You are on page 1of 17

FIQH DAKWAH

(AI30503)

PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU AKHIR 2

SEMESTER 1 (2021/2022)

TAJUK :

IBU BAPA BERPERANAN MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM KONTEKS


MENUTUP AURAT

NAMA PENSYARAH :

DR. ABDUL GHAFAR BIN DON

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BIL. AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS


1. NURUL SYAZRIN BINTI MOHD JASNI BA19110371
Isi Kandungan

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Menutup Aurat Bagi Kaum Wanita Menurut Islam

2.1 Pengertian Aurat 1-2


2.2 Dalil Kewajipan Menutup Aurat 3-5

2.3 Kategori Aurat 5-7


Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
3.0 Menutup Aurat 7-10

4.0 Pakaian Yang Benar Dalam Islam 10-13


5.0 Kesimpulan 13
6.0 Rujukan 14
1.0 Pengenalan

Kewujudan manusia di dunia ini telah ditentukan dan diatur oleh Allah s.w.t. Allah swt juga
telah menentukan segala kehidupan manusia dalam semua aspek sama ada ibadat khusus
atau kehidupan seharian yang dikenali sebagai syariat. Oleh itu, Allah swt mengutus para
nabi untuk menyebarkan kepada seluruh umat tentang apa yang Allah swt telah tetapkan
dan larang bagi menyampaikan amanah ini. Islam sebagai al-Din yang menyeluruh didirikan
atas dasar akidah, syariat dan akhlak. Kesempurnaan Islam menjadikan Islam suatu agama
yang terbaik dalam mengatur semua aspek kehidupan manusia, sama ada dari sudut politik,
ekonomi juga sosial.

Konsep kekeluargaan merupakan satu intitusi kecil dalam masyarakat yang terdiri
daripada ibu bapa dan anak. Menurut kamus dewan keluarga ialah saudara dan kaum
kerabat. Dalam pembentukan kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu
memainkan peranan  penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi
seorang yang berguna pada masa hadapan. Sebagai individu yang bertangunggjawab, ibu
bapa perlu mengambil berat  dalam mendidik anak-anak mereka kerana mereka merupakan
insan yang akan memimpin negara dan akan menjadi saham untuk ibu bapa diakhirat kelak
sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis daripada al-Bukhari yang berbunyi “apabila
meninggal dunia seorang anak adam maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoa
kedua ibu bapanya”. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-
anak antaranya ibu bapa perlu lebih meluangkan masa bersama anak-anak.

Kajian ini sangat penting untuk menyedarkan masyarakat Islam, khususnya kepada
ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka dalam penjagaan aurat, Ia sebenarnya
merangkumi persyaratan pakaian yang memenuhi tuntutan syariat Islam, batasan aurat
anak perempuan dan lelaki dan beberapa aspek lain yang dibincangkan antaranya konsep,
kepentingan dan juga pakaian yang dituntut dalam Islam. Ianya bertujuan untuk
memberikan kesedaran dan kefahaman kepada semua ibu bapa dan masyarakat umum
berkenaan penjagaan aurat menurut perspektif Islam. Ini kerana, masih ramai lagi di
kalangan umat Islam khususnya ibu bapa yang masih lalai dan tidak tahu akan kepentingan
mendidik anak mengenai penjagaan aurat.
2.0 KONSEP MENUTUP AURAT MENURUT ISLAM

2.1 Pengertian Aurat

Aurat menurut dari segi bahasa adalah dari kata ‫ار‬BB‫ع‬, dari perkataan tersebut muncul
perkataan-perkataan baru yang dibentukkan dan membawa makna yang baru. Perkataan itu
ialah ‘awira yang bermaksud menjadikan buta sebelah mata, ‘awwara pula bermaksud
menyimpangkan, membelokkan dan memalingkan, a’wara pula bermaksud lahir atau
auratnya, al-‘awaar pula ialah cela atau aib, al-‘wwar yang lemah atau penakut, al-‘aura’
ialah kata-kata dan perbuatan buruk, keji dan kotor, sedangkan al-‘aurat adalah segala
perkara yang dirasa malu (A.W. Munawwir, 1997). Pendapat yang sama juga menyatakan
bahawa aurat adalah sesuatu yang terbuka, tidak tertutup, kemaluan, telanjang, aib dan
cacat (Syarif Hidayatullah,1992). Ia membawa maksud sebagai menutup sesuatu oleh
seseorang karena merasa malu atau rendah diri jika sesuatu itu dilihat atau diketahui orang
lain.

