You are on page 1of 32

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN

PROGRAM

PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA)


KANDUNGAN
TAFSIRAN .......................................................................................................................... 4
1. PENGENALAN ............................................................................................................ 5
2. TUJUAN ....................................................................................................................... 6
3. OBJEKTIF .................................................................................................................... 6
4. PELAKSANAAN ........................................................................................................... 7
4.1 JANGKA MASA PROGRAM ................................................................................. 7
4.2 PEMILIHAN INDUSTRI ......................................................................................... 7
4.3 PELAKSANAAN PIMA BAGI PERANTIS ALIRAN PERDANA .............................. 7

4.3.1 Komponen Akademik ...................................................................................... 7

4.3.2 Komponen Kemahiran .................................................................................... 8

4.3.3 Pentaksiran ..................................................................................................... 9

4.3.4 Pemilihan Perantis ........................................................................................ 11

4.4 PELAKSANAAN PIMA BAGI PERANTIS BERKEPERLUAN KHAS (MBK) ........ 11

4.4.1 Komponen Akademik .................................................................................... 11

4.4.2 Komponen Kemahiran yang ditawarkan di industri ....................................... 12

4.4.3 Pentaksiran ................................................................................................... 13

4.4.4 Pemilihan Perantis ........................................................................................ 13

4.5 PENGURUSAN PERANTIS ................................................................................ 14

4.5.1 Kebajikan ...................................................................................................... 14

4.5.2 Perlindungan Insurans .................................................................................. 14

4.5.3 Pertukaran Perantis ...................................................................................... 15

4.6 PENGIKTIRAFAN................................................................................................ 17
4.7 KELULUSAN PELAKSANAAN ............................................................................ 17
4.8 PEMANTAUAN DI INDUSTRI ............................................................................. 17
4.9 LARANGAN ......................................................................................................... 18

4.9.1 Larangan Kepada Sekolah............................................................................ 18

4.9.2 Larangan Kepada Industri ............................................................................. 19

2
5.0 PENJADUALAN ......................................................................................................... 20
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ....................................................................... 21
6.1 Tanggungjawab Sekolah: .................................................................................... 21

6.1.1 Sebelum Program ......................................................................................... 21

6.1.2 Semasa Program .......................................................................................... 22

6.1.3 Selepas Program .......................................................................................... 23

6.2 Tanggungjawab Ibu bapa/Penjaga ...................................................................... 23

6.2.1 Sebelum Program ......................................................................................... 23

6.2.2 Semasa Program .......................................................................................... 23

6.2.3 Selepas Program .......................................................................................... 24

6.3 Tanggungjawab Industri ...................................................................................... 24

6.3.1 Sebelum Program ......................................................................................... 24

6.3.2 Semasa Program .......................................................................................... 24

6.3.3 Selepas Program .......................................................................................... 25

6.4 Tanggungjawab Perantis ..................................................................................... 25

6.4.1 Sebelum Program ......................................................................................... 25

6.4.2 Semasa Program .......................................................................................... 26

6.4.3 Selepas Program .......................................................................................... 26

6.5 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah ............................. 26


6.6 Peranan PIBG ..................................................................................................... 27
7.0 INSTITUSI LATIHAN.................................................................................................. 27
8.0 PENUTUP .................................................................................................................. 27
LAMPIRAN.................................................................................................................... 28

3
TAFSIRAN

“Program PIMA” ertinya Program Perantisan Industri Menengah Atas suatu latihan
kemahiran yang ditawarkan kepada murid berumur 15+ tahun di sekolah menengah
yang terpilih;

“Industri” ertinya adalah penyedia latihan kemahiran yang mengendalikan program


PIMA;

“Penyelaras” ertinya personel utama yang dilantik oleh sekolah dan industri untuk
dirujuk bagi pelaksanaan Program PIMA;

“Perantis” ertinya murid di sekolah menengah yang menerima latihan kemahiran


yang disediakan oleh industri.

“Murid Bekeperluan Khas (MBK)” ertinya yang diperakukan oleh pengamal


perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana
yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai
murid yang mempunyai:
i. Ketidakupayaan penglihatan;
ii. Ketidakupayaan pendengaran;
iii. Ketidakupayaan pertuturan;
iv. Katidakupayaan fizikal;
v. Masalah pembelajaran; atau
vi. Mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan
masalah, yang disebut dalam perenggan (i) hingga (v).

“Akta 350” ertinya Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

“Buku log” ertinya buku catatan harian aktiviti yang dilakukan semasa menjalani
latihan industri.

“Testimoni” ertinya sijil perakuan kemahiran yang telah diberikan kepada murid oleh
pihak industri

4
1. PENGENALAN

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) ialah satu program aliran
kemahiran di sekolah menengah secara kolaboratif antara Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan pihak industri. PIMA merupakan peluasan kepada program
perantisan yang ditawarkan di Sekolah Menengah Vokasional mulai tahun 2010 dan
program pendidikan serta latihan di tempat kerja bagi mengembangkan potensi,
minat dan kemahiran yang boleh dipraktikkan melalui pengalaman secara usaha
sama dengan industri.

