You are on page 1of 14

Tajuk :

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU

Disediakan oleh :

Nama No. UiTM


1- SITI MARZIYANI SYAHIDA BT 2020831148
KHAIRUL PATAH
2- MUHAMMAD LUQMAN HAKIM 2020850212
BIN ZULKIFLI
2020607938
3- MUHAMMAD AZRAI BIN MOHD
ZUNAIDI

Disediakan untuk:

ENCIK MOHD RUSYDI BIN RAMLI

Kategori Penilaian Markah


Pengenalan / Pendahuluan
Isi + huraian
Cadangan / Kesimpulan
Rujukan / Bibliografi
Etika & Profesional
SENARAI ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan 2

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Pengaruh Islam Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu 4

3.0 Rukun Negara 5

3.1 Lima Prinsip Rukun Negara 7

3.2 Kepentingan Menghayati Rukun Negara 9

4.0 Pengaruh Pendidikan Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu 9

5.0 Kesimpulan 13

6.0 Rujukan 14

2
1.0 Pendahuluan

Falsafah merupakan kajian umum yang merujuk asas mengenai hakikat sesuatu
realiti, kewujudan, atau kejadian, ilmu pengetahuan, nilai, akal dan bahasa. Dalam kehidupan
ini, manusia sering mencari jawapan kepada soalan yang nampaknya mudah tetapi sukar
dijawab dengan penuh keyakinan. Dengan itu, amat penting bagi manusia untuk mempelajari
ilmu falsafah. Mempelajari ilmu falsafah boleh menghasilkan pembelajaran dalam bentuk
kemahiran yang boleh pindah dan membentuk keperibadian yang bukan sahaja untuk
kegunaan akademik, malah juga digunakan untuk kehidupan seharian.

Pemikiran masyarakat melayu daripada pelbagai sumber seperti peribahasa merupakan


sesuatu yang menakjubkan kerana melaluinya, pelbagai nilai dan falsafah hidup yang menjadi
budaya yang elok bagi masyarakat Melayu untuk difahami dan dihayati. Sesuatu perkara
yang menarik mengenai peribahasa iaitu pentingnya untuk difahami apabila kita mengetahui
maknanya. Islam juga telah memperkenalkan satu konsep kemajuan yang telah membina
pendidikan, jati diri serta pengaruh daripada masyarakat Melayu. Pengenalan konsep itu juga
telah memartabatkan masyarakat Melayu sehingga mampu membina tamadun bangsa yang
tinggi merangkumi pelbagai bidang ilmu yang dulu, kini dan selamanya.

Justeru itu, kertas kerja ini dihasilkan adalah bertujuan untuk mengkaji pengaruh islam
terhadap masyarakat Melayu dan konsep rukun negara. Kertas kerja ini juga mengkaji
pengaruh pendidikan terhadap pemikiran masyarakat Melayu.

2.0 PENGARUH ISLAM DALAM MASYARAKAT MELAYU

3
Penyebaran Islam telah merubah sistem nilai dan cara pemikiran orang melayu.
Islam telah memberi satu pandangan dunia yang baru dan membentuk sebahagian daripada
umat Islam mempunyai nilai-nilai murni. Nilai-nilai seperti hormat-menghormati,
tanggungjawab dan sebagainya telah diterima dalam sistem nilai orang melayu. Kedatangan
Islam ke Melayu telah merubah corak pemikiran masyarakat Melayu ketika itu dalam aspek
kehidupan antaranya susun atur masyarakat lebih sistematik, mempunyai nilai murni dan
sistem tulisan serta bahasa pertuturan. Terdapat tiga pengaruh Islam dalam pemikiran
masyarakat Melayu

Yang pertama iaitu perubahan kepercayaan agama dalam masyarakat melayu.