Seterusnya menurut istilah, dalam pandangan pakar hukum Islam, aurat adalah
bahagian dari tubuh manusia yang pada asasnya tidak boleh dilihat kecuali dalam keadaan
darurat atau keperluan yang mendesak. Penutupan aurat ini adalah kerana aurat adalah
anggota atau bahagian dari tubuh manusia yang dapat menimbulkan syahwat bila dibiarkan
terbuka. Bahagian atau anggota tubuh seseorang manusia harus ditutup dan dijaga kerana
ia adalah sebahagian kehormatan manusia ataupun seseorang. Oleh yang demikian,
pengertian aurat adalah anggota atau bahagian dari tubuh manusia yang apabila dilihat
akan menimbulkan rasa malu, aib, dan keburukan-keburukan lainnya. Berdasarkan
pengertian diatas, dapat juga disimpulkan bahawa menutup aurat atau menutupi anggota
tubuh tertentu adalah kerana anggota tubuh dapat membuka aib dan keburukan. Oleh
sebab itu, seseorang manusia haruslah menutup bahagian tersebut sehingga tidak dapat
dilihat oleh orang lain

Sekiranya aurat seseorang terbuka, ia boleh membuatkan seseorang itu jatuh


maruahnya dimata masyarakat. Seseorang yang sudah layak menutupi auratnya, sudah
tidak mempunyai harga diri dan dipandang sebelah oleh masyarakat atas sebab cacat, aib
mahupun kekurangannya sudah terlihat di depan umum. Aurat dalam erti lain adalah segala
sesuatu yang dapat menjadikan seseorang malu atau mendapatkan aib, perkataan mahupun
sikap ataupun tindakan, aurat sebagai bentuk dari suatu kekurangan maka sudah
seharusnya ditutupi dan tidak untuk dibuka atau dipertontonkan di depan umum khususnya
lelaki. Islam mengajarkan bahawa pakaian adalah untuk menutup aurat, bukan sekadar
perhiasan atau ditunjuk-tunjuk. Islam mewajibkan setiap wanita dan lelaki untuk menutup
anggota tubuh yang menarik perhatian yang berlawanan jenis seperti lelaki sesama
perempuan yang bukan mahramnya. Selain itum bertelanjang adalah suatu perbuatan yang
jika kita lihat tidak beradab dan tidak senonoh. Itulah mengapa fiqh mengertikan bahawa
aurat adalah bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan
(Ibnu Muhammad, 2002).

2.2 Dalil Ayat dan Hadis Hukum Mentup Aurat

1. Surah Al-Azhab, terjemahan ayat yang ke-59


‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬
ُ ‫يَٰ َٓأهُّي َا لنَّىِب ُّ قُل َأِّل ْز َ ٰوجِ َك َوبَنَا ِت َك َو ِن َسٓا ِء لْ ُم ْؤ ِم ِن َني يُدْ ِن َني عَلَهْي ِ َّن ِمن َجلَٰ ِبيهِب ِ َّن ۚ َذٰكِل َ َأ ْدىَن ٰ ٓ َأن يُ ْع َرفْ َن فَاَل يُ ْؤ َذ ْي َن ۗ َواَك َن هَّلل‬
‫غَ ُف ًورا َّر ِح ًمي‬

Yang bermaksud : Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu


dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab mereka ke seluruh tubuh
mereka. Yang demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenali dan mereka tidak
diganggu. Dan Allah Swt. Maha Pengampun, Maha Penyayang .

Dalam ayat ini, Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk menyampaikan kepada para
isterinya dan juga sekalian wanita mukmin termasuk anak-anak perempuan beliau untuk
melabuhkan tudung mereka dengan tujuan supaya dapat membezakan dengan perempuan
yang bukan mukmin. Hikmah lain melabuhkan tudung adalah agar mereka tidak diganggu.
Hal ini kerana, dengan memakai tudung yang labuh, orang lain mengetahui bahawa dia
seorang muslimah yang baik.

Islam begitu melindungi martabat dan kehormatan seseorang perempuan dan


sangat menjaga penampilan ketika bertemu dengan masyarakat luar. Kita dapat lihat berapa
ramai perempuan yang dirogol ataupun yang dicabul kehormatannya, ia adalah kerana
seseorang itu tidak mengikuti ajaran Al-Qur’an dengan baik mengenai pemakaian tudung.
Kita pun masih melihat di sekeliling kita, mereka yang mengaku dirinya muslimah, tapi
masih tanpa malu menayangkan aurat mereka, Rasulullah saw. bersabda:

“Sesungguhnya rasa malu dan keimanan selalu bersama kedua-duanya. Jika salah
satunya diangkat, maka akan terangkat kedua-duanya.”
(Hadis Sahih)
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sifat malu dan iman adalah bersama keduanya.
Jika mereka tidak malu, maka iman mereka juga masih rendah. Walaupun pada hari ini,
masyarakat beranggapan bahawa malu tidak melambangkan iman. Namun, pada
pandangan umat Islam yang beriman percaya akan hadis yang disampaikan Rasulullah ini
bahawa seseorang yang imannya tinggi akan merasa malu untuk melakukan dosa
khususnya dalam penutupan aurat. Ini kerana dia tahu dan sedar bahawa Allah swt sedang
memerhatikannya dimana jua mereka berada.

