You are on page 1of 3

SULIT

PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019
ANJURAN BERSAMA
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
NEGERI PERLIS
DAN
MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI PERLIS

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019 1103/1


BAHASA MELAYU
Kertas 1
Ogos
2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang
jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah]


1103/1 SULIT
SULIT 2 1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara remaja
menjaga nama baik diri sendiri. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

CARA REMAJA MENJAGA NAMA BAIK DIRI SENDIRI

Menjaga Penampilan Diri Menjaga Tutur Kata

Menjaga Batas Pergaulan

1103/1 SULIT
SULIT 3 1103/1

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1 Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang perlu diberikan perhatian oleh murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang.

Huraikan cara murid memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang.

2 Anak-anak harus diterapkan dengan pendidikan keusahawanan sebagai persediaan


menceburi bidang perniagaan.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

3 Pelbagai amalan boleh dilakukan oleh masyarakat ke arah memupuk semangat


kejiranan.

Ulas pernyataan tersebut.

4 Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan


ekonomi global.

Jelaskan kepentingan pelaburan asing kepada negara-negara yang terlibat.

5
Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Ungkapan di atas menunjukkan bahawa guru merupakan insan yang gigih berusaha
demi memastikan kejayaan muridnya.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud ungkapan tersebut.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1 SULIT

You might also like