You are on page 1of 3

PENGENALAN

Persoalan mengenai penerapan nilai-nilai sering timbul sewaktu sesi kaunseling. Ini
adalahkerana sebagai seorang manusia, kaunselor tidak terlepas daripada mempunyai
danmengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang membentuk sistem kepercayaan atau pegangan
hidupmereka sendiri.Oleh yang demikian, persoalan yang sering timbul ialah adakah
kemungkinan nilai-nilaiyang diamalkan oleh kaunselor ini, mempunyai kesan terhadap klien atau
mungkinkah nilai-nilaiklien itu sendiri boleh memberi kesan ke atas kaunselor dan yang paling
penting sekali konflik yang mungkin timbul jika klien dan kaunselor mempunyai dan
mengamalkan nilai-nilai yangberbeza. Faktor-faktor inilah yang harus dipertimbangkan oleh
kaunselor sewaktu sesikaunseling kerana jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan baik oleh
kaunselor, ianya bolehmenjejaskan proses kaunseling.
TIDAK MENYATAKAN NILAI
Ramai yang tertanya-tanya wajarkah kaunselor menyimpan atau menyembunyikan nilai-nilai
mereka semasa mengendalikan sesi kaunseling. Walaupun sememangnya jelas bukanlahtugas
kaunselor untuk memujuk atau mendorong klien menerima nilai-nilai kaunselor, namunadalah
amat penting bagi kaunselor untuk mengetahui dengan jelas mengenai nilai-nilai merekasendiri
dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi tugas mereka dan hala tuju yang diambil olehklien
mereka. Ramai yang berpendapat bahawa adalah wajar dan penting bagi kaunselormenyatakan
atau mendedahkan nilai-nilai
 
mereka secara terbuka apabila ianya mempunyaikaitan (relevant) dengan isu atau persoalan yang
ditimbulkan sewaktu sesi kaunseling bersamaklien.Namun yang demikian, apabila kaunselor
menyatakan nilai mereka, mereka haruslahdengan jelas melabelkan nilai-nilai tersebut sebagai
hanya kepunyaan mereka. Nilai-nilaitersebut boleh dibincangkan secara terbuka tanpa
mempunyai unsur-unsur mempengaruhi keranaianya dapat membantu klien di dalam proses
penerokaan nilai-nilai mereka sendiri dan tingkahlaku yang berpunca daripada nilai-nilai
tersebut. Walaupun ada kalanya kaunselor tidak bersetuju
 
dengan nilai-nilai klien mereka, namun adalah penting untuk mereka menghormati hak
dankebebasan klien untuk memegang atau mempunyai sistem nilai yang berbeza. Ini adalah
keranacara kaunselor menangani konflik perbezaan nilai boleh menimbulkan isu di dalam
etikakaunseling.Tidak semua kaunselor atau pengamal terapi mempunyai pandangan yang sama
di dalamisu ini. Terdapat kaunselor yang bersikap ekstrim yang memegang sistem nilai mereka
secaratotal. Golongan ini percaya bahawa tugas mereka adalah untuk mempengaruhi klien
merekasupaya mengambil dan menerima nilai yang dianggap lebih bersesuaian. Kaunselor
yangsebegini cenderung untuk mengarahkan klien mereka ke arah sikap dan perlakuan yang
merekaanggap terbaik atau akan memberi lebih kebaikan kepada klien mereka. Terdapat
segelintirkaunselor pula yang bersikap sebaliknya. Mereka ini terlalu ekstrim mengelakkan diri
merekadaripada mempengaruhi klien mereka. Segala yang berkaitan dengan sistem nilai mereka,
ditutup
dan disembunyikan dengan rapi agar mereka tidak akan ‘mencemari’ pilihan atau keputusan
yang diambil oleh klien mereka.
SETAKAT MANA MENYATAKAN NILAI
Walaupun sememangnya dianggap adalah tidak beretika bagi kaunselor menanamnilai-nilai
mereka ke dalam diri klien, namun adalah amat sukar bagi kaunselor untuk langsungtidak
mempengaruhi klien mereka sewaktu sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah keranapenyataan
nilai-nilai tidak semestinya hanya boleh dilakukan secara verbal. Penyataan nilai jugaboleh
berlaku secara nonverbal dan bahasa tubuh tanpa disedari oleh kaunselor. Ekspresi wajahserta
reaksi bahasa tubuh yang dapat dilihat semasa sesi kaunseling dapat memberi isyarat,maklumat
atau ‘cues’ kepada klien
mengenai pandangan atau persepsi kaunselor mengenaisesuatu isu.Walaupun di dalam
sesetengah kes atau situasi, penyataan atau pendedahan nilaikaunselor dilihat dapat membantu
klien dalam mengenalpasti sistem nilai mereka sewaktu prosespenerokaan, namun ianya juga
boleh memberi kesan negative kepada klien. Ini adalah keranaterdapat sesetengah klien yang
mengambil tindakan atau keputusan berdasarkan sistem nilaiyang dipegang dan diamalkan oleh
kaunselor mereka semata-mata untuk mengambil hati atau
 