Perubahan daripada kepercayaan roh dan semangat kepada ketauhidan Allah SWT.
Kepercayaan ini meliputi kepada monotheisme dan politheisme. Politeisme ini membawa
maksud satu bentuk kepercayaan yang meyakini bahawa adanya lebih dari satu Tuhan.
Lawan bagi politeisme iaitu monotheisme yang beerti kepercayaan yang hanya mengakui
ketuhanan yang satu. Fahaman monotheisme yang wujud ini dapat melahirkan amalan yang
selaras dengan ajaran Islam dan ibadah khusus seperti solat, puasa, haji, zakat, dan
sebagainya. Hal ini merupakan tanggungjawab bagi umat islam untuk patuh kepada Tuhan

Selain itu, penggunaan bahasa dan tulisan jawi. Dengan itu penggunaan ini oleh
orang-orang Melayu semakin tersebar luas. Setelah kedatangan Islam, tulisan Arab mula
diperkenalkan. Masyarakat Melayu pula menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa
Melayu yang lebih mudah difahami dan dihayati. Perubahan ini juga dipermudahkan setelah
tulisan Arab diubahsuai yang dikenal sebagai tulisan jawi. Sememangnya sejarah
penggunaan tulisan jawi amat rapat dengan sejarah kemasukan Islam di seluruh Kepulauan
Melayu. Bahasa Melayu juga aspek terawal menerima pengaruh Islam yang digunakan
untuk menulis kitab-kitab agama, undang-undang dan pentadbiran. Oleh itu, kedatangan
Islam mengangkat martabat bahasa Melayu dan tulisan jawi

Akhir sekali, pengaruh islam terhadap pemikiran masyarakat melayu ialah mengubah
persepsi masyarakat Melayu. Proses pengislaman masyarakat Melayu telah mewujudkan
perubahan-perubahan dalam aspek kebudayaan dan cara hidup masyarakat Melayu
termasuk aspek ilmu pengetahuan. Perubahan ini berlaku secara berperingkat, apabila
perlembagaan ilmu pengetahuan berkaitan agama islam semakin meningkat. Sejak Islam
diterima masyarakat Melayu, maka penyebaran agama Islam, ilmu pengetahuan dan
pendidikan Islam telah dibangunkan oleh para ulama. Anggota masyarakat termasuk Raja-
Raja serta rakyat telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan Islam . Perkara ini telah

4
mengubah persepsi masyarakat Melayu terhadap nilai-nilai agama dan ilmu pengetahuan
kepada lebih islamik. Oleh itu, Islam dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap
pegangan agama, budaya dan ilmuan.

3. 0 RUKUN NEGARA

Salah sebuah negara yang sedang menaik, yang paling pesat membangun dan telah
berusia 53 tahun hari ini ialah Malaysia. Usaha untuk menjadikan bumi bertuah ini sebagai
negara yang disegani setelah meniti suatu tempoh penjajahan yang cukup lama iaitu 446
tahun berdatang dari segenap lapisan rakyat sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata
yang menyumbang keringat. Kesukaran untuk menguruskan sistem sosio ekonomi yang
diwarisi oleh penjajah British bermula dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Malaysia setelah negara mencapai kemerdekaan (Rahman, 2010).

Orang Melayu merasakan kehidupan mereka diabaikan oleh kerana sikap liberal
Tunku dan kelembutan beliau untuk melayani permintaan masyarakat berbilang kaum.
Jurang di antara golongan berada dengan golongan tidak berada semakin melebar adalah
disebabkan oleh tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada pertumbuhan material dan
pasaran bebas tanpa menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan campur tangan.
Antara punca-punca untuk mencetuskan keresahan kaum dan manifestasinya Peristiwa 13
Mei 1969 adalah titik-titik jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa,
kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu, dan berbagai-
bagai lagi (Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin, 2009).

Pada 16 Mei 1969, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Oleh itu,
pentadbiran negara dijalankan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang baru
ditubuhkan lantas menyebabkan fungsi Parlimen digantung. Selama 22 bulan sehinggalah
perintah darurat telah dibubarkan, Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi
di bawah Akta Perintah Darurat. Pada 22 September 1970, Parlimen kembali dipulihkan
semula. Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah
mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil adalah salah satu hasil daripada Majlis
Perundingan Negara yang bertanggungjawab dalam menjadi pemikir dalam merangka
perpaduan negara. Majlis Perundingan Negara ini telah ditubuhkan oleh Majlis Gerakan

5
Negara (MAGERAN). Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Rukun Negara secara
rasmi pada 31 Ogos 1970 (Rahman, 2010).