2. Surah An-Nur, terjemahan ayat 31

‫ين ِز ينَ َت ُه نَّ إِ اَّل‬ ِ ِ ِ ‫ض ن ِم ن أَب ص‬ ِ ِ ِ


َ ‫وج ُه نَّ َو اَل يُ ْب د‬
َ ‫ار ه نَّ َو حَيْ َف ظْ َن ُف ُر‬ َ ْ ْ َْ ‫ض‬ ُ ‫َو قُ ْل ل ْل ُم ْؤ م نَ ات َي ْغ‬
َّ‫ين ِز ينَ َت ُه نَّ إِ اَّل لِ ُب عُ ولَ تِ ِه ن‬ ِ ِ‫هِب‬ ِ ‫خِب‬
ْ َ‫َم ا ظَ َه َر ِم ْن َه ا ۖ َو لْ ي‬
َ ‫ض ِر بْ َن ُ ُم ِر ه نَّ َع لَ ٰى ُج يُ و نَّ ۖ َو اَل يُ ْب د‬
ِ ‫اء ب ع ولَ تِ ِه نَّ أَو أَب ن ائِ ِه نَّ أَو أَب ن‬
‫اء بُ عُ ولَ تِ ِه نَّ أ َْو إِ ْخ َو ا هِنِ نَّ أ َْو بَ يِن‬ ِ ِ
َْ ْ َْ ْ ُ ُ َ‫أ َْو آبَائ ِه نَّ أ َْو آب‬
ِ ِ ِ ِ‫إِ خ و ا هِنِ نَّ أَو ب يِن أ هِت‬
َ ‫َو التَّابِ ع‬
‫ني َغ رْيِ أُو يِل‬ ْ ‫َخ َو ا نَّ أ َْو ن َس ائ ِه نَّ أ َْو َم ا َم لَ َك‬
ِ ‫ت أَمْيَ ا نُ ُه نَّ أ‬ َ َ ْ َْ
‫ض ِر بْ َن‬ ِ ِ
ِ ‫َّذ ين مَل ي ظْ ه ر وا ع لَ ى ع و ر‬ ِ ‫الر ج‬ ِ ِ
ْ َ‫ات النِّ َس اء ۖ َو اَل ي‬ ِ ‫ال أ‬
َ ْ َ ٰ َ ُ َ َ ْ َ ‫َو الطِّ ْف ِل ال‬ َ ِّ ‫ا إْلِ ْر بَة م َن‬

َ ُ‫يع ا أَيُّ هَ الْ ُم ْؤ ِم ن‬ ِ ِ ِ ِ ‫بِ أَر ج لِ ِه نَّ لِ ي ع لَ م م ا خُيْ ِف‬


‫ون‬ ً ‫ني م ْن ِز ينَ ت ِه نَّ ۚ َو تُوبُوا إِ ىَل اللَّه مَج‬
َ َ َ ُْ ُ ْ

َ ‫َّك ْم ُت ْف لِ ُح‬
‫ون‬ ُ ‫لَ َع ل‬

Yang bermaksud : Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka
menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya yakni auratnya, kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-
putra mereka, atau putra putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau
putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau
para perempuan yakni sesama Islam, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para
pelayan laki-laki yang tua yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan atau anak-
anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka
menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, agar kamu
beruntung.

Dalam ayat tersebut, Allah swt menyeru kepada seluruh hambaNya yang mukmin
agar menjaga kehormatan diri mereka dengan cara menjaga pandangan, menjaga
kemaluan dan menjaga aurat. Dengan menjaga perkara ketiga tersebut, maka pastinya
kehormatan diri kita akan dijaga. Ayat ini merupakan sambungan dari perintah Allah swt
kepada hambaNya yang mukmin untuk menjaga pandangan dan menjaga kemaluan. Ayat
terakhir ayat tersebut iaitu agar kamu beruntung, jelas Allah swt mengatakan jika kita
menjaga ketiga hal tersebut, maka kita akan beruntung. Ia bermaksud setiap apa perintah
daripadaNya membawa sesuatu yang mendatangkan manfaat dan mengelak keburukan
atau kejadian yang tidak diingini.

