You are on page 1of 4

INTERIM

ARTIKEL TOKOH TOKOH DUNIA DAN TEMPATAN

IBNU SINA TOKOH ISLAM YANG TERKEMUKA

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Al Hussayn bin Abd Allah Bin Al Hassan bin Ali
Bin Sina. Beliau berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Aviccena
di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan. Bapanya merupakan
seorang gabenorpada masa kerajaan samminiyah (819-1005 Masihi). Ibnu Sina merupakan
seorang yang tekun mempelajari ilmu. Umpamanya, beliau pernah membaca buku metafizik
karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Beliau merupakan seorang yang taat beragama. Beliau
Berjaya menguasai ilmu naqli(agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif.
Buktinya beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghsilkan karya dalam pelbagai ilmu
terutamanya dalam ilmu perubatan. Semasa berusia 16 tahun, beliau dapat menguasai ilmu
perubatan. Ibnu sina meninggal pada tahun 1037 di Hamazan ketika berumur 58 tahun.

Sebagai seorang tokoh yang terkemuka beliau banyak memberikan sumbangan


dalam bidang perubatan. Ibnu Sina pernah diberikan gelaran sebagai “Medicorum Principal”
atau raja doctor di raja oleh kaum latin Skolastik. Gelaran lain yang diberikan kepadanya
adalah raja ubat. Beliau telah menghasilkan karya teragung, Qanun fi al-tibb. Karya ini
merupakan telah menjadi rujukan university-universiti eropah. Gerard Cremona telah
menterjemah buku ibnu sina ke dalam bahasa latin. Karya ini membincangkan mengenai
penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.

Ibnu sina juga turut menghasilkan ensiklopedia perubatan. Pada umur 21 tahun,
beliau menghasilkan karya pertamanya yang berjudul al majmu. Segala karya dan cetusan
idea ibnu sina termasuk berbentuk risalah bertulisan kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu
buku besar yang berjudul Essai de Bibliographie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater
Domican di Cairo.

Ibnu sina merupakan individu terawal yang memperkenalkan teori anatomi dan
fisiologi. Teori yang terdapat dalam buku beliau menggambarkan analogy manusia tehadap
negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadapa alam semesta sebgai makro kosmos
(dunia besar). Ibn sina juga mahir dalam ilmu anatomi,iaitu mengenai kedudukan organ dan
tubuh manusia. Beliau orang pertama yang membuat kajian tentang mata, iaitu mengenai
penglihatan dan fungsi mata. Impak daripada penyelidikan yang dilakukan oleh ibnu sina
adalah, beliau menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam
penyakit, jangkitan virus seperti tibi, penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dan
seumpamanya.

Ibnu Sina mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mendapati bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya
dan menganggap ia menjadi punca penularan kebanyakan penyakit. Selain itu, beliau juga
mengetahui cara cara pembedahan yang menekankan kepada pembersihan luka. Dalam
bidang pembedahan Ibnu Sina telah mencipta dan menemui kepentingan ubat bius. Dalam
bidang farmasi beliau mencipta pelbagai ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
Selain itu, beliau telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari
dan lain lain. Ibnu sina juga menjelaskan symptom-simptom penyakit kencing manis dan
masalah yang akan timbul daripadanya.

Sumbangan Ibnu Sina bukan sahaja dalam bidang perubatan malahan beliau turut
memberikan sumbangan dalam bidang falsafah. Ibnu sina telah menghasilkan karya
falsafahnya untuk dimuatkan bersama sama persoalan lain dalam karya yang
bercorakensiklopedia, iaitu kitab al-shifa`. Pandangan itu mewakili tradisis Aristotle yang
diperkemas oleh idea neo plato dan pada masa yang sama di kawal oleh ilmu kalam. Kitab
al shifa amat berpengaruh dalam kalangan para sarajana dalam bidang falsafah di eropah.
Ibnu Sina turut mengharmonikan antara falsah dengan agama. Beliau menjelaskan dogma
dogma agama dan menjelaskan bahwa roh tidak pernah musnah. Selain itu, ibnu sina
menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik.

Ibnu sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan
bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasala dari gunung ganang dan lembah
lembah. Selain itu, beliau juga mampu mengemukakan satu hipotesis atau teori pada waktu
itu yang gagal dilakukan oleh ahli yunani dan romani sejak zaman heredotus, Aristotle
sehinggalah ptolemenius. Menurut ibnu sina, kesan daripada hakisan aliran sungai
terhadapa kawasan berbukit/bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan
lembah sungai yang produktif.
Akhir sekali, sumbangan Ibn Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi
memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibn Sina
mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga
meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu sina
telah menerang bahawa benda benda logam sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis.
Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirinris sebelumnya
oleh Jabir bin Hayan, iaitu “bapa kimia Muslim”.
RUJUKAN

Mahayudin Hj. Yahaya et. al., Sejarah Islam (500-1918).(Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti
Sdn. Bhd, 2005).

Dr. Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong, sejarah islam(Kuala Lumpur:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd 2013),286.

You might also like