You are on page 1of 1

CHEESE LUMUT

Bahan-Bahan: 
( loyang 8″ x 8″)

– 1 cawan tepung gandum, 1 cawan Horlicks. (Ayakkan)#


– ½ cwn gula halus
– 250g butter @ mentega
– 4 biji telur gred A
– Pewarna hijau secukupnya
– 4 sudu besar sri kaya
– 1/4 cawan susu pekat
– 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-Bahan Lapisan Cheese


– 250g cream cheese 
– Sebiji telur
– 1/2 cawan gula halus
– 1 SB tepung gandum 
– 1 SB air masak

Cara-Cara:
– Sediakan pengukus. didihkan air, griskan loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung
– Pukul butter bersama gula hingga berkrim. Gunakan kelajuan maksimum.
–  Gunakan mixer sederhana, masukkan telur sebijik dan pukul lagi..lakukan proses sehingga telur
habis 
– Masukkan sri kaya susu, pewarna hijau cecair. Mixer speed sederhana 

– Masukkan bahan bertanda # sedikit demi sedikit sehingga habis.


Bahagikan adunan kepada dua bahagian
Kukus bahagian pertama selama 40 minit

– Selepas tu boleh buat adunan cheese

– Mixer cream cheese bersama gula halus kemudian masukkan air dan tepung. Mixer speed
sederhana sehingga sebati.

– Selepas 40 minit bolelah kluarkan adunan pertama dari pengukus


– Letakkan lapisan cheese ratakan menggunakan sudu (adunan sedikit pekat)
– Letakkan pula adunan kedua (adunan kek lumut yg kedua) dan kukus selama 1jam 40 minit @
sehingga masak….
Tunggu sejuk baru kluarkan dari loyang dan potong..kalau x sabar nak mkn kerak dekat tepi2nya pun
bole…hihihi

# Jangan lupa tutup loyang menggunakan foil.


# Jangan lupa tutup penutup periuk dengan kain
# Kek lumut boleh dikukus tanpa cheese. (Dah siap mixer adunan kek terus kukus dan tunggu masak)
# Kalau nak kek tahan lama bolelah kukus 4 jam ke atas

You might also like