Walaupun dalam ayat tersebut mengatakan kita perlu menjaga pandangan, namun
ada beberapa situasi yang mungkin kita tidak sengaja. Contohnya ketika kita berjalan-jalan
dan tidak sengaja terlihat aurat perempuan. Dalam hal tidak sengaja memandang sesuatu
yang haram khususnya aurat brerlainan jenis. Rasulullah saw bersabda kepada Ali r.a,

“Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti pandangan yakni pertama yang tidak
sengaja dengan pandangan berikutnya, kerana bagi engkau pandangan yang pertama dan
tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir yakni pandangan yang kedua”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Hadis ini menyatakan bahawa, tidak mendatangkan dosa kepada sesiapa yang
ternampak aurat seseorang, namun akan berdosa sekiranya lihat kali kedua dengan
sengaja. Ini kerana, pandangan kedua adalah pandangan nafsu. Perkara ini harus dijaga
setiap daripada kita kerana ianya boleh memberi kemudaratan yang lebih berat dalam diri
seseorang.

2.3 Kategori Aurat

Kita sedia maklum bahawa aurat perempuan dan lelaki adalah berbeza. Perempuan
auratnya adalah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka. Aurat perempuan sama
sahaja seperti ketika menunaikan solat, iaitu longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh
badan dan labuh. Kebanyakan perempuan hari ini menyatakan bahawa cukup sekadar
memakai tudung, namun sebenarnya mereka perlu menitikberatkan perkara-perkara yang
lainnya seperti baju tidak boleh ketat, pergelangan tangan harus tutup dan memakai stokin.
Aurat lelaki tidak banyak seperti perempuan, iaitu dari pusat sehinga lutut sahaja. Namun,
lelaki juga susah untuk menutup aurat ketika melakukan aktiviti luar seperti bermain bola
sepak, bola tampar, sepak takraw dan sebagainya.

Kita sebagai seorang yang beragama Islam, khususnya ibu bapa wajib mengetahui
batasan-batasan aurat terhadap beberapa keadaan dan golongan siapa yang dibenarkan
dan tidak dibenarkan lihat aurat kita.

A. Aurat Bagi Anak Perempuan

Aurat sesama jenis ini bermaksud aurat sesama jantina iaitu aurat perempuan sesama
perempuan dan aurat lelaki sesama lelaki. Ianya perlu difahami kerana setiap keadaan akan
memberikan hukum yang berbeza.

Aurat wanita dengan wanita ialah antara pusat dan lutut. Menampakkan perhiasan
wanita kepada wanita-wanita lain sama hukumnya dengan kaum kerabatnya iaitu
mahramnya. Ia bermaksud, seseorang wanita boleh berhias atau memakai pakaian di depan
wanita lain yang mempunyai kaitan dengan dirinya ataupun tidak, seperti kawan-kawan
perempuan atau guru perempuan (Shofian Ahmad, 2004).

Aurat wanita dengan suami pula tidak ada batasnya. Hijab antara suami dan isteri
tidak ada hijab. Sebelum pernikahan aurat adalah terbatas untuk mengelakkan daripada
fitnah dan kerosakan akhlak masing-masing. Namun setelah dinikahkan dengan sah,
mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.

Aurat wanita bersama mahramnya juga adalah di antara pusat hingga lutut. Namun,
seseorang wanita tidak boleh menampakkan perhiasan sesuka hati. Ini kerana, jika kita lihat
di media dan akhbar berlaku banyak sumbang mahram pada masa kini. Seorang wanita itu
perlu berasa malu dan hormat pada mahramnya terutama ayah, abang dan adik lelaki yang
bersama kita setiap hari di rumah. Oleh itu, perlunya kita berhati-hati dalam perkara ini
untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini.

Aurat wanita dengan lelaki ajnabi juga berbeza, iaitu wanita perlu menutup
keseluruhan tubuhnya kecuali tapak tangan dan wajah. Menunjukkan dan membuka aurat
dengan sengaja, hukumnya adalah haram.

B. Aurat Anak Lelaki


Nas dalam Al-Quran tidak ada yang mengehadkan aurat lelaki dan memerintahkannya
menutup, tapi semua wanita harus faham agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada
bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat. Ia juga adalah aurat
mereka yang harus ditutup daripada dipandang oleh orang lain.

Aurat lelaki dengan lelaki asing adalah daripada pusat hingga lutut. Begitu juga aurat
lelaki dengan mahramnya yakni yang haram dinikahi untuk selamanya dengan sebab
keturunan, susuan dan hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan (Shofian Ahmad,
2004).

