You are on page 1of 1

INTERIM

ARTIKEL TOKOH TOKOH DUNIA DAN TEMPATAN

khalifah umar Al-khattab

Nama penuh Umar ialah Umar bin Al-khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rubah. Beliau
dilahirkan 13 tahun selepas tahun gajah ( 584 Masihi ) dan berketurunan Bani adiy. Beliau
dilahirkan di Makkah. Beliau juga digelar al-faruq yang bermaksud orang yang membezakan
hak dengan yang batil. Nabi Muhammad saw juga mengelarkannya sebagai Abu hafs kerana
kegagahannya. Khalifah umar al-khattab telah dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar al-siddiq
dengan persetujuan para sahabat. Beliau menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan dan
beliau meninggal dunia pada bulan zulhijjah 23 Hijrah ( 644 Masihi ) ketika berumur 63
tahun.

Sebagai seorang khalifah beliau telah banyak memberikan sumbangan antaranya ialah dari
segi politik dan pentadbiran beliau telah membahagikan wilayah-wilayah islam kepada
beberapa bahagian pentadbiran bagi melicinkan pentadbiran islam. Beliau juga melantik
pegawai wilayah serta membentuk majlis syura. Beliau juga mengasaskan al diwan iaitu
daftar atau buku catatan tentang harta keluar masuk dan sebagainya. Beliau juga pengasas
takwim islam berdasarkan tahun hijrah, iaitu bermula pada 1 muharram tahun pertama
rasulullah saw berhijrah ke Madinah.

You might also like