You are on page 1of 4

Pk07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA


JALAN BANGKUNG, TAMAN BANDARAYA
59100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT UNIT KANTIN BIL 1/2022

Tarikh : 7 Januari 2022


Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Pejabat Sk Bukit Bandaraya
Pengerusi : Puan Rosmawati Binti Md Ali

Kehadiran :

1. Rosmawati Binti Md Ali Pengerusi


2. Suhaila Binti Omar GPK Hal Ehwal Murid
3. Tn. Hj. Md. Zammry Bin Haji Mustapa YDP PIBG
4. Mohd Shahril Azhar Bin Abdul Rahim Wakil Pengusaha Kantin
5. Muhammad Faizi Bin Mohd Yusof Wakil Setiausaha Unit Kantin

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Rosmawati Binti Md Ali selaku pengerusi mesyuarat memulakan ucapan
aluan.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak pentadbir diberi ruang untuk


menguruskan sekolah mengikut situasi semasa.

1.3 Pengerusi juga turut mengakui terkesan dengan kenaikan harga barang yang
tidak menentu dikala pandemik covid-19 yang melanda dunia.

1.4 Pengerusi memaklumkan bersetuju jika harga makanan di kantin dinaikkan


sedikit tetapi dengan menambahkan kuantiti sesuatu makanan.
Makluman

SK BUKIT BANDARAYA WBA0011 1


Pk07 – Pengurusan Mesyuarat
2.0 PEMBENTANGAN

2.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.1.1 GPK Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa wakil pengusaha kantin telah
datang berbincang sebelum ini untuk bertanya pendapat untuk menaikkan harga
makanan di kantin.

2.1.2 GPK Hal Ehwal Murid juga memaklumkan bahawa pihak pengusaha kantin
telah berbincang dengan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
mendapatkan persetujuan dan cadangan menaikkan harga makanan yang baharu.

2.2 Wakil Pengusaha Kantin

2.2.1 Wakil pengusaha kantin memaklumkan bahawa mereka telah membuat


pemerhatian dan penelitian selama 2 bulan sebelum cuti penggal.

2.2.2 Menurut wakil pengusaha kantin, hasil dapatan mereka adalah kuantiti
makanan yang mereka sediakan adalah sangat sedikit dan tidak mengenyangkan.

2.2.3 Wakil pengusaha kantin juga memaklumkan bahawa makanan yang terlibat
dengan kenaikan harga adalah Nasi Lemak, Mee Goreng, Nasi Goreng dan Maggi
Goreng.

2.2.4 Kenaikan yang dimaksudkan wakil pihak pengusaha kantin adalah daripada
RM 1.00 kepada RM 2.00 dengan tambahan kuantiti makanan yang lebih banyak
dan mencukupi serta mengenyangkan.

2.2.5 Wakil pengusaha kantin memaklumkan air Milo yang dijual di kantin juga akan
dinaikkan harga daripada RM 1.00 kepada RM 2.00 dengan kuantiti yang banyak
dan penggunaan cawan plastik yang lebih besar.

SK BUKIT BANDARAYA WBA0011 2


Pk07 – Pengurusan Mesyuarat
2.2.6 Wakil pengusaha kantin berharap pihak ibu bapa dan sekolah bersetuju
dengan kenaikan harga yang baharu.

2.3 YDP PIBG SK Bukit Bandaraya

2.3.1 Tuan Hj Zammry memaklumkan harga yang disenaraikan munasabah dan


sesuai dengan situasi pandemik semasa.

2.3.2 Tuan Hj Zammry juga memaklumkan harga baharu tersebut akan dapat
diterima
oleh pihak ibu bapa dengan penjelasan yang munasabah.

2.3.3 Cadangan Ydp Pibg juga supaya pihak AJK Pibg dapat hadir dan makan di
kantin sekolah sambil memantau proses penyediaan makanan murid-murid.

Makluman

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir ke
mesyuarat kali ini. Pengerusi juga memberi pesanan kepada semua agar menjaga
SOP.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh :

…………………………………… ……………………………………..

Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Penyemak Minit


Mesyuarat kantin Bil 1/2022 SKTTDI(2) Kuala Lumpur
SKBB Kuala Lumpur

SK BUKIT BANDARAYA WBA0011 3


Pk07 – Pengurusan Mesyuarat
Tarikh : 7 Januari 2022

SK BUKIT BANDARAYA WBA0011 4

You might also like