You are on page 1of 2

Selamat sejahtera Dr dan rakan-rakan sekalian,

Saya Kanagaletchumi Veerasingam (No Matrik: 20171000262), ingin memberi pandangan


tentang tajuk forum yang menerangkan perbezaan antara orientasi dengan sosialisasi di sekolah
(secara school based).

Perbezaan antara Orientasi dan Sosialisasi


Orientasi merupakan satu prosedur bagi menyediakan maklumat latar belakang asas organisasi
kepada kakitangan baharu manakala Sosialisasi merupakan satu proses berterusan dalam
mewariskan dan menyebarkan norma, budaya serta ideologi serta membekalkan seseorang guru
baharu dengan kemahiran dan tingkah laku yang diharapkan oleh sesebuah sekolah.

Contoh aktiviti orientasi di sekolah


Kursus orientasi guru baharu merupakan satu program pembelajaran melalui bimbingan yang
berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme guru baharu
bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. Ia merupakan proses sosialisasi
kepada profesion keguruan yang dapat membantu guru baharu membuat penyesuaian antara ilmu
dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang
berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

Contoh aktiviti sosialisasi di sekolah


Proses Sosialisasi memainkan peranan yang penting untuk mengeratkan hubungan antara guru
baharu dengan pihak pentadbir dan guru baharu dengan guru-guru. Pihak sekolah mengadakan
jamuan pada setiap bulan sambil mengadakan mesyuarat untuk menambahbaikan program-
program yang bakal diadakan di sekolah. Ini dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru.
Tambahan pula, pihak pentadbir juga tidak melupakan untuk meraikan hari jadi untuk guru
berkenaan pada setiap bulan. Aktiviti sebegini memberi kesan yang positif kepada sekolah dan
juga kepada para guru untuk mengadaptasi dengan pelbagai situasi.

Kesimpulannya, walaupun orientasi dan sosialisasi adalah berbeza dari segi konteks, malah
kedua-dua aspek ini sangat penting dalam konteks Pendidikan bagi guru baharu agar mereka
dapat menyesuaikan diri di tempat baharu untuk mencapai visi dan misi sekolah.
Terima kasih.

You might also like