Aurat lelaki dan wanita ajnabi adalah antara pusat hingga lutut. Ada pendapat
mengatakan, Allah swt tidak menjadikan aurat lelaki terhadap wanita sama seperti auratnya
iaitu seluruh tubuh atau selain wajahnya dan telapak tangan, kerana terpaksa keluar bekerja
untuk mencari penghidupan serta tugas-tugas lain yang utama untuknya.

3.0 PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK MENUTUP AURAT

Ibu bapa perlu tahu manusia adalah makhluk mulia yang diciptakan oleh Allah swt
khususnya wanita. Mereka memiliki keistimewaan yang luar biasa dibandingkan dengan
kaum lelaki. Namun, di sebalik keistimewaan tersebut ternyata banyak perintah dan
larangan Allah kepada kaum wanita dan lelaki. Namun lebih banyak yang harus ditutup
berbanding lelaki. Salah satunya adalah perintah-Nya kepada wanita adalah untuk menjaga
auratnya.

Aurat wanita  adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangannya manakala
aurat lelaki pula hanya dari pusat hingga lutut. Menjaga aurat adalah suatu kewajiban bagi
seorang muslim dan dalam pemakaian harus memperhatikan apa yang telah diajarkan oleh
Nabi Muhammad SAW.

Banyak manfaat yang akan diperolehi sekiranya seseorang muslim menutup


auratnya. Selain boleh menghindari diri dari terjerumus ke dalam api neraka, menutup aurat
juga akan melindungi seseorang muslim ketika di dunia. Berikut ini adalah hikmah atau
manfaat lain yang akan diperoleh jika menutup aurat.

A. Menghindarkan Diri Dari Dosa Akibat Menayangkan Aurat

Ibu bapa perlu pesan kepada anak-anak mereka bahawa menutup aurat akan menghindari
kita dari dosa dan selamat dunia dan di akhirat, terutamanya perempuan (Abuddin Nata,
2003). Salah satu penyebab, kaum wanita lebih banyak dihuni oleh kaum wanita adalah
kerana selama hidup mereka tidak menutup aurat di hadapan orang-orang yang bukan
mahramnya. Oleh itu, wajib untuk kita menutup aurat.

Sungguh Allah telah memberikan peringatan akan seksa neraka bagi wanita yang


membuka aurat. Sebahagian orang mungkin merasakan bahawa membuka aurat bukanlah
hal yang penting, tapi sebenarnya membuka aurat juga membuka jalan zina dalam Islam.
Rasulullah saw bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
pertama:   Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat
memukul orang (penguasa yang kejam); kedua: Perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang
lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak boleh
masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium
sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Hadis Riwayat Muslim)

B. Menunjukkan keperibadian yang baik luar dan dalam

Selain itu, ibu bapa juga harus memberitahu anak-anak mereka bahawa menutup aurat
menunjukkan identiti seseorang. Sekiranya mereka berpakaian sopan dan akhlak mereka
juga sopan, pastinya orang berpendapat bahawa kita orang yang baik (Ibrahim Fathi,
2007). Walaupun ramai berpendapat bahawa pakaian tidak melambangkan akhlak
seseorang, namun sekurangnya kita dapat lihat bahawa seseorang itu lebih menjaga
tuntutan Allah swt.

Walaubagaimanapun, ada juga orang yang menutup aurat tetapi akhlaknya buruk
atau tidak baik. Namun, kita sebagai seorang yang berfikiran luas sepatutnya menegur
dengan baik dan kita perlu positif, kemungkinan mereka diuji oleh Allah swt.

C. Melindungi Tubuh dari Persekitaran

Tidak hanya bermanfaat untuk batin dan rohani saja, menutup aurat juga memiliki manfaat
untuk fizikal yakni untuk melindungi tubuh dan kulit dari persekitaran. Pakaian yang
menutup tubuh secara sempurna akan membuat wanita tidak merasa panas ketika matahari
memancar terik dan tidak merasa terlalu sejuk ketika cuaca terlalu sejuk berlaku seperti salji
atau hujan berhari-hari tanpa henti.

Hal yang sama juga terjadi dengan debu dan kotoran, ianya akan terhalang untuk
terkena kulit secara langsung kerana tertutup pakaian, maka kebersihan kulit tetap terjaga
dengan baik. Oleh itu, perlunya ibubapa yang peka dan tahu akan kesan buruk dari segi
sains jika tidak menutup aurat dengan sempurna.

