilayah lain yang diilhakan cara ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, dan
Samalpur.
iv. Kaedah kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan, kezaliman, dan
ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya Qudh telah diletakkan di bawah
naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-hara
dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam
perjanjian itu, SHTI akan mengambil alih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan
mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani
perjanjian tersebut Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar
pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.
Pengilhakan Indocina oleh Perancis ( 10 markah )
Pengilhakan Kemboja
i. Kemboja sering menjadi rebutan antara Vietnam dan Thailand sejak abad ke-19
sehinggakan Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Thailand untuk
menjamin kemerdekaannya.
ii. Pada masa yang sama Perancis juga berminat untuk menguasai Kemboja kerana
bimbang akan dikuasai oleh British ataupun Thailand disamping Perancis hendak
menjadikan Kemboja sebagai negeri penampan.
iii. Perebutan kuasa semasa pemerintahan Raja Norodom menjadi sebab Perancis
campur tangan tetapi dibantah oleh Thailand.
iv. Keadaan ini menyebabkan satu perjanjian ditandatangani antara Perncis dan
Thailand dan perjanjian ini menetapkan bahawa Kemboja menjadi negeri naungan
Perancis. Ini disebabkan Thailand juga turut menuntut Kemboja berada dibawah
naungan Thailand.
v. Perjanjian ini telah menamatkan persaingan antara Perancis dan Thailand
berhubungan dengan isu Kemboja.
vi. Sikap tolak ansur Thailand ini menyebabkan Perancis membalasnya dengan
mengiktiraf kedaulatan Thailand ke atas Battambang dan Siamreap.
vii. Namun pada tahun 1962, Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom dan
meminta Kemboja menghantar ufti kepada Perancis dan bukannya kepada Vietnam.
viii. Pada 1863, Perancis memaksa Raja Norodom menandatangani perjanjian untuk
berhenti menghantar ufti sama ada kepada Thailand dan Vietnam.
Pengilhakan Tourane dan Saigon
i. Perancis menjalinkan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan
Maharaja Gia Long.
ii. Pengganti-pengganti Gia Long kemudiannya tidak menjalinkan hubungan baik
dengan Perancis. Mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-
mubaligh Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukan
mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam. iii. Permusuhan Perancis dan Vietnam telah
memuncak semasa pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa ini kegiatan anti-
Kristian dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah.
iii. Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan
menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz,
seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.
iv. Pada 31 Ogos 1858, Perancis telah menyerang Tourane bersama bersama angkatan
tentera Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2 September 1858
Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang
merupakan kawasan tanaman dan pusat pengumpulan padi yang utama di Vietnam.
Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Februari 1859.
v. Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis. Tu Duc
akhirnya mengaku kalah dan menandatangani perjajanjian dengan Perancis pada Jun
1862.
Pengilhakan Tongking
i. Tongking penting kepada Perancis dari segi ekonomi kerana menjadi jalan
perniagaannya ke China melalui Sungai Merah. Perancis bimbang dengan persaingan
kuasa Barat yang lain seperti Jerman, Itali, dan AmerikaSyarikat. Penindasan
Maharaja Tu Duc juga memaksa Perancis menakluki Tongking.
i. Ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China, keadaan huru-hara telah tercetus di
Tongking kerana kamasukan orang-orang pelarian.
ii. Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-hara
di Vietnam dan menjadikan Vietnam sebagai naungan Perancis. iv. Pada April 1882,
angkatan laut Perancis tiba di Hanoi dan menakluki Tongking pada tahun 1883.
KESIMPULAN( 2 Markah )
Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan kuasa
di Vietnam dan India. Campur tangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-
perubahan berlaku dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di Vietnam dan India. Perluasan
kuasa melalui kaedah pengilhakan telah menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya penentangan seperti peristiwa Dahagi India
1857.

You might also like