You are on page 1of 6

KOD dan Nama UL02702 Karya Agung Melayu

Kursus
Nama Pensyarah Dr. Rosmah Derak

Seksyen, hari dan masa


Seksyen 9, Rabu, 11am-1pm
No. Soalan
1

Soalan Biodata, sumbangan tokoh dan keistimewaan karya A.Samad Said

Nama Nur Maisarah Sofia binti Ismail

No. Matrik BS20110458

No. Telefon 011-10794884

Tandatangan

This study source was downloaded by 100000839526201 from CourseHero.com on 12-29-2021 20:10:38 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94387233/KAJIAN-TOKOH-KARYA-AGUNG-MELAYU-NUR-MAISARAH-SOFIAdocx/
Biodata A.Samad Said

A.Samad Said

A.Samad Said atau nama sebenar beliau adalah Abdul Samad bin Muhammad Said

dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau

menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura(1940-1946), Victoria

Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Beliau juga mempunyai

seorang isteri yang merupakan seorang penyair. Pencapaian dan sumbangan Samad Said

dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat

penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau

telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila

This study source was downloaded by 100000839526201 from CourseHero.com on 12-29-2021 20:10:38 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94387233/KAJIAN-TOKOH-KARYA-AGUNG-MELAYU-NUR-MAISARAH-SOFIAdocx/
beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera

dan dalam tahun yangsama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA

Write Award). Kemuncak pencapaian A.Samad Said sebagai sasterawan ialah apabila beliau

dipilih sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan

itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam

bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri,

JamilKelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad

sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-

pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah

diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah.

Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya, Samad membaca karya-karya

Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca

novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau

menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum

menghasilkan cerpennya. Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital

Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya

mendapat kerja di mana-mana pun pada waktu itu. Tetapi, di hospital itu, beliau tidak lama

bekerja dan hanya dapat bertahan selama enam bulan saja. Samad kemudian berpindah ke

Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad

Boestamam. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan

bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat

Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang, Said Zahari,

Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut berhijrah. A.

Samad Ismail, Pengarang Berita Harian ketika itu, telah memujuk Samad Said agar

menyertai Berita Harian. Di sekitar tahun 1960-an Samad sekali lagi bertukar kerja. Apabila

This study source was downloaded by 100000839526201 from CourseHero.com on 12-29-2021 20:10:38 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94387233/KAJIAN-TOKOH-KARYA-AGUNG-MELAYU-NUR-MAISARAH-SOFIAdocx/
A. Samad Ismail diberikan tugas lebih besar dalam surat khabar The New Straits

Times, Samad Said pula dilantik menjadi Pengarang Berita Harian. Semasa A. Samad Ismail

berada dalam tahanan, beliau telah dilantik menjadi penolong khas kepada Pengarang

Kumpulan The New Straits Times di samping menjalankan tugasnya sebagai

Pengarang Berita Harian. Tetapi Samad menyedari bahawa minatnya dalam bidang

penulisan dan tanggungjawab yang besar yang diamanahkan kepadanya boleh merugikan,

bukan sahaja bakat dan kreativitinya, tetapi dunia kesusasteraan umumnya. Justeru, Samad

Said minta dibebaskan daripada menjadi Pengarang Berita Harian dan mulai 8 Mac 1978

Samad bertugas sebagai seorang daripada enam orang penolong khas dengan tugas-tugas

tertentu seperti menulis rencana pengarang dan artikel feature. Sejak akhir 1981, beliau

bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said

ialah sebagai Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits

Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya

kepada bidang penulisan.

Sumbangan A.Samad Said

Samad Said banyak membawa pengaruh positif dalam penulisan karya beliau. Sejurus

dengan itu, terdapt banyak sumbangan tokoh sasterawan negara kiya yang ke-4 ini. Selain

sumbangan terhadap penulisan novel dengan genre yang berlainan, Datuk A. Samad Said

turut menyumbang dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan. Sumbangan

tersebut nyata sekali sangat bermakna dalam perkembangan kesusasteraan Melayu di

Malaysia khususnya, menyebabkan beliau diberikan pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Contohnya, beliau diiktirafkan sebagai pejuang sastera, dianugerahkan Hadiah Penulisan Asia

Tenggara (S.E.A Write Awards) sehingga akhirnya diiktiraf sebagai Sasterawan Negara pada

tahun 1985.Pada tahun 1997, beliau akhirnya dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri

Melaka yang membawa gelaran “Datuk” oleh Yang Dipertua Negeri Melaka (Pustaka, 2019).

This study source was downloaded by 100000839526201 from CourseHero.com on 12-29-2021 20:10:38 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94387233/KAJIAN-TOKOH-KARYA-AGUNG-MELAYU-NUR-MAISARAH-SOFIAdocx/
Bukan itu sahaja, Datuk A. Samad Said juga merupakan tokoh yang menyumbang dalam

kesinambungan kesusasteraan Melayu dengan menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan

sesudahnya. Hal ini sudah tentulah sangat bermakna dari sudut pandangan bidang

kesusasteraan Melayu memandangkan Angkatan Sasterawan 50 atau singkatnya ASAS 50

bertujuan bagi mempertingkatkan martabat kesusasteraan dan tidak lupa juga kebudayaan

Melayu itu sendiri, mentransformasikan sastera Melayu tanpa melenyapkan unsur-unsur

sastera lama serta mempopularkan lagi bidang penulisan. Maka, sememangnya jelas kelihatan

sumbangan dan peranan tokoh ini dalam bidang kesusasteraan Melayu melalui ASAS 50.

Karya-karya hasil tulisan Datuk A. Samad Said kesemuanya mengandungi unsur didaktik

atau dalam perkataan mudahnya pengajaran. Hal ini adalah antara lain sumbangan tokoh ini

kepada kesusasteraan Melayu. Hal ini adalah kerana, unsur-unsur positif yang terdapat dalam

setiap karya beliau adalah begitu mendalam dan dapat membuka mata mana-mana pihak yang

membaca karyanya. Datuk A. Samad Said juga menyumbang dalam penggunaan diksi atau

bahasa yang indah. Hal ini sudah tentulah sangat penting memandangkan dalam bidang

sastera, elemen bahasa adalah suatu perkara yang memainkan peranan besar bagi

menimbulkan suatu makna sesuai dengan pemikiran penulis. Walaupun terdapat banyak lagi

tokoh-tokoh lain seperti Shanon Ahmad dan Othman Puteh umpamanya yang turut sama

berupaya menghasilkan karya sastera dengan penggunaan bahasa indah tetapi tidak dapat

dinafikan bahawa laras bahasa Datuk A. Samad Said adalah berbeza (Artikel Sastera, n.d.).

Keistimewaan Karya A.Samad Said

Keistimewaan karya A.Samad Said adalah ilhamnya dalam penulisan karya adalah

sangat tinggi dan unik. Dengan ilham dan ideanya yang tidap pernah putus itu memberikan

hasil karya yang unik dan menarik. Karya-karya A.Samad Said mengandungi empat aspek

This study source was downloaded by 100000839526201 from CourseHero.com on 12-29-2021 20:10:38 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94387233/KAJIAN-TOKOH-KARYA-AGUNG-MELAYU-NUR-MAISARAH-SOFIAdocx/
pemikiran yang sesuai iaitu; pertama, unsur pemikiran berasaskan keimanan, ketuhanan dan

ketaqwaan dalam menegakkan pemikiran serta penting kepada setiap individu. Keduanya,

pemikiran kebitaraan yang menampilkan perwatakan dalam karya, seterusnya yang ketiga,

pemikiran kesaintifikan yang memperlihatkan latar yang nyata. Akhir sekali yang keempat,

pemikiran kekreatifan yang mempamerkan unsur kreatif dalam penulisan yang menarik minat

pembaca (Nasir, Mohd Shahrizal & Osman, 2013).

Rujukan

Artikel-artikel Sastera. (n.d.). Retrieved from https://bicarasastera.weebly.com/artikel-artikel-

sastera.html

A. Samad Said – Sasterawan Negara Ke-4 (1985) : Klik Web DBP. (n.d.). Retrieved from

http://klikweb.dbp.my/?p=4768

Nasir, Mohd Shahrizal & Osman, Rahmah. (2013). Unsur-Unsur Retorik Dalam Puisi Melayu

Al-Amin Karya A. Samad Said. Journal of Usuluddin. 37. 117-150.

This study source was downloaded by 100000839526201 from CourseHero.com on 12-29-2021 20:10:38 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94387233/KAJIAN-TOKOH-KARYA-AGUNG-MELAYU-NUR-MAISARAH-SOFIAdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like