D. Mengelakkan Rasa Cemburu Dan Dosa Kepada Pasangan Hidup

Bagi anak-anak yang sudah menikah atau akan menikah, seeloknya pesan bahawa menutup
aurat juga akan membuatkan hubungan rumah tangga menjadi sejahtera. Hal ini kerana
dengan menutup aurat akan mencegah rasa cemburu dari pasangan hidup. Namun, jika ada
seorang isteri yang dengan sengaja berpakaian seksi dan membuat suaminya cemburu
kerana ada orang lain tergoda dan dengan pandangan penuh nafsu syahwat. Oleh itu,
hindarilah memakai pakaian seksi dan tutuplah aurat agar tidak ada perasaan cemburu yang
dapat menghancurkan keluarga.

Ia juga mendatangkan dosa kepada suami anak perempuan kita, kerana ianya
adalah tanggungjawab si suami untuk menjaga isteri-isterinya dari melakukan apa yang
dilarang oleh Allah swt termasuklah tidak menutup aurat. Namun, sekiranya sudah ditegur
oleh suami, isteri tidak mendengar dan melawan, itu memang salah isteri dan dosa
ditanggung oleh isteri.

E. Melindungi Diri Daripada Pelbagai Aktiviti Kejahatan

Seperti yang sudah dijelaskan sebelumnya bahwa wanita yang sering membuka atau tidak
menutup aurat berpotensi untuk menjadi korban aktiviti-aktiviti oleh pemuas nafsu seperti
perkosaan. Jika kita lihat hari ini terlalu banyak perempuan yang menjadi mangsa lelaki
yang tidak berperikemanusiaan, malah yang lebih teruk adalah wanita yang dijadikan
mangsa juga dibunuh.

Namun, wanita yang sentiasa menutup auratnya lebih terjaga. Ini kerana, lelaki-
lelaki yang jahat tidak tertarik dengan wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Itulah
kenapa Allah swt mewajibkan kita semua menjaga aurat kita kerana perintah Allah swt
sentiasa membawa kebaikan walaupun kadang kita tidak nampak atau sedar kebaikan
tersebut jika melakukannya.

Selain itu, kaum sufi sengaja mamakai pakaian yang terbuat dari kain wol yang kasar
agar dapat menghasilkan pengaruh positif dalam jiwa mereka. Memang harus diakui bahwa
pakaian tidak menunjukkan baik, tetapi pakaian yang mematuhi syar’i dapat mendorong
pemakainya untuk berperilaku baik, tergantung dari cara dan model pakaiannya. Pakaian
yang menutup aurat, mengundang seseorang untuk berperilaku serta mendatangi tempat-
tempat baik, sekaligus mencegahnya ke tempat-tempat yang tidak senonoh (Muhammad
Quraish, 1994).

Jelas bahawa peranan ibubapa itu sendiri amatlah penting untuk mengingatkan
bahaya yang akan berlaku akibat tidak menutup aurat kepada anak-anak terutamanya anak
perempuan.

F. Menutupi Aib Rahasia Yang Ada Pada Diri Kita

Akhir sekali, manfaat yang diperolehi ketika seorang wanita muslimah menutup aurat adalah
menutup aib yang ada pada dirinya. Contohnya seperti apabila ada cacat pada tubuh dan
kulit, ia boleh ditutupi dengan menggunakan pakaian yang tertutup sehingga tidak ada
seorang pun yang mengetahui bahawa kita mempunyai kecacatan dalam diri. Sebaliknya
pula, wanita yang menunjukkan auratnya, ianya akan mudah untuk diketahui oleh orang
lain.

Itulah hikmah yang diperoleh oleh wanita muslimah sekiranya menjaga aurat. Oleh
itu, sedarlah untuk menutup aurat agar terhindar dari pelbagai bahaya yang menyusul.
Selain itu, agar Allah sentiasa melindungi kita dan redha ke atas apa yang kita lakukan demi
Dia.

4.0 PAKAIAN YANG BENAR DALAM ISLAM

Setelah kita mengetahui konsep aurat, kewajipan menutup aurat, kepentingan menutup
aurat, sekarang kita akan membahas tentang bagaimana cara menutup aurat yang baik dan
benar. Cara menutup aurat sangatlah mudah sekali iaitu dengan memakai pakaian yang
syar’i.

Pertama, pakaian mestilah menutupi seluruh tubuh badan wanita kecuali anggota yang
terdapat muka dan telapak tangan. Kebanyakan pereka fesyen kontemporari memandang
remeh konsep ini, memandangkan trend yang sentiasa mengikuti pasaran dunia fesyen
terkini. Meskipun begitu terdapat sebilangan kecil fesyen yang mengekalkan fesyen
mengikut syariat Islam. Allah swt menegaskan tentang kewajipan wanita menutupi segala
perhiasannya daripada pandangan golongan ajnabi, kecuali yang zahir. Zahir bermaksud
kain yang dipakai di atas baju atau pakaian (Ibnu Kathir, 1999). Menurut riwayat Ibn Abbas,
wanita harus menampakkan muka dan kedua tangannya dan wajib tutup yang lainnya
kecuali selain bahagian tersebut.