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1969:


“13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua
lupakan buat selama-lamanya, kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita
semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau
cuai.”

Peristiwa pahit ini menjadi pengajaran yang penting buat rakyat kerana kata-kata
yang diungkapkan ini merupakan satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk
mengatasi sepenuhnya masalah sosio ekonomi yang tidak seimbang di kalangan
masyarakat Malaysia, tragedi 13 Mei ini telah membuktikan bahawa penekanan
pembangunan semata-mata dari perspektif ekonomi adalah tidak memadai. Satu pegangan
untuk boleh hidup secara rukun dan damai iaitu prinsip rukun negara diperlukan oleh rakyat
berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya, berbilang bahasa dan ini adalah isyarat
penting bagi pemimpin dan warga Malaysia (Rahman, 2010).

Acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah membentuk lima
prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini. Bagi memperkukuhkan perpaduan kaum,
prinsip-prinsip ini telah terbina (Rahman, 2010). Oleh itu menurut Tun Abdul Razak,
“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan Rukun
Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna”.

“.... adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi
juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di
sebalik tiap-taip perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah
daging.”

6
3.1 LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

a) Kepercayaan kepada Tuhan


Keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara boleh diruntuhkan oleh
ketiadaan agama kerana agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
Seseorang itu dapat menahan dirinya daripada melakukan jenayah dan juga
kejahatan melalui pegangan yang kukuh terhadap agama. Agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman tetapi agama Islam merupakan
agama rasmi Persekutuan yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan
Persekutuan. Prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara
untuk menyedarkan anggota masyarakat betapa pentingnya keteguhan pegangan
terhadap ajaran agama masing-masing (Rahman, 2010).

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan diamalkan oleh Malaysia
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Setiap
negeri mengamalkan sistem beraja dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak beraja. Lambang perpaduan rakyat ialah Seri Paduka Baginda, Raja-Raja
dan Yang di-Pertua Negeri. Sifat taat setia, jujur dan ikhlas hendaklah ditumpukan
oleh setiap warganegara terhadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
Tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin di peringkat negeri (Rahman, 2010).
c) Keluhuran Perlembagaan

7
Keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan Negara perlu diterima, dipatuhi dan
dipertahankan oleh rakyat. Sumber perundangan yang tertinggi adalah
Perlembagaan Negara. Setiap rakyat negara ini diberi perlindungan akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara hendaklah dihormati,
dihargai, serta difahami oleh setiap warganegara Malaysia (Rahman, 2010).

d) Kedaulatan Undang-Undang
Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara kerana keadilan
diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan disebabkan oleh undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil tanpa
undang-undang. Oleh itu, institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa menjamin
undang-undang negara. Kedaulatan hendaklah dipelihara dan undang-undang serta
penguatkuasaannya perlu kita hormati dan menyokong kerana itulah tuntutan
kepada prinsip keempat ini dalam Rukun Negara (Rahman, 2010).

e) Kesopanan dan Kesusilaan


Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila adalah tujuan prinsip
kesopanan dan kesusilaan. Dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah
amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain untuk mempunyai
sifat individu yang bersopan santun dan bersusila. Keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni berkembang sesuai dan perilaku masyarakat sentiasa terpelihara kerana
prinsip ini menjadi panduan (Rahman, 2010).

Tun Hussien Onn pernah berpesan bahawa,


“kekuatan sesebuah negara bukanlah dinilai daripada kekuatan tentera dan polis
sahaja, tetapi bergantung pada semangat dan jiwa rakyatnya”.

Sebagai hakikat, Rukun Negara perlu dijadikan pegangan hidup bukan sahaja untuk
mencapai perpaduan, malah meningkatkan jati diri masyarakat majmuk di negara ini dan ia
tidak semestinya dihafal untuk ikrar atau menjadi perhiasan dibibir saja tanpa memahami
dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian (Johari, Ahmad, 2019). Perdana menteri
kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata,
“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara adalah dengan amalannya. Tanpa amalan
Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna”.