Program ini juga berdasarkan model yang diamalkan di negara-negara maju seperti
Jerman, Austria, Australia dan Switzerland yang mana industri memainkan peranan
yang aktif dalam menyokong pendidikan negara. Kebanyakan negara tersebut, 50
peratus daripada perantis menengah atas mengikuti program perantisan.

Pada tahun 2017, terdapat sebanyak 86,527 permohonan kemasukan ke program


pendidikan vokasional KPM. Namun begitu, kapasiti yang ditawarkan hanya
sebanyak 25,200 tempat sahaja. Data permohonan kemasukan ke program
pendidikan vokasional KPM jelas menunjukkan bahawa program kemahiran ini telah
menarik minat masyarakat serta dapat mengoptimumkan potensi perantis dalam
bidang kemahiran.

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pendidikan Vokasional (JTPV)


Bilangan 1/2017 bertarikh 2 Mac 2017, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM
Bilangan 13/2017 pada 7 April 2017 dan Mesyuarat Majlis Menteri Bilangan 1/2017
pada 18 April 2017 telah meluluskan pelaksanaan PIMA di sekolah menengah
dengan memberi fokus kepada industri ringan.

Penawaran program PIMA menyumbang kepada Transformasi Pendidikan


Vokasional dengan memberi alternatif akses, ekuiti dan pendidikan yang berkualiti
kepada perantis yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat
dalam bidang kemahiran sebelum meninggalkan bangku persekolahan. Seterusnya,
dapat menimbulkan minat belajar perantis melalui pengalaman hands-on,
pengalaman bekerja di industri dan dalam masa yang sama mampu mengurangkan
kadar keciciran dalam kalangan perantis menengah atas. Kaedah ini juga memberi

5
peluang kepada perantis untuk mendapat pengiktirafan kemahiran daripada pihak
industri dan membuka ruang kerjaya yang lebih pelbagai dalam bidang kemahiran.

2. TUJUAN

Program PIMA bertujuan menyediakan pembelajaran alternatif kepada perantis


termasuk murid berkeperluan khas (MBK) yang berada di sekolah pendidikan khas
(SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau di Program Pendidikan Khas
Inklusif (PPI) yang berkecenderungan dalam bidang kemahiran pada peringkat
menengah atas. Program ini memenuhi hasrat Aspirasi Sistem dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 iaitu dari segi akses
pendidikan yang mana setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi
masing-masing dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas.

Program ini juga dapat menggalakkan pelibatan komuniti industri sejajar dengan
PPPM 2013 - 2025 Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta akses kepada bantuan yang
bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di sekolah dan
Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara
meluas.

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan pelaksanaan PIMA kepada bahagian
di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
Sekolah, dan Industri yang terlibat.

3. OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 meningkatkan peratus kehadiran perantis pada peringkat menengah atas


di sekolah dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang
kemahiran;
3.2 menimbulkan minat belajar perantis melalui pengalaman hands-on dan
pengalaman bekerja di industri; dan
3.3 menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan perantis.

6
4. PELAKSANAAN

4.1 JANGKA MASA PROGRAM

4.1.1 Program PIMA adalah selama satu tahun setengah hingga dua tahun;
4.1.2 Nisbah pembelajaran Program PIMA adalah 40 peratus akademik dan
60 peratus latihan industri; dan
4.1.3 Pelaksanaan program tertakluk kepada takwim persekolahan semasa.

4.2 PEMILIHAN INDUSTRI

Kriteria pemilihan industri adalah seperti berikut:

4.2.1 mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau


Pendaftar Pertubuhan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi
Sabah dan Sarawak melainkan agensi Kerajaan;
4.2.2 industri yang dapat menawarkan kemahiran yang bersesuaian;
4.2.3 mengutamakan ciri-ciri keselamatan;
4.2.4 lokasi yang berdekatan dengan sekolah;
4.2.5 industri yang mengamalkan budaya tanggungjawab sosial korporat
(CSR);
4.2.6 kemudahan dan peralatan yang memenuhi keperluan standard bidang
kemahiran yang ditawarkan;
4.2.7 berupaya menyediakan latihan dalam tempoh satu tahun setengah
hingga dua tahun; dan
4.2.8 mempelbagaikan skop latihan kemahiran yang mencakupi semua
aspek dalam bidang berkaitan.

4.3 PELAKSANAAN PIMA BAGI PERANTIS ALIRAN PERDANA

4.3.1 Komponen Akademik

Komponen akademik yang ditawarkan iaitu:

7
i. tiga mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, dan Sejarah. Bilangan jam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) adalah seperti di Jadual 1;
ii. dua Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK), iaitu Matematik
dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral perlu diikuti bagi
melengkapkan penawaran mata pelajaran mengikut Kurikulum
Kebangsaan;
iii. PdP mata pelajaran Sains dilaksanakan melalui elemen sains
yang diterapkan di dalam modul kemahiran atau kursus yang
ditawarkan; dan
iv. bilangan minimum jam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
setahun yang dicadangkan adalah seperti Jadual 1. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan komponen akademik boleh diubah
suai bergantung kepada keupayaan murid.

