You are on page 1of 2

2.

1 BUKU SKRAP DAN GURU CELIK


Terdapat dua jenis tugasan yang diberikan kepada kelas Tahun 5 Aktif iaitu tugasan
secara individu yang berfokus kepada penghasilan Buku Skrap dan tugasan secara
berkumpulan iaitu disebut sebagai Guru Celik. Tajuk yang diberikan untuk tugasan
ini adalah Tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara. Standard Kandungan bagi
tajuk ini adalah 7.2: Perjuangan Menentang Campur Tangan Penjajahan. Objektif
bagi tugasan ini adalah:

I. Murid dapat mengetahui peristiwa ke arah kemerdekaan


II. Murid dapat mengetahui tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan Negara
III. Murid dapat mengambil iktibar tentang perjuangan ke arah membebaskan
negara daripada kuasa asing.

Bagi tugasan individu, murid diarahkan untuk mencari maklumat berkenaan


dengan Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan Negara secara individu daripada
pelbagai sumber sama ada buku, internet dan majalah. Setelah proses pengumpulan
maklumat dijalankan, murid kemudiannya diarahkan membuat Buku Skrap digital
(Flipped) dan menghantar tugasan tersebut di dalam pautan Google Classroom yang
telah disediakan oleh guru.

Bagi tugasan berkumpulan pula iaitu Guru Celik, murid-murid dibahagikan


kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli kumpulan.
Setiap kumpulan akan diberikan tajuk dan mereka akan mencari maklumat
berkenaan tajuk yang diberikan. Setelah proses pengumpulan maklumat selesai,
mereka diarahkan untuk membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan kelas.
Cara pembentangan adalah mengikut kreativiti masing-masing sama ada
menggunakan slaid power point menggunakan alat-alat digital atau elektronik,
diorama, kad manila, ataupun bahan bercetak . Setiap murid dikehendaki untuk
menyampaikan dan berkongsi idea serta pandangan masing-masing di hadapan
kelas. Setiap pembentangan berkumpulan diperuntukkan masa selama 15 minit
sahaja termasuk sesi soal jawab.

Rubrik atau Skema Pemarkahan untuk kedua-dua tugasan ini akan diberikan
bagi memudahkan murid-murid untuk merujuk panduan yang diberikan oleh guru
untuk setiap tugasan. Seterusnya, guru melaksanakan penilaian kepada setiap orang
murid dan mengetahui setiap tahap penguasaan, kelebihan, kelemahan,
penambahbaikan dan refleksi keseluruhan penghasilan produk ini.

You might also like