8
3.2 KEPENTINGAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
Pertama, menghayati Rukun Negara dapat mencapai perpaduan yang lebih erat.
Kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat dan kebebasan hak asasi di negara ini akan
dijamin oleh perlembagaan negara. Di samping itu, ia dapat membina sebuah masyarakat
progresif. Kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi
akan dicapai apabila sebuah masyarakat progresif diwujudkan. Lebih-lebih lagi, menghayati
Rukun Negara dapat memelihara satu cara hidup demokratik kerana kebebasan kegiatan-
kegiatan berpolitik rakyat dan kebebasan hak asasi di negara ini akan dijamin oleh
perlembagaan negara. Seterusnya, Rukun Negara mampu mencipta sebuah masyarakat
yang adil. Hal ini bersangkut-paut dengan kekayaan negara yang boleh dinikmati secara adil
kerana semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama. Akhirnya, Rukun
Negara dapat membentuk satu sikap yang liberal. Hal ini demikian kerana agama dan adat
resam serta kebudayaan masing-masing diamalkan secara bebas oleh masyarakat negara
kerana ia sesuai dengan matlamat negara.

4.0 PENGARUH PENDIDIKAN DALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU

Perkembangan Pendidikan di tanah melayu pada mulanya bertapak di melaka


sekitar abad yang ke 14. Namun pada mulanya Pendidikan di tanah melayu hanya
digunakan secara tidak formal dengan melalui percakapan seharian sahaja. Pada masa itu
ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan ilmu kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa menggunakan kitab suci al-quran sahaja sebagai sumber rujukan untuk
mengajar anak-anak mereka. Setelah itu, surau dan masjid dijadi tempat untuk menuntut
ilmu dengan melalui menghafal ayat-ayat Al-quran, menghafal doa, dan mempelajari ajaran
islam melalui iman dan guru agama di masjid. Seterusnya, sekolah pondok diwujudkan bagi
kanak-kanak mempelajari Pendidikan islam. Pada masa itu Pendidikan islam amat penting
kepada masyarakat. Dengan kewujudan sekolah pondok para pelajar mulai mempelajari
perkataan-perkataan arab dan seterusnya mereka menghafal huruf abjad arab sebagai
panduaan untuk mereka membaca doa dan teks arab. Sewaktu penjajahan British ke tanah
melayu, mereka memperkenalkan sistem Pendidikan yang berteraskan Pendidikan inggeris,
semenjak itulah sekolah-sekolah rendah dan sekolah menegah ditubuhkan bagi
memudahkan kanak-kanak untuk belajar semua mata pelajaran termasuklah Bahasa
melayu, English dan lain-lain.

9
Pengaruh Pendidikan dalam pemikiran masyarakat melayu yang pertama ialah
kepercayaan terhadap agama diperkukuhkan dengan mempelajari ilmu agama di sekolah.
Kedatangan islam dalam masyarakat melayu telah mengubah masyarakat untuk lebih dapat
mempercayai tuhan yang maha esa dalam diri masyarakat melayu. Di mana dengan
mempelajari ilmu agama di sekolah-sekolah mahupun dipondok kanak-kanak atau
masyarakat melayu dapat mempelajari ilmu agama dengan tenaga pengajar yang telah
banyak mengkaji berkaitan dengan ilmu keagamaan. Selain itu, masyarakat melayu juga
dapat mempelajari daripada tenaga pengajar yang berpengalaman berkaitan ilmu kegamaan
seperti sheikh, ulama-ulama, ustaz atau ustazah dan lain-lain. Dengan kehadiran tenaga
pengajar yang berpengetahuan luas dalam ilmu agama di kalangan masyarakat melayu
menjadikan masyarakat melayu dapat menimba ilmu dengan lebih banyak. Ini menjadikan
masyarakat melayu dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dan dapat
mengertikan akan agama yang mereka anuti itu. Hal ini dapat memberikan kesan kepada
masyarakat melayu dalam mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap ilmu agama
mereka.