Bil Mata Pelajaran Kurikulum Jam setahun

Bahasa Melayu 128 jam


1
KBSM/
Bahasa Inggeris 112 jam
2 KSSM

Sejarah 64 jam
3
Matematik 64 jam
4
Pendidikan Islam atau MPAK
85 jam
5
Pendidikan Moral

Jadual 1: Komponen Akademik Program PIMA

4.3.2 Komponen Kemahiran

Komponen kemahiran yang ditawarkan di industri:

i. program kemahiran yang diiktiraf oleh badan pentauliahan


kemahiran atau badan profesional; atau program latihan yang
diiktiraf oleh mana-mana industri tempatan dan antarabangsa;

8
ii. struktur kurikulum di industri adalah bergantung kepada
kemahiran yang ditawarkan secara teori dan amali di industri;
dan
iii. bidang Kemahiran yang dicadangkan ialah:
a. Pengangkutan;
b. Elektrik dan Elektronik, Telekomunikasi dan Industri
Penyiaran;
c. Pemesinan dan Peralatan;
d. Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Mekanikal dan
Elektrik;
e. Teknologi Bahan;
f. Pembungkusan;
g. Percetakan;
h. Hospitaliti dan Pelancongan;
i. Cenderamata dan Industri Kecil;
j. Pertanian dan Asas Tani;
k. Industri Halal;
l. Seni dan Kebudayaan; dan
m. Bidang kemahiran lain yang sesuai.

4.3.3 Pentaksiran
Perantis Program PIMA akan melalui pentaksiran berikut:
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
a. perantis mengambil Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran
akademik yang telah ditetapkan mengikut keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada 21
September 2015.

b. mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:

Bil. Kertas Peperiksaan Kod


1 Bahasa Melayu 1103
2 Bahasa Inggeris 1119
3 Sejarah 1249

c. perantis hendaklah merujuk kepada buku Panduan


Pengurusan Peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan (LP).

9
ii. Penilaian Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK);

a. Perantis juga akan menduduki penilaian MPAK seperti


berikut:

Bil. Kertas Peperiksaan Kod


1 Pendidikan Islam 1224
2 Pendidikan Moral 1226
3 Matematik 1450

b. Keputusan penilaian akan dikeluarkan dalam bentuk


pernyataan oleh LP.

c. Perantis hendaklah merujuk buku Format Penilaian


MPAK yang dikeluarkan oleh LP.

iii. Pentaksiran Sekolah;


Bagi mata pelajaran teras dan MPAK (Jadual 1) tertakluk
kepada pentaksiran sekolah sedia ada;

iv. Pentaksiran PAJSK;


a. Penilaian SEGAK dilaksanakan dua kali setahun oleh
guru PJPK yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada bila-
bila masa yang sesuai; dan
b. Penilaian Kokurikulum dilaksanakan berdasarkan
penglibatan dan kehadiran perantis sama ada di sekolah
atau industri;

v. Pentaksiran Psikometrik; dan


Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan tertakluk kepada jadual
pelaksanaan aliran perdana.

vi. Pentaksiran Komponen Aliran Kemahiran.


Penilaian komponen aliran kemahiran adalah tertakluk kepada
industri berkenaan.

10
4.3.4 Pemilihan Perantis
Pemilihan perantis adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

i. warganegara Malaysia;
ii. bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan;
iii. lepasan tingkatan 3;
iv. berkecenderungan dalam bidang kemahiran (berdasarkan
pelaporan Pentaksiran Psikometrik).
v. berminat dengan bidang kemahiran dimohon;
vi. tidak rabun warna;
vii. sihat tubuh badan;
viii. bebas daripada masalah mental; dan
ix. bebas daripada penagihan dadah serta sakit kronik (masalah
jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan penyakit-
penyakit lain) atau kecacatan yang boleh mengehadkan
perantis daripada melaksanakan kerja amali.

4.4 PELAKSANAAN PIMA BAGI PERANTIS BERKEPERLUAN KHAS

4.4.1 Komponen Akademik

i. MBK di Program Pendidikan Inklusif (PPI); dan


MBK di PPI akan mengikuti pelaksanaan PIMA seperti perantis aliran
perdana;

ii. MBK di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)/Sekolah


Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)/Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
a. Empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu Komunikasi,
English for Communication, Matematik dan Pendidikan Islam
atau Pendidikan Moral.
b. Bilangan minimum jam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
setahun yang dicadangkan adalah seperti Jadual 2. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan komponen akademik boleh
diubah suai bergantung kepada keupayaan murid.

