You are on page 1of 2

JUSTIFIKASI

KEPERLUAN UNIT BERUNIFORM DI ASINGKAN MK


MENGIKUT UNIT-UNIT BERUNIFORM YANG WUJUD DI
SEKOLAH RENDAH
&
KEPERLUAN DIPECAHKAN 2 KREDIT PADA SATU SEMESTER
MENJADI 1 KREDIT SETIAP SEMESTER

A. Keperluan unit beruniform diasingkan mengikut unit-unit beruniform yang wujud di


sekolah rendah

1. Berdasarkan laporan ccqi pensyarah yg menyatakan tiada pengkhususan dlm mpu3062


2. Laporan cqi dan cdl tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana tiada pengkhususan
pensyarah mengikut unit beruniform yang tertentu.
3. Pentauliahan dan pensijilan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan dapat dianugerahkan
kepada pelajar diakhir kursus.
4. Kemahiran unit beruniform dapat diberikan secara khusus dan mendalam kepada pelajar
mengikut subjek unit beruniform yang dipelajari.
5. Mampu melahirkan pelajar yang berkompetensi dan berkepakaran di dalam unit beruniform
kerana telah mempunyai mempunyai tauliah dan kepakaran bagi sesuatu unit beruniform.
6. Setiap unit beruniform mempunyai badan induk, perlembagaan dan pengisian program yang
berbeza. Maka ia memerlukan penerangan dan perbincangan yang berasingan bagi pengisian
ilmu yang sempurna dan mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar.
7. Terdapat enam unit beruniform di sekolah rendah yang memerlukan guru yang berkompetensi
untuk mengajar dan mengendalikan unit beruniform tersebut. Maka dengan pengasingan MK
mengikut unit-unit beruniform akan menyediakan bakal-bakal guru keluaran Institut
Pendidikan Guru yang berkebolehan dan berkemahiran untuk mengendalikan unit beruniform
di sekolah kelak.
8. Pengisian RMK unit beruniform IPG yang sedia ada adalah secara umum dan tiada
pemecahan dan pengkhususan kepada enam unit beruniform di IPG. Ini akan menggambarkan
IPG hanya mempunyai satu unit beruniform sahaja atau tiada unit beruniform dan seterusnya
akan menimbulkan satu interpretasi yang kurang membanggakan terhadap kualiti pelajar IPG
di dalam bidang kokurikulum.
9. Terdapat catatan subjek unit beruniform secara spesifik sebanyakmdua kali di dalam transkrip
pelajar. Ini akan menyebabkan pihak sekolah lebih yakin terhadap keupayaan pelajar dalam
mengendalikan aktiviti kokurikulum unit beruniform di sekolah nanti.
10. Pensijilan pengkhususan kepada sesuatu unit beruniform gagal dilaksanakan kerana RMK
sedia ada adalah berbentuk umum .

B. Keperluan dipecahkan 2 kredit pada satu semester menjadi 1 kredit pada setiap
semester

1. Tidak melibatkan sebarang perubahan pada kredit sedia ada, Cuma agihan kredit
dipanjangkan menjadi dua semester. Kredit masih dikekalkan kepada 2 kredit untuk 2
semester. Ini bagi memastikan proses pemerolehan ilmu dan proses mempraktikkan ilmu
menjadi lebih panjang dan lebih berbaloi dengan ilmu dan perbelanjaan yang pelajar lakukan.

2. Memanjangkan proses pembelajaran pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar


menguasai lebih kemahiran dan selari dengan kemahiran insaniah. Mohd Dom (2009), guru-
guru baharu hendaklah bersedia menerima sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh
pengetua atau guru besar mereka. Maka siswa guru IPG perlu dilatih agar menguasai
kemahiran pedagogi, iaitu kajian tentang pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan
formal. Selain itu, siswa guru juga turut dilatih dengan pelbagai kemahiran insaniah untuk
memantapkan kemahiran mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan siswa guru

3. Berupaya menghasilkan pelajar yang sekurang-kurangnya mempunyai sijil asas daripada


badan induk bagi sesuatu unit beuniform.

4. Pelajar lebih berkompetensi dan berkemahiran dalam sesuatu unit beruniform. Satu semester
tidak cukup untuk menyediakan guru yg kompeten dlm UB.

5. Pentauliahan boleh diberikan kepada pelajar bagi sesuatu unit berunifom.

You might also like