You are on page 1of 2

ANALISIS SWOT

Analisis swot merupakan kaedah rancangan strategik yang digunakan bagi menilai
kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang wujud dalam sesebuah organisasi.
Kaedah melibatkan faktor penentuan dalaman dan luaran yang membantu atau
menghalang dalam mencapai sesuatu objektif.

Bagi analisis SWOT dalam pengurusan murid yang mana ia terdiri daripada kekuatan,
kelemahan, ancaman dan peluang penambahbaikan. Analisis SWOT yang digunakan
bagi menilai kekuatan yang digunakan dalam pengurusan murid di dalam sekolah
tersebut. Selain itu, Analisis SWOT juga boleh digunakan untuk melihat ancaman
ataupun cabaran yang dihadapi oleh sekolah tersebut dalam pengurusan murid. Bukan
itu sahaja, dalam analisis SWOT penambahbaikan juga dapat dilakukan bagi
mengatasi masalah-masalah dalam pengurusan murid yang dihadapi sekolah tersebut.

Analisis SWOT yang pertama adalah kekuatan. Kekuatan merupakan faktor atau
keadaan positif yang dapat dilihat dapat mendorong dalam pengurusan murid yang
boleh memberi kesan yang baik terhadap rekod pengurusan murid di sekolah
tersebut. Bagi kekuatan dalam pengurusan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan
Rantau Panjang, kami telah menemubual Cikgu Khamir yang merupakan guru di
sekolah tersebut khususnya mempunyai banyak pengalaman dan berkelayakan dalam
pengurusan murid. Melalui sesi temu bual dengan Cikgu Khamir, sesuatu pengurusan
data murid perlulah direkod dengan teratur. Selain itu, beliau juga menjawab
persoalan yang begitu bernas dalam sesi temubual yang kami adakan sejajar dengan
pengalamannya dalam merekod pengurusan murid. Kekuatan bagi pengurusan murid
juga persekitaran bilik darjah perlulah dalam suasana yang baik dan bersih. Dengan
itu jelaslah bahawa, kekuatan yang ada dalam pengurusan murid di SMK Rantau
Panjang telah membantu mengatasi data pengurusan murid ke arah yang lebih baik.

Analisis SWOT yang seterusnya ialah kelemahan. Kelemahan juga merupakan faktor
yang boleh menghalang kejayaan dalam pengurusan murid dalam sesebuah sekolah
daripada terus berkembang maju. Semasa sesi temubual tersebut, Cikgu Khamir
mendedahkan bahawa amat sukar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
di rumah. Hal ini menyebabkan ia memberi perubahan kepada guru yang mana
sebelum tempoh pandemik covid-19 guru hanya perlu isi data murid secara
bersemuka manakala sekarang ianya dilakukan secara talian. Menerusi temubual
tersebut juga, dari segi sesi akademik, murid yang menjalankan peperiksaan juga
memberi impak yang besar sewaktu tempoh pandemik. Oleh itu, kelemahan yang ada
dalam pengurusan murid di sesebuah sekolah tersebut memberi kesan yang negatif
kepada semua guru yang menghadapi masalah dalam proses Pdpr.

Ancaman juga merupakan Analisis SWOT yang mana ia mengugat kejayaan dalam
mencapai sesuatu objektif. Ancaman atau cabaran yang dihadapi boleh menyebabkan
kemunduran atau penurunan dalam sesuatu organisasi. Jika tidak diatasi dengan
segera, ancaman akan menjadi halangan untuk mencapai kejayaan atau kemajuan
pada masa kini atau masa akan datang. Pihak sekolah memainkan peranan penting
dalam mengatasi ancaman yang dihadapi pengurusan murid di sesebuah sekolah.
Melalui sesi temubual Cikgu Khamir, pelbagai ancaman berlaku sepanjang tempoh
pandemik yang mana capaian internet yang kurang baik yang dihadapi oleh
sesetengah murid. Seterusnya, masalah sikap sambil lewa pelajar juga boleh
menyebabkan guru sukar merekod data pengurusan kehadiran mereka. Ancaman atau
cabaran yang dihadapi juga dalam pengurusan murid yang mana kekurangan
kelengkapan peranti seperti komputer riba, tablet, telefon pintar dan sebagainya juga
memberi kesan kepada pembelajaran mereka sepanjang tempoh pandemik. Jelaslah
bahawa, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan ancaman atau
cabaran dalam pengurusan murid berjalan lancar dan dapat diatasi dengan baik.

Analisi SWOT yang terakhir adalah peluang penambahbaikan. Peluang


penambahbaikan merupakan faktor-faktor keadaan yang dilihat boleh dimanfaatkan
serta boleh digunakan untuk menambah baik pengurusan murid dalam kalangan
pelajar. Peluang penambahbaikan terhadap pengurusan murid boleh dilakukan dengan
baik agar ia dapat memberi kesan baik terhadap pencapaian objektif sekolah. Selain
itu, peluang penambahbaikan ini juga dapatlah ibubapa untuk mengetahu potensi dan
peningkatan anak-anak mereka di sekolah melalui sistem pengurusan data murid yang
sedia ada. Malah sistem pengurusan murid yang sedia ada ini, pelajar dapat
mengetahui kelemahan diri mereka dan berusaha untuk memperbaiki potensi diri
mereka ke arah kecemerlangan. Hal ini memberi pencapaian terbaik kepada objektif
sesebuah sekolah. Oleh itu, terdapat banyak peluang penambahbaikan yang memberi
kesan positif dalam pengurusan murid dalam sesebuah sekolah agar ia dapat
meningkatkan potensi dan objektif sesebuah sekolah itu ke tahap yang lebih baik dan
cemerlang.

You might also like