agar keputusan mereka ini diterima dengan senang hati tanpa dipersoalkan atau dipertikaikanoleh
kaunselor.Dalam
Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A: Perhubungan Menolong
,
 A.4.b Nilai-nilai peribadi
ada menyatakan bahawa kaunselor hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaandan tingkah
laku mereka dan menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekaldengan matlamat
kaunseling. Kaunselor hendaklah juga menghormati kepelbagaian klien, pelatihdan peserta
penyelidikan mereka.
ASPEK KEROHANIAN DAN NILAI AGAMA
Aspek kerohanian dan nilai agama memainkan peranan yang sangat penting di dalamkehidupan
manusia. Penerokaan tentang kerohanian dan keagamaan dapat membantu klienmencari
penyelesaian di dalam perjuangan hidup mereka kerana ianya merupakan satupenyembuh jiwa
dan dapat memberi kekuatan di dalam jiwa seseorang. Kerohanian dan nilaikeagamaan
 
dapat diintegrasikan bersama instrument terapi yang lain untuk meningkatkan lagikeberkesanan
proses kaunseling apatah lagi jika ianya melibatkan sesuatu isu atau keputusanyang sangat
kritikal di dalam kehidupan klien. Namun demikan terdapat juga pengamal terapiyang tidak
bersetuju dan beranggapan bahawa aspek kerohanian dan nilai keagamaan tidak wajardigunakan
di dalam sesi kaunseling dan begitu juga sebaliknya di mana terdapat tokoh-tokohagama yang
menganggap sesi kaunseling atau terapi sebagai sesuatu yang mencurigakan.Sememangnya
setiap kaunselor pasti mempunyai agama atau satu sistem dalam aspek kerohanian yang menjadi
pegangan di dalam kehidupan mereka. Ada kalanya pegangan inisedikit sebanyak mempengaruhi
cara kaunselor melihat sesuatu isu, matlamat, pilihanpenggunaan intervensi serta proses
penerokaan isu semasa sesi kaunseling. Justeru itu kaunselormempunyai tanggungjawab etika
untuk sentiasa berwaspada tentang bagaimana ianya bolehmemberi kesan terhadap tugas mereka
dan memastikan ianya tidak mendatangkan keburukankepada klien mereka.
 
 
PILIHAN MENGAKHIRI HIDUP
Semasa sesi kaunseling, kaunselor berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah
yangdikemukakan oleh klien. Di antara isu terbesar yang mungkin dihadapi oleh kaunselor
ialahpilihan klien untuk mengakhiri hidup. Isu ini sering meletakkan kaunselor di dalam
keadaandilemma untuk membuat pilihan di antara etika kerahsiaan dan nilai-nilai kemanusiaan
sertakeagamaan. Sebagai, seorang kaunselor mereka haruslah bersedia untuk membincangkan
isu inidengan klien mereka. Mereka juga hendaklah mempunyai kesedaran mengenai sistem nilai
danpegangan keagamaan mereka sendiri untuk membolehkan mereka membantu klien
berlandaskansistem nilai serta pegangan keagamaan mereka dan di dalam masa yang sama tetap
menghormatihak klien mereka. Namun begitu, jika seseorang kaunselor merasakan sistem nilai
dan peganganmereka boleh menjejaskan pemikiran objektif mereka, maka keputusan beretika
yang patutdiambil ialah dengan menarik diri dan menyerahkan klien mereka kepada orang lain
yangmempunyai lebih kepakaran agar klien tersebut akan mendapat bantuan yang
sewajarnya.Dalam
Kod Etika Lembaga Kaunselor, Bahagian B: Kerahsiaan, komunikasi ‘privilej’, dan
 
privasi,
B
.2.a. Bahaya dan keperluan undang-undang
ada menyatakan bahawa keperluan umumdi mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia
tidak lagi terpakai, jika pendedahandiperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang
dikenal pasti daripada kemudaratanyang serius dan yang boleh diramalkan atau apabila
keperluan undang-undang menghendakiyang maklumat rahsia mesti didedahkan.
NILAI DALAM SEKSUALITI
Nilai dan isu dalam seksualiti juga sering menyebabkan kaunselor berada dalam keadaan
serbasalah atau kurang selesa terutama sekali jika ianya melibatkan isu gay atau lesbian kerana
ianyamenyentuh nilai peribadi dan pegangan keagamaan seseorang kaunselor. Sesi bersama
golonganini sering memberi cabaran kepada kaunselor yang masih memegang kuat nilai-nilai
tradisional.Golongan gay atau lesbian adalah golongan minority yang selalu terdedah kepada
unsur-unsurdiskriminasi oleh masyarakat. Kaunselor yang memberi reaksi negative terhadap isu
ataugolongan ini sebenarnya telah memberikan (impose) nilai peribadi mereka. Di dalam kod
etikakaunseling telah dinyatakan dengan jelas bahawa segala bentuk diskriminasi tidak kira
dalam
 
aspek gender, etnik, bangsa atau orientasi seksual adalah tidak beretika dan tidak dapat
diterimasama sekali. Justeru itu kaunselor haruslah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran
objektif dalam mengendalikan isu ini agar tidak melanggar kod etika kaunseling