11
Bil Mata Pelajaran Kurikulum Jam setahun

Bahasa Melayu Komunikasi 48 jam


1

English for Communication 32 jam


2
KSSMPK
Matematik 32 jam
3
Pendidikan Islam atau
80 jam
4 Pendidikan Moral
Jadual 2: Komponen Akademik MBK Program PIMA

4.4.2 Komponen Kemahiran yang ditawarkan di industri

i. program kemahiran yang diiktiraf oleh badan pentauliahan kemahiran


atau badan profesional; atau program latihan yang diiktiraf oleh
mana-mana industri tempatan dan antarabangsa;
ii. struktur kurikulum di industri adalah bergantung kepada kemahiran
yang ditawarkan secara teori dan amali di industri; dan
iii. bidang Kemahiran yang dicadangkan ialah:
a. Pengangkutan;
b. Elektrik dan Elektronik, Telekomunikasi dan Industri
Penyiaran;
c. Pemesinan dan Peralatan;
d. Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrik;
e. Teknologi Bahan;
f. Pembungkusan;
g. Percetakan;
h. Hospitaliti dan Pelancongan;
i. Cenderamata dan Industri Kecil;
j. Pertanian dan Asas Tani;
k. Industri Halal;
l. Seni dan Kebudayaan; dan
m. Bidang kemahiran lain yang sesuai.

12
4.4.3 Pentaksiran
i. MBK yang mengikuti KSSM akan melalui pentaksiran seperti perantis
di aliran perdana.

ii. MBK yang mengikuti KSSM Pendidikan Khas (KSSMPK)

a. Pentaksiran Sekolah;
Bagi mata pelajaran teras (Jadual 2) tertakluk kepada
pentaksiran sekolah sedia ada;

b. Pentaksiran PAJSK;
1. penilaian SEGAK dilaksanakan dua kali setahun oleh guru
PJPK yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada bila-bila
masa yang sesuai; dan
2. penilaian kokurikulum dilaksanakan berdasarkan
penglibatan dan kehadiran perantis sama ada di sekolah
atau industri;

c. Pentaksiran Psikometrik
Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik tertakluk kepada jadual
pelaksanaan aliran perdana.

d. Pentaksiran Komponen Aliran Kemahiran


Penilaian komponen aliran kemahiran adalah tertakluk kepada
industri berkenaan.

4.4.4 Pemilihan Perantis


Pemilihan perantis adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

i. warganegara Malaysia;
ii. bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan;
iii. berumur 15+ tahun pada tahun kemasukan;
iv. berminat dengan bidang kemahiran dimohon; dan
v. boleh mengurus diri.

13
4.5 PENGURUSAN PERANTIS

4.5.1 Kebajikan

Kebajikan perantis meliputi perkara-perkara berikut:

i. cuti perantis adalah mengikut cuti persekolahan;


ii. lain-lain kemudahan cuti berdasarkan budi bicara pihak industri;
iii. hari dan masa latihan adalah tertakluk kepada Akta 350
[Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966] seperti
Jadual 3.

Kategori Catatan
Orang Muda 1. Hari latihan tidak berturutan
(orang yang belum mencapai lebih dari enam hari.
umur 18 tahun) 2. Waktu latihan antara 6.00 pagi
hingga 8.00 malam.
3. Minimum rehat selama 30
minit bagi setiap empat jam
latihan.
4. Perantis: maksimum lapan
jam sehari, dan
5. Rehat minimum 12 jam
sebelum hari bekerja
seterusnya.

Jadual 3: Hari dan masa latihan

iv. Latihan selepas waktu yang ditetapkan boleh dibuat dengan


persetujuan perantis, ibu bapa dan industri selagi mematuhi
Akta 350; dan
v. Pembayaran elaun/insentif bergantung kepada kemampuan
industri.

4.5.2 Perlindungan Insurans

Pelindungan Insurans tambahan adalah digalakkan dan dibiayai oleh


pihak ibu bapa/penjaga atau pihak industri.

14
4.5.3 Pertukaran Perantis

i. Pertukaran Antara Aliran di sekolah yang sama;


Perantis dari Program PIMA ke Aliran Perdana/Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)/Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (SMPK)/ Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional (SMPKV) sekolah yang sama adalah di bawah
bidang kuasa Pengetua. Carta Alir Pertukaran adalah seperti
berikut :

Mula

PIMA

Permohonan pertukaran oleh


perantis

Sekolah menerima borang permohonan

Rayuan

Keputusan Pengetua

Tidak Ya

Tukar kelas

Selesai

Carta Alir 1: Pertukaran Antara Aliran

ii. Pertukaran Program PIMA ke Aliran Perdana sekolah yang lain.


a. pertukaran antara sekolah dalam daerah dan antara
daerah hendaklah dilaksanakan di bawah bidang kuasa
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD);

15
b. pertukaran sekolah antara negeri hendaklah dilaksanakan
di bawah bidang kuasa Pengarah Pendidikan Negeri;

c. perantis hendaklah memohon menggunakan Borang


P.U(A)275;

d. sekiranya terdapat kekosongan bagi kursus yang sama di


sekolah yang dipohon, JPN atau PPD hendaklah
menempatkan perantis tersebut dalam kursus yang sama;
dan

e. sekiranya tiada kursus yang ditawarkan/tiada kekosongan


di SMK yang dipohon, perantis hendaklah mengikuti
pembelajaran di Aliran Perdana seperti biasa. Carta Alir
adalah seperti berikut:

Mula

Permohonan pertukaran oleh perantis

Sekolah menerima borang permohonan

Hantar ke PPD/JPN

Rayuan

Keputusan PPD/JPN
Tidak Ya

Pendaftaran perantis

Selesai

Carta Alir 2:
pertukaran perantis antara sekolah dalam negeri dan
antara sekolah negeri lain

16
4.6 PENGIKTIRAFAN

4.6.1 Perantis aliran perdana yang mengikuti Program PIMA dengan jayanya
akan menerima:
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pernyataan mata pelajaran
aliran kemahiran (MPAK) daripada LP; dan
ii. sijil perakuan atau testimoni yang dikeluarkan oleh pihak
industri; atau sijil latihan kemahiran daripada badan
pentauliahan kemahiran atau badan profesional.