Kedua, pakaian mestilah tebal, tidak terlalu nipis dan selesa dipakai kerana ia boleh
menimbulkan pelbagai fitnah. Ia juga dapat menjaga kehormatan wanita daripada
mempamerkan kecantikan tubuh badannya di khalayak umum. Dalil al-Quran dan al-Hadith
amat jelas menyatakan bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang
nipis sehingga menampakkan kulitnya. Diantaranya pakaian yang dapat menampakkan
bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti:
bahagian dada, paha, dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka, keduanya belum pernah aku
lihat mereka.  Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi
yang digunakan untuk memukul orang.  Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang, lenggang-lenggok waktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu.  Kepala mereka
yakni sanggul di atas kepala mereka bagaikan bonggol unta. Kedua golongan ini tidak akan
masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Imam Suyuti maksud perempuan yang berpakaian tetapi telanjang dalam hadis
tersebut ialah perempuan yang memakai pakaian yang nipis dan menampakkan bayangan
auratnya. Selain itu, perempuan tersebut memakai pakaian menutupi badannya tetapi pada
hakikatnya tidak berpakaian. Hal tersebut seperti perempuan yang memakai pakaian yang
nipis menampakkan warna kulitnya, atau memakai pakaian yang ketat menampakkan
bentuk tubuh badannya. Terdapat hadis lain yang menjelaskan larangan memakai pakaian
nipis iaitu Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah
masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian
baginda SAW berpaling dan mengatakan (Abu Daud, 2003):

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haid (cukup umurnya),
tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan
dua tapak tangannya."

Ketiga, pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki. Allah swt telah mencipta
lelaki dan perempuan dengan fitrah masing-masing yang sempurna dan sesuai.
Perkembangan fesyen moden yang berkembang pesat dalam kalangan wanita dan lelaki
memberi kesan terhadap gaya hidup. Realiti pakaian hari ini telah mengubah fitrah yang
Allah sudah tetapkan yang membezakan di antara wanita dan lelaki. Walaubagaimanapun
diharuskan bagi wanita memakai t-shirt yang labuh dan seluar yang longgar. Allah swt
mengharamkan lelaki menyerupai perempuan, atau perempuan menyerupai lelaki secara
umum dan Rasullullah swt melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita, dan wanita
memakai pakaian lelaki (Ibnu Kathir, 1999). Ia boleh merosakkan fitrah semulajadi ciptaan
Allah swt. Di dalam sebuah hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari:

ِ‫هللا عَلَ ْي ِه َو َسمَّل َ املُت َ َشهِّب ِ َني ِم َن ّ ِالر َجال‬


ُ ‫ول اهَّلل ِ َصىَّل‬ ُ ‫ ل َ َع َن َر ُس‬:‫َع ِن ا ْب ِن َع َّب ٍاس َريِض َ اهَّلل ُ َعهْن ُ َما قَا َل‬
ِ َ ‫ َواملُت َ َشهِّب‬،‫اِب ل ِن ّ َسا ِء‬
ِ‫ات ِم َن ال ِن ّ َسا ِء اِب ّ ِلر َجال‬
 Diriwayatkan Ibn ‘Abbas ra., berkata: “Rasulullah saw melaknat laki-laki yang
menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki.

Keempat, seseorang muslim tidak perlu memakai wangi-wangian terutamanya


perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w,

“Perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian berjalan melewati sekelompok


orang agar mereka mencium keharumannya maka dia adalah perempuan pezina.”

(Hadis Riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dan Tirmidzi)

Kita tidak boleh memakai wangi-wangian tapi tidak pula boleh membiarkan badan
berbau atau kurang enak dihidu. Seseorang muslim itu perlu bersih dan nampak segar, tapi
bukan dengan cara memakai wangi-wangian. Namun, ia boleh dipakai di rumah atau untuk
dihidu oleh mahramnya sahaja, seperti perempuan kepada ahli keluarganya atau suaminya.
Ianya kerana, perempuan adalah fitnah terbesar di dunia ini, hanya kerana wangian yang
melekat di pakaian seseorang wanita sahaja boleh menaikkan syahwat lelaki (Al-Tirmizi,
1997). Namun, Wanita diharuskan memakai wangi-wangian jika ia tidak dapat dihidu orang
lain. Tetapi kebanyakan perfume pada zaman sekarang, ia dihasilkan seolah-olah untuk
menarik perhatian orang dengan pelbagai bau yang menarik sama ada daripada jenis bau
yang lembut dan kuat. Oleh itu, pemakaian yang sebaiknya adalah sekadar membersihkan
diri daripada bau yang tidak disenangi supaya tidak menimbulkan fitnah.

