You are on page 1of 2

INTERIM

ARTIKEL TOKOH TOKOH DUNIA DAN TEMPATAN

IBNU KHALDUN AHLI SEJARAWAN YANG TERBILANG

Nama sebenar ibnu khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al
Hadrami tetapi beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan pada tahun
1332 di Tunisia dan berketurunan Yaman. Ayah beliau merupakan seorang ulama, ahli
bahasa dan pemerintah angkatan tentera. Ibn khaldun merupakan seorang yang trkun
dalam menuntut ilmu. Beliau mempelajari pelbagai jenis ilmu, seperti syariat, bahasa, fizik,
dan matematik di negerinya, Tunisia. Bapa ibn khaldun merupakan, seorang sarjana yang
terkenal. Beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya tentang asas-asas agama
seperti Al-Quran, Fiqah, hadis, dan tauhid. Malah sejak kecil lagi beliau sudah menghafaz Al-
Quran. Apabila dewasa, beliau belajar mengenai linguistic bahasa Arab ( seperti nahu dan
saraf), usuluddin dan kesusteraan.

Sebagai seorang ilmuan Islam yang tersohor Ibn Khaldun banyak memberikan
sumbangan kepada bidang ilmu pensejarahan. Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah yang
agung dalam tamadun Islam. Beliau telah memperluas lagi kajian sejarah dengan melihat
sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan perubahan sosial yang
berlaku dalam sesuatu masyarakat. Perubahan sosial ini diterangkan dalam Al- Muqadimah.
Karya ini memaparkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah, iaitu hukum hukum
yang mengesuai proses-proses perubahan sesuatu masyarakat manusianseperti hubungan
antara sebab dan akibat. Kitab ini dibahagikan kepada enam bab. Antara perkara yang
dibincangkan adalah mengenai perbincangan umum tentang manusia, perbincangan
mengenai masyarakat Badwi dan Primitif, mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan
raja-raja, pendidikan serta ekonomi.

Sebagai seorang sejarawan, Ibn Khaldun menganalisis mengenai sesuatu tamadun


dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan. Beliau memberikan tafsiran
sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan geografi. Beliau
berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak atas hasil cantuman antara keunggulan
rohani dan jasmani. Beliau merupakan ahli sejarah pertama mengkaji segala aspek
kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya daripada perspektif sosiologi
masyarakat yang dapat memberikan keterangan keterangan yang releven kepada semua
tindakan sosial manusia. Ideanya yang menarik dalam al-muqadimmah telah mendorong
para pemikir dan pengkaji untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan
yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti Al-tabari dan Al mas`udi. Malah
teori pensejarahan ibn khaldun telah dikembangkan oleh ahli sejrah barat melalui
penterjemahan buku al-muqadimmah.

Selain daripada bidang sejarah Ibn Khaldun juga merupakan seorang penggiat
budaya dan kesusteraan Arab. Beliau telah mengkaji bidang kesusteraan bersama
Muhammad Bahr di Tunisia bertujuan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair. Beliau
banyak menghasilkan syair sejak kecil lagi. Kemahiran ini dapat dilihat dengan jelas dalam
kitab al-muqadimmah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.

Seterusnya, ibn khaldunmerupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden


khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,

You might also like