4.6.2 Perantis MBK yang mengikuti Program PIMA dengan jayanya akan
menerima:

i. pernyataan mata pelajaran akademik MBK berdasarkan


pentaksiran sekolah yang diperaku oleh sekolah; dan
ii. sijil perakuan atau testimoni yang dikeluarkan oleh pihak
industri; atau sijil latihan kemahiran daripada badan
pentauliahan kemahiran atau badan profesional.

4.7 KELULUSAN PELAKSANAAN

4.7.1 Pihak sekolah perlu mendapatkan kelulusan pelaksanaan program


daripada PPD.
4.7.2 Carta alir permohonan pelaksanaan Program PIMA. (Carta Alir 3)

4.8 PEMANTAUAN DI INDUSTRI

Pemantauan PIMA di industri dilaksanakan oleh penyelaras yang dilantik oleh


pihak sekolah dan industri.

17
Mula

Sekolah mengadakan perjumpaan dengan


pihak industri

Industri berminat

Tidak Ya
Tamat
Penubuhan Jawatankuasa melibatkan
sekolah, PIBG dan Industri

Permohonan dihantar ke PPD


Rayuan

Kelulusan menjalankan Program PIMA oleh


PPD
Tidak Ya

Menandatangani Memorandum
Persefahaman antara KPM dengan pihak
industri.

Tamat

Carta Alir 3:
Permohonan pelaksanaan Program PIMA

4.9 LARANGAN

4.9.1 Larangan Kepada Sekolah

Sekolah adalah dilarang daripada melakukan mana-mana perkara


berikut:

i. mengenakan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan latihan


kemahiran ke atas perantis;

18
ii. melakukan sebarang tindakan yang boleh diertikan sebagai
mencemar imej Program PIMA;
iii. menghalang perantis mendapatkan apa-apa dokumen atau
bukti keterampilan bagi tujuan pembangunan rekod penilaian
Program PIMA;
iv. menjalankan latihan di premis yang belum berdaftar dengan
SSM dan PBT; dan
v. mempamerkan atau menyiar sebarang iklan atau publisiti
berkaitan pentauliahan yang kurang tepat atau mengelirukan
dalam mana-mana media bercetak/elektronik.

4.9.2 Larangan Kepada Industri

Pihak industri adalah dilarang daripada melakukan mana-mana


perkara berikut:

i. mengingkari Akta 350: Akta Kanak-kanak dan Orang Muda


(Pekerjaan) 1966;
ii. menjalankan latihan secara sambilan atau separuh masa;
iii. mengenakan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan latihan
Program PIMA ke atas perantis;
iv. menjalankan program lain selain daripada Program PIMA yang
melibatkan perantis Program PIMA;
v. menghalang mana-mana perantis daripada berhenti mengikut
latihan atas kerelaan sendiri;
vi. menghalang perantis mendapatkan apa-apa dokumen atau
bukti keterampilan bagi tujuan pembangunan Rekod Penilaian
Program PIMA dan pensijilan perantis;
vii. menjalankan latihan di cawangan yang belum mendapat
kelulusan PBT;
viii. mempamerkan atau menyiarkan sebarang iklan atau publisiti
berkaitan Program PIMA tanpa kelulusan KPM dalam mana-
mana media cetak/elektronik; atau

19
ix. membenarkan mana-mana pihak ketiga menguruskan
pengambilan perantis.

5.0 PENJADUALAN

5.1 Sekolah dan pihak industri perlu mengadakan perbincangan dalam membuat
penyusunan jadual yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sama ada dalam
Mod Harian atau Mod Blok. Berikut adalah contoh jadual yang disediakan oleh
pihak sekolah sebagai panduan dengan pelaksanaan berdasarkan Mod Harian
atau Mod Blok:

i. Mod Harian
 2 hari di sekolah : 7.30 pagi – 2.00 petang
2 hari = 40 peratus

 3 hari di industri : 8.00 pagi – 4.00 petang


3 hari = 60 peratus

ii. Mod Blok (Mingguan/Bulanan)

 1 minggu persekolahan : 7.30 pagi – 2.00 petang


(hari pertama hingga hari keempat)
6.5 jam x 4 hari = 26 jam
7.30 pagi – 12.30 tengah hari (hari 5)
5 jam x 1 hari = 5 jam
: Jumlah = 31 jam

 2 minggu industri : 8.00 pagi – 4.00 petang (hari 1- 4)


8 jam x 8 hari = 64 jam
8.00 pagi – 12.00 petang (hari 5)
4 jam x 2 hari = 8 jam
: Jumlah = 72 jam

5.2 Penjadualan memenuhi kuota 40:60 dan jangka masa latihan PIMA dinyatakan
di Lampiran 3 sebagai contoh dan panduan sahaja. Pelaksanaan sebenar
adalah bergantung kepada persetujuan antara sekolah dengan industri.

20
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

6.1 Tanggungjawab Sekolah:

Memastikan pelaksanaan program mengikut garis panduan dan melaporkan


status pelaksanaan Program PIMA kepada PPD/JPN secara berkala dua kali
setahun tertakluk kepada perubahan semasa.

6.1.1 Sebelum Program

i. Membentuk Jawatankuasa Program PIMA (Lampiran 5);


ii. Menyediakan dokumen berikut dan menghantarnya kepada ibu
bapa perantis berkenaan untuk dilengkapkan:
a. surat tawaran Program PIMA;
b. borang profil perantis;
c. surat aku janji perantis dengan pihak sekolah;
d. surat aku janji perantis dengan industri;
e. surat akuan kesihatan perantis;
f. perakuan persetujuan ibu bapa/penjaga;
g. borang pemantauan;
h. laporan perjalanan program;
i. buku log; dan
j. borang-borang lain yang berkaitan.
v. menjalinkan kerjasama dengan industri setempat secara
berterusan;
vi. merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan
pelaksanaan program seperti penjadualan, latihan, peraturan
keselamatan tempat kerja dan peraturan-peraturan umum
tertakluk perubahan semasa bersesuaian mengikut keperluan
sekolah;
vii. mengeluarkan surat penempatan perantis kepada industri;
viii. mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak industri untuk
menerima perantis dalam Program PIMA;
ix. mengadakan taklimat/mesyuarat dengan ibu bapa/penjaga
bersama pihak industri dan wakil daripada PPD/JPN;

21
x. mengurus perlindungan insurans;
xi. memaklumkan kepada JPN/PPD mengenai pelaksanaan
program PIMA di sekolah sebanyak 2 kali dalam setahun;
xii. memastikan sekolah yang terlibat dengan latihan industri
menyimpan salinan memorandum persefahaman, surat aku
janji perantis dengan pihak sekolah dan industri serta garis
panduan Program PIMA sebagai rujukan punca kuasa; dan
xiii. Memastikan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) telah dibina
untuk MBK selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013.

6.1.2 Semasa Program

i. mengadakan taklimat dan majlis penyerahan perantis kepada


industri di sekolah;
ii. menyelaras perantis melaporkan diri ke industri;
iii. memastikan keselamatan perantis sepanjang berada di industri;
iv. memastikan dan memantau kehadiran perantis di sekolah dan
industri;
v. memastikan dan memantau tugasan perantis dari semasa ke
semasa mengikut jadual yang ditetapkan;
vi. berbincang dengan pihak industri dan ibu bapa secara
berterusan berkaitan perkembangan perantis;
vii. mengadakan mesyuarat jawatankuasa Program PIMA secara
berkala;
viii. memastikan keberadaan perantis di sekolah dan industri;
ix. memastikan perantis mematuhi peraturan ditetapkan; dan
x. memastikan RPI dilaksanakan untuk MBK selaras dengan
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

22
6.1.3 Selepas Program

i. Menganalisis laporan sepanjang tempoh latihan/program;


ii. Menyediakan dokumen pentaksiran berasaskan tugasan/kerja
perantis;
iii. Menyediakan laporan Program PIMA ke JPN/ PPD; dan
iv. Menyediakan laporan prestasi kepada ibu bapa/penjaga secara
berkala.

6.2 Tanggungjawab Ibu bapa/Penjaga

6.2.1 Sebelum Program

i. Menghadiri mesyuarat/taklimat pelaksanaan program yang


dianjurkan oleh pihak sekolah;
ii. Memahami peraturan dan prosedur Program PIMA;
iii. Menandatangani dokumen berkaitan pelaksanaan Program
PIMA;
iv. Merancang keperluan harian anak/jagaan dari aspek pakaian,
pengangkutan, makan/minum, keselamatan dan lain-lain; dan
v. Pengambilan insurans tambahan digalakkan mengikut
kemampuan masing-masing.

6.2.2 Semasa Program

i. Mengurus keperluan harian perantis dari aspek pakaian,


pengangkutan, makan/minum, keselamatan dan lain-lain;
ii. Berbincang dengan pihak sekolah secara berterusan berkaitan
perkembangan perantis;
iii. Memastikan perantis hadir dan menamatkan program dengan
jayanya.;
iv. Memastikan keberadaan perantis di sekolah dan industri; dan
v. Memastikan perantis mematuhi peraturan ditetapkan.

23
6.2.3 Selepas Program

i. Memastikan perantis memperoleh sijil tamat latihan dokumen


pengesahan penyertaan dalam Program PIMA; dan
ii. Memastikan perantis mengembalikan semua buku dan
peralatan yang dipinjam daripada pihak sekolah atau industri.

6.3 Tanggungjawab Industri

6.3.1 Sebelum Program

i. Menghadiri mesyuarat/taklimat Program PIMA;


ii. Memahami konsep dan prosedur pelaksanaan program PIMA;
iii. Menyediakan bidang kerja dan tugasan yang diberikan kepada
perantis;
iv. Menyediakan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi perantis;
dan
v. pekerja sepenuh masa untuk dilantik sebagai penyelaras
program PIMA di industri.

6.3.2 Semasa Program

i. Memberi taklimat kepada perantis mengenai :


a. tugasan;
b. prosedur keselamatan; dan
c. peraturan.
ii. Memantau dan merekodkan tugasan perantis;
iii. Memerhati dan membuat laporan salah laku (jika ada) perantis-
perantis yang menyalahi undang-undang negara atau agama
dan adat resam setempat;
iv. Memastikan keselamatan perantis sepanjang berada di industri;
v. Membenarkan pihak sekolah/PPD/JPN membuat pemantauan
pelaksanaan program;
vi. Menghadiri mesyuarat bersama-sama pihak sekolah, ibu bapa
atau penjaga dari semasa ke semasa;

24
vii. Merekodkan semua perkakasan/peralatan yang dipinjam/diguna
oleh perantis;
viii. Menyediakan bantuan kebajikan seperti makan, minum, elaun
dan sebagainya untuk perantis yang kurang berkemampuan
sekiranya perlu;
ix. Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk perantis beribadah
dan berehat dalam lokasi industri;
x. Melengkapkan buku kehadiran perantis yang disediakan oleh
pihak sekolah;
xi. Memastikan keberadaan perantis di industri;
xii. Memastikan perantis mematuhi peraturan ditetapkan semasa di
industri; dan
xiii. Digalakkan memohon khidmat job coach daripada Jabatan
Pembangunan OKU, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat bagi khidmat sokongan MBK di
industri.

6.3.3 Selepas Program

i. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dan digunakan


oleh perantis telah dikembalikan;
ii. Menandatangani surat akuan penyertaan perantis dalam
program PIMA;
iii. Mengemukakan cadangan penambahbaikan program (jika
ada); dan
iv. Mengeluarkan sijil/testimoni industri atau menawarkan
pekerjaan sekiranya sesuai dan menepati kehendak industri.

6.4 Tanggungjawab Perantis

6.4.1 Sebelum Program

i. Menghadiri taklimat bagi mengetahui bidang kerja/tugasan yang


ditawarkan;
ii. Menyampaikan surat/dokumen tawaran mengikut Program

25
PIMA kepada ibu bapa/penjaga;
iii. Menandatangani borang atau dokumen yang berkaitan dengan
Program PIMA; dan
iv. Bersedia mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh sekolah dan industri.

6.4.2 Semasa Program

i. Melaporkan diri untuk menjalani latihan di industri;


ii. Menghadiri Program PIMA di industri mengikut hari dan masa
yang ditetapkan;
iii. Mengetahui dan melaksanakan tugasan yang diberikan dan
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh industri;
iv. Merekodkan setiap tugasan harian dalam buku log; dan
v. Merujuk kepada pihak sekolah,industri atau ibu bapa sekiranya
berhadapan dengan masalah.

6.4.3 Selepas Program

i. Menyerahkan buku log kepada guru penyelaras;


ii. Mengembalikan semua peralatan yang dipinjam sepanjang
latihan (jika ada); dan
iii. Mendapatkan SPM, Pernyataan MPAK dan sijil perakuan atau
testimoni atau sijil latihan kemahiran.

6.5 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah

6.5.1 Membantu penglibatan dengan industri setempat;


6.5.2 Memberikan nasihat/bimbingan pelaksanaan kepada sekolah;
6.5.3 Mewujudkan jawatankuasa PIMA bagi mudah sesi perbincangkan
masalah serta kelulusan melaksanakan Program PIMA
6.5.4 PPD mengeluarkan surat kelulusan pelaksanaan dan menghantar
laporan pelaksanaan ke JPN;

26
6.5.5 Menyelaras, mengurus, memantau dan menilai keberkesanan
pelaksanaan Program PIMA dan penambahbaikan yang sesuai untuk
dipraktikkan; dan
6.5.6 Melaporkan pelaksanaan program kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia.

6.6 Peranan PIBG

6.6.1 Menjadi pemangkin antara sekolah, ibu bapa/penjaga, perantis dan


industri dalam hal-hal penyediaan latihan dan keselamatan di industri;
dan
6.6.2 Mewujudkan kumpulan sarana ibu bapa/penjaga yang kukuh dan
berterusan untuk kelangsungan Program PIMA dan bertindak sebagai
pemantau bebas yang proaktif.

7.0 INSTITUSI LATIHAN

Program PIMA boleh dilaksanakan di institusi latihan menggunakan garis panduan


yang sama.

8.0 PENUTUP

Pelaksanaan Program PIMA ini diharap dapat membantu dalam menyediakan


kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti serta bantuan yang bersesuaian
dengan keperluan bagi menjamin kejayaan perantis-perantis di sekolah serta
memupuk semangat kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.

27
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
CADANGAN JADUAL WAKTU: 1
HARI/MASA 7.30- 8.00- 8.30- 9.00- 9.30- 10.00 10.20- 10.50- 11.20- 11.50 12.20 12.50 1.20 1.50
8.00 8.30 9.00 9.30 10.00 10.20 10.50 11.20 11.50 12.20 12.50 1.20 1.50 2.20

Isnin Per. Bahasa Melayu Sejarah Pend. Islam/Moral English


Rehat
P.
Selasa English Sejarah Matematik Bahasa Melayu
Islam/Moral

Rabu

Khamis Industri – 8 jam termasuk 1 jam waktu rehat

Jumaat

Waktu PdP = 30 min


Waktu Rehat = 20 min
Jumlah waktu/minggu (sekolah) = 26 waktu PdP
Jumlah minggu PdP setahun = 36 minggu

Jumlah jam di industri atau institusi latihan seminggu = 24 jam (3 hari x 8 jam)

Cadangan ini adalah panduan umum sahaja

28
CADANGAN JADUAL WAKTU: 2 LAMPIRAN 2

HARI 7.30- 8.00- 8.30- 9.00- 9.30- 10.00 10.20- 10.50- 11.20- 11.50 12.20 12.50 1.20 1.50
/MASA 8.00 8.30 9.00 9.30 10.00 10.20 10.50 11.20 11.50 12.20 12.50 1.20 1.50 2.20

Ahad Per. Bahasa Melayu Sejarah Pend. Islam/Moral English

Rehat
P.
Isnin English Sejarah Matematik Bahasa Melayu
Islam/Moral

Selasa

Industri – 8 jam termasuk 1 jam waktu rehat


Rabu

Khamis

Waktu PdP = 30 min


Waktu Rehat = 20 min
Jumlah waktu/minggu (sekolah) = 26 waktu PdP
Jumlah minggu PdP setahun = 36 minggu

Jumlah jam di industri atau institusi latihan seminggu = 24 jam (3 hari x 8 jam)

Cadangan ini adalah panduan umum sahaja

29
LAMPIRAN 3

Bulan Tarikh ( Isnin , Selasa , Rabu ) Hari


Mac 1,6,7,8,13,14,15,27,28,29 10 Hari
April 3,4,5,10,11,12,17,18,19,24,25,26 12 Hari
2,3,8,9,10 ( Peperiksaan Pertengahan Tahun ) 5 Hari
Mei
15,16,17,22,23,24 6 Hari
Jun 13,14,19,20,21 5 Hari
Julai 3,4,5,10,11,12,17,18,19,24,25,26,31 13 Hari
Ogos 1,2,7,8,14,15,16,21,22,23 10 Hari
September 4,5,6,11,12,13,18,19,20,25,26,27 12 Hari
Oktober ( Peperiksaan Akhir Tahun ) -
Jumlah 73 Hari
Jam Latihan Industri
1 Hari (7Jam hingga 8 Jam )
Masa Tamat Latihan Jam 1.05 Petang

Cadangan ini adalah panduan umum sahaja

30
LAMPIRAN 4
BORANG PENDAFTARAN PERANTIS
PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA)
Tahun: ____________

Gambar
SEKOLAH :_________________________________
KOD SEKOLAH :_________________________________ Perantis
PPD :_________________________________
JPN :_________________________________
________________________________________________________________________

Nama Penuh : ___________________________________________________


(mengikut kad pengenalan)

No. Pengenalan Diri :__________________________


Umur pada 1 Januari 20__ :__________________________
Tempat Lahir :__________________________
Kelas Tingkatan 3 Terakhir :__________________________

Nama Bapa : ___________________________________________________


(mengikut kad pengenalan)

No. Pengenalan Diri : _____________________ Umur: ___________________


Pekerjaan : ___________________________________________________
Majikan : ___________________________________________________
Pendapatan/Gaji sebulan : __________________

Nama Ibu : ___________________________________________________


(mengikut kad pengenalan)

No. Kad Pengenalan : _____________________ Umur: ___________________


Pekerjaan :____________________________________________________
Majikan :____________________________________________________
Pendapatan/Gaji sebulan : ________________

Cadangan ini adalah panduan umum sahaja

31
LAMPIRAN 5

CADANGAN JAWATANKUASA PIMA PERINGKAT SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi III : Penolong Kanan/Penyelaras Pendidikan Khas (jika berkaitan)

Setiausaha : Guru Kanan Mata pelajaran Teknik Vokasional

Penyelaras : Ketua Panitia Kemahiran Hidup/ Penyelaras Pendidikan Khas

AJK Kecil

1. AJK Pemilihan Industri: Guru Kemahiran


2. AJK Pemilihan Murid: Kaunselor
3. AJK Disiplin: Guru Disiplin
4. AJK Kebajikan
5. YDP PIBG

Cadangan ini adalah panduan umum sahaja

32

You might also like