Akhir sekali, pakaian yang dipakai bukan untuk menunjuk kepada orang ramai tapi
adalah kerana Allah swt. Pakaian yang menunjuk dalam bahasa arabnya adalah libas
syuhrah, iaitu segala jenis pakaian yang dipakai untuk mencari perhatian di hadapan
masyarakat atau sekelilingnya, baik pakaian itu sangat mahal harganya iaitu untuk
menunjukkan kekayaannya atau sangat murah harganya iaitu untuk menampakkan
kezuhudan dirinya. Ibnu Umar r.a mengatakan: Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya


Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya
dengan api neraka.”

(Hadia Riwayat Ibnu Najah dan Abu Daud)

5.0 KESIMPULAN

Kita sebagai umat Islam wajib mengetahui apa yang telah disuruh oleh Allah swt dan apa
yang dilaranginya. Namun, bukan untuk diketahui sahaja, ianya perlu juga dipraktikkan
dalam kehidupan itu sendiri. Kita sebagai seorang muslim harus juga mengetahui bahawa
setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk sentiasa memperbaiki diri dan
masyarakat. Jika dilihat umat Islam hari ini kebanyakannya berbuat baik hanya untuk diri
sendiri namun tidak mengajak orang lain kepada kebaikan.

Ibu bapa perlu tahu bahawa melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, ibu bapa
perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak, begitu juga di dalam
suasana kekeluarga juga boleh mempengaruhi pewatakan anak-anak. Keluarga yang mesra
dan harmoni akan melahirkan personaliti yang positif, ceria dan sihat. Manakala keluarga
yang kucar-kacir, kerapa bergaduh dan berpecah belah menyebabkan suasana menjadi
dingin dan kaku. Jika keadaan begini wujud dalam keluarga, ia mempengaruhi
perkembangan jiwa anak-anak. Jangalah kita mendidik mereka dengan memberi kesan
kepada jiwa mereka,ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan cara yang baik kerana
dalam mendidik atau mengajar seseorang perlulah dengan cara tersebut, kerana  akan
membuat anak-anak merasa aman dan merasa bahawa ibu bapa mengambil berat
tentangnya. Seorang anak dia tidak akan melibatkan diri mereka dalam gejala-gejala yang
boleh merosakkan mereka melainkan ibu bapa itu bijak dalam memainkan peranan mendidik
anak-anak.

Oleh itu, perlunya kita untuk sentiasa belajar bagaimana mempraktikkan apa yang
Allah suruh dan apa yang Allah larang. Walaupun ianya sukar bagi orang yang tidak
dibimbing atau berada pada sekeliling yang tidak mementingkan apa yang Allah suruh
terutama mengenai penutupan aurat. Namun, kita sebagai seorang muslim kena selalu ingat
bahawa ketika kita meninggal dunia tiada siapa yang akan selamatkan kita melainkan
amalan kita. Maka mari kita bersama-sama menyelamatkan diri kita sebelum kita
menghembuskan nafas yang terakhir.

6.0 RUJUKAN

Abuddin Nata. 2003. Manajemen Pendidikan. Jakarta: Kencana

Afzalur Rahman. 1994. Ensiklopedia Sirah Jilid V. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

A.W. Munawwir, al-Munawwir Kamus Arab-Indonesia. 1997. Pustaka Progresif:


Surabaya.

Abu Mujadiddul Islam Mafa dan Lailatus Sa’adah. 2011. Memahami Aurat dan
Perempuan. Lumbung Insani.

Ibrahim bin Fathi bin Abd Al-Muqtadir. 2007. Perempuan Berjilbab vs Perempuan
Pesolek, terj. Khasan Aedi. Jakarta: Amzah.

Muhammad Ibnu Muhammad Ali. 2002. Hijab Risalah Tentang Aurat. Pustaka Sufi:
Yogyakarta.

Muhammad Quraish Shihab. 1994. Wawasan Al-Qur’an: Tafsir Maudhu’i Atas


Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Mizan.
Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainal Abidin. 2004. Aurat : Kod Pakaian Islam. Utusan
PublicationsHlm 46

Tim Penulis IAIN Syarif Hidayatullah, Ensiklopedi Islam Indonesia. 1992. Djambatan:
Jakarta.

You might also like