10
Senibina zaman dahulu

Seterusnya, pengaruh Pendidikan dalam pemikiran masyarakat melayu yang kedua


ialah mempelajari pelbagai ilmu kemahiran dalam bidang seni bina dan lain-lain. Pada
awalnya perkembangan seni bina dalam kalangan masyarakat melayu melalui kedatangan
agama islam di tanah melayu. Setelah kedatangan islam di tanah melayu yang telah
membuka sekolah-sekolah di tanah melayu menjadikan pengaruh dalam seni bina semakin
membesar dalam kalangan masyarakat melayu. Di tanah melayu senibina dapat dilihat
daripada seni bina rumah-rumah yang ada di tanah melayu dimana mereka menggunakan
teknologi binaan yang ringkas yang mana mereka menggunakan bahan-bahan dari alam
semulajadi yang diperolehi dari hutan sahaja untuk mendirikan rumah mereka pada zaman
dahulu. Hal ini dapat dilihat melalui ciri-ciri dan bahan binaan yang dibina oleh masyarakat
melayu iaitu daun nipah.ijuk, rumbia dan bertam untuk dijadikan atap atau bumbung
manakala kayu pula digunakan untuk mendirikan struktur yang utama seperti tiang, alang,
rasuk, lantai dan dinding seterusnya lapik tiang pula diperbuat daripada batu. Di rumah
orang-orang melayu juga kalau dapat dilihat pada zaman dahulu mereka jarang
menggunakan paku besi dalam pembinaan mereka, kebiasaanya mereka hanya
mengunakan cara pasak rumah mereka mengunakan dengan kayu sahaja.Seterusnya,
perkembangan dalam senibina masyarakat melayu dapat dilihat melaui penubuhan masjid
negara pada tahun 1965 memberikan gambaran bahawa perspektif baharu berkaitan
dengan gaya rupa senibina moden telah menguasai masyarakat melayu. Hal ini dapat dilihat
daripada ruangan bahagian serambi di depan masjid yang menunjukkan kesan alu-aluan

11
kepada pengunjung untuk datang ke masjid tersebut. Konsep yang ditunjukkan juga jelas
menggabungkan senibina lama dan senibina moden dimana dalam pembinaan masjid
tersebut dibahagian serambi menunjukkan ruang yang kosong tanpa membina dinding hal
ini menunjukkan bahawa serambi masjid yang diguna hamper sama dengan serambi rumah
melayu. Kemodenan ini telah memberikan kesan kepada masyarakat melayu dalam
membina sesuatu seni bina dengan mengunakan bahan semulajadi dan digabungkan
dengan bahan buatan.Hal ini telah menjadikan senibina pada dahulu dan senibina moden
memberikan perkembangan yang besar dari zaman ke zaman dengan dilihat melalui
Menara-menara dan bangunan-bangunan yang mencecah langit pada masa kini.

Akhir sekali, pengaruh Pendidikan dalam pemikiran masyarakat melayu yang


terakhir ialah mempengaruhi perkembangan diri dari semasa ke semasa. Apa yang
dikatakan perkembangan diri dari semasa ke semasa ialah perkembangan dari sudut
pemakaian, budaya, permainana dan sebagainya. Dari sudut pemakaian dapat dilihat pada
zaman dahulu masyarakat melayu hanya mengenakan pakaian baju melayu bagi orang
lelaki manakala baju kurung bagi orang perempuan sahaja tetapi pada zaman sekarang
masyarakat melayu lebih mengemari dengan fesyen sekarang yang mengenakan seluar dan
pelbagai fesyen baju. Hal ini disebabkan perkembangan daripada pelbagai sudut
mendorang masyarakat melayu mengubah penampilan diri mereka. Dengan penubuhan
sekolah-sekolah fesyen pada masa kini juga memberikan dorongan kepada masyarakat
melayu untuk membina pakaian yang menarik minat masyarakat. Seterusnya dari sudut
budaya pula masyarakat dahulu lebih mementingkan budaya mereka dalam melakukan apa-
apa perkara. Melalui pelajaran sivik dan kewarganegaraan yang di pelajari oleh semua
murid di sekolah mereka dapat mengetahui apa budaya yang kaum mereka lakukan pada
zaman dahulu dan sekarang. Hal ini menunjukkan jelas bahawa kanak-kanak pada zaman
kini tidak mementingkan dengan mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan kerana hanya
sesetengah sekolah sahaja yang mengambil mata pelajaraan tersebut didalam peperiksaan.
Akhir sekali, sesetengah permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak zaman sekarang dan
zaman dahulu amat ketara perbezaannya dimana pada zaman sekarang ramai golongan
muda bermain permainan di dalam gadget sahaja sehingga melupakan permainan
tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana penubuhan sekolah-sekolah sukan yang ada
hanya menumpukan permainan moden sahaja tanpa mengambil kira permaian tradisional.
Permainan tradisional hanya dimainkan apabila ada acara sukaneka sahaja malah sukan
moden diperkenalkan dengan lebih meluas di seluruh pelosok dunia pada zaman sekarang.

12
5.0 KESIMPULAN

Agama islam merupakan asas kepada masyarakat melayu dalam pelbagai aspek
daripada mereka kecil sehingga mereka tua masyarakat melayu mementingkan agama
islam. Sebagai contoh kita dapat lihat dimana sejarah masyarakat melayu semasa mereka
kecil mereka telah diajar untuk mengenal tuhan dengan mempelajari membaca Al-Quran
dan menghafal doa-doa harian. Selain itu juga kita dapat lihat walaupun masyarakat yang
sudah berusia mereka juga diberikan peluang untuk menghayati semua ajaran agama
dengan adanya sekolah-sekolah pondok dan madrasah bagi semua peringkat umur untuk
mempelajari agama islam. Jelaslah bahawa masyarakat mealayu pada zaman dahulu dan
kini mereka lebih mementingkan agama mereka dalam kehidupan harian. Dalam aspek
kenegaraan pula masyarakat melayu menonjolkan diri mereka dengan menghafal rukun-
rukun negara. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat cinta akan negara mereka yang
sudah merdeka.

13
6.0 RUJUKAN

1) Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2009). Pemikiran
Pembangunan Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Regional
Seminar on Humanities 2009 – Managing Asean’s Future. Anjuran Universiti
Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. 18-19 Februari 2009.
2) Rahman, A. (2010). Political Managements and Policies in Malaysia Rukun Negara
dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara. http://repo.uum.edu.my/3186/1/S22.pdf
3) Johari, H., Halim, U. I. A. S. A., Mua’dzam Shah UniSHAMS, K., Ahmad, A. S., &
Mu’adzam Shah UniSHAMS, K. (2019). Persepsi terhadap konsep Rukun Negara
melalui pengajaran kursus Pengajian Malaysia.
4) https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9759
5) https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/32971686/Sejarah_dan_Pengaruh_Senibina.pd
f?1392143728=&response-content-disposition=inline%3B+filename
%3DSejarah_dan_Pengaruh_Senibina.pdf&Expires=1624034653&Signature=HJaFU
2amaoLbEYmPOWRceqQii9pzZYnmsBZPLCP2K~fnOgd5GvwecfbH71qLLS~ugYXh
ECZwngmASlHWpeZd6fweyNnnEqhBByQVvgoBpwmk3VnrKgmVkyowZBP6pgEj7A
E-
1KFz7Q34CBpQsrvG4mhy2OYYT3qrkO8aXedYwYxOqXFbZ8~pdFddJznlOuR5Z3s
ZL2qbrvAjO2HSQ20gJvjNbZMWRUtZtNfY7hcJsCowZPqu7J6fDENIPUutDidg2dglCb
QAPWbwJrDu~eoB5JjOHJb7yubq4GV3Tcl4g3W8nA7ugcSK6w0NRN6zWVQazhCn
sH1lblp9dauPu7vBKA__&Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA
6) http://journalarticle.ukm.my/1112/1/Nota_Penyelidikan-
Identiti_Seni_Bina_Malaysia.pdf

14

You might also like