You are on page 1of 2

Lt M Muhammad Rashdan Bin Mamat TLDM N/406247

Kesan Krisis Laut China Selatan Terhadap Malaysia


Konflik di Laut China Selatan telah bermula sejak lama iaitu dari abad ke 19.
Terdapat beberapa agenda yang menyebabkan konflik di Laut China Selatan seperti
laluan pelayaran, hak laluan perairan dan keselamatan maritim. Perebutan ini
melibatkan beberapa buah negara seperti China, Taiwan, Vietnam, Brunei, Filipina
dan tidak terkecuali negara Malaysia. Konflik ini adalah sangat kompleks kerana
terdapat beberapa isu yang bertindih seperti status hak milik, garisan sempadan,
perikanan, hak laluan jalan air dan sumber bumi seperti gas dan petroleum.
Dikatakan konflik ini mula berlaku apabila kuasa besar iaitu China mula membuat
tuntutan ke atas hak kedaulatan di sebahagian besar perairan Laut China Selatan
dan bertindak secara lebih agresif. Negara – negara lain yang terlibat dikatakan
terkesan daripada tindakan negara China yang lebih agresif dalam membuat
tuntutan tanpa mengikut saluran undang -undang antarabangsa yang betul.
Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkesan daripada konflik yang berlaku di
Laut China Selatan.
Terdapat pro dan kontra kepada Malaysia sepanjang konflik ini berlaku.
Salah satu daripadanya adalah Malaysia akan lebih proaktif dan bersungguh –
sungguh bekerjasama dengan negara -negara lain serta undang – undang
antarabangsa dalam menyelesaikan isu ini. Kita dapat lihat Malaysia telah memberi
komitmen terhadap Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan
(DoC) dan penyempurnaan Tatakelakuan Pihak-pihak di Laut China Selatan (COC)
untuk menyelesaikan konflik yang melibatkan pertindihan tuntutan wilayah oleh
beberapa negara. Malaysia juga sedar bahawa Amerika Syarikat (AS) juga
berperanan dalam menyelesaikan konflik pertindihan di Laut China Selatan.
Malaysia perlu peka kepada dasar pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang baharu
kerana ia akan memberi kesan kepada isu ini disebabkan oleh ketegangan antara
AS dan China yang terus bersaing untuk mengukuhkan pengaruh dan kuasa
masing – masing.
Seterusnya, perselisihan ini turut memberi kesan kepada hubungan antara
Malaysia dan China sendiri. Konflik ini sebenarnya telah mewujudkan hubungan
kepentingan bersifat dua hala dan telah mendorong kepada kestabilan hubungan
keselamatan antara Malaysia dan China terutamanya ketika pemerintahan Najib
Razak. Dapat dilihat semasa pemerintahan Najib Razak yang lepas, beliau telah
berusaha untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan China. Antara
Langkah yang dilakukan adalah dengan menggunakan ekonomi sebagai jambatan
kepada kerjasama antara Malaysia dan China dengan melaksanakan dasar – dasar
yang berguna. Hubungan ekonomi yang kukuh ini secara tidak langsung akan
memberi kesan baik kepada Malaysia sepanjang konflik ini berlaku. Dalam erti kata
lain, China memerlukan Malaysia sebagaimana Malaysia memerlukan China.
Lt M Muhammad Rashdan Bin Mamat TLDM N/406247

Akhir sekali, konflik ini juga memberi kesan yang buruk kepada Malaysia.
Umumnya negara – negara ASEAN yang terlibat dalam perebutan di Laut China
Selatan ini mempunyai hubungan yang baik dengan negara China. Akan tetapi,
tindakan China yang lebih agresif sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan
menghantar tenteranya di wilayah Laut China Selatan boleh mengancam
keamanan negara -negara ASEAN yang lain termasuklah Malaysia. China seperti
tidak mempedulikan negara -negara lain dengan membina kemudahan
ketenteraannya sendiri di sekitar Kepulauan Spartly dan Kepulauan Parcel
sedangkan isu tersebut belum diselesaikan lagi. Penguasaan ketenteraan ini secara
tidak langsung akan menggugat keamanan perairan Malaysia dan akan
menguntungkan Cina. Selain itu, pernah dilaporkan sebuah kapal peninjau China
yang mengganggu operasi meninjau sumber asli minyak oleh Syarikat Petronas
Malaysia pada April 2020. Pernah direkodkan juga kapal daripada China telah
menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.
Kesimpulanya, konflik Laut China Selatan sangat memberi kesan kepada
Malaysia terutamanya kepada perairan negara. Tindakan daripada China yang
lebih agresif dilihat sangat signifikan kepada tindakan yang diambil oleh Malaysia
sepanjang konflik ini berlaku. Malaysia dilihat lebih progresif dalam bekerjasama
untuk menyelesaikan masalah ini. Najib Razak telah mengukuhkan hubungan
Malaysia-China terutamanya dari aspek ekonomi pada pemerintahan beliau yang
lepas. Hal ini akan memberi kesan kepada pandangan China terhadap Malaysia
dalam menyelesaikan isu ini. Walaubagaimanapun , penguasaan ketenteraan dan
pencerobohan kapal daripada China dilihat dapat menggugat keamanan perairan
Malaysia dan juga negara – negara ASEAN yang lain.

You might also like