You are on page 1of 2

Selamat sejahtera Dr dan rakan-rakan sekalian,

Saya ingin memberi pandangan tentang tajuk forum yang menerangkan perlaksanaan peranan
saya sebagai ‘In Loco Parentis’ di tempat kerja. Perkataan "In Loco Parentis" ialah frasa Latin
yang membawa makna sebagai ibu bapa gantian dimana guru-guru menjadi ibu bapa kedua
kepada murid-murid di sekolah dengan memikul tanggungjawab yang penting untuk menjaga
anak murid seperti ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu semua guru dengan sendirinya menjadi
ganti kepada ibu bapa (In Loco Parentis) dan mereka hendaklah memastikan agar murid-murid
sentiasa diberi penjagaan rapi dan dilindungi daripada sebarang risiko yang boleh mendatangkan
bahaya kepada mereka.

Sebagai seorang guru, saya memikul fungsi sebagai seorang ibu bapa gantian di sekolah dengan
melaksanakan beberapa tanggungjawab penting yang telah diamanahkan apabila murid-murid
berada dalam kawasan sekolah. Pada setiap hari, setelah ibu bapa menghantar murid di pintu
hadapan sekolah, saya menyambut murid-murid dengan senyuman manis dan mengucap salam
kepada mereka. Saya juga sentiasa mengawasi dan menyelia mereka agar dapat melindungi
daripada sebarang risiko yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Saya juga sentiasa membimbing murid-murid untuk menguasai mata pelajaran yang agak sukar
untuk mereka dengan memberi tunjuk ajar yang efesien. Sekiranya wujud perubahan dalam
tingkah laku mereka, saya lebih peka terhadap situasi tersebut dan memberi kaunseling kepada
mereka. Dengan menggunakan pendekatan yang betul, saya dapat membantu murid-murid untuk
menyelesaikan masalah mereka seperti masalah peribadi.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Sekiranya,
mereka tidak sihat, saya akan mengambil ubat dari peti pertolongan cemas dan memberi kepada
mereka serta memberi masa untuk berehat serta menelefon ibu bapa untuk memaklumkan
keadaan mereka. Saya juga sentiasa memberi motivasi kepada para murid untuk belajar
bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan seterusnya memberi
nasihat kepada mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan pertandingan-pertandingan
untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan bakat.
Terima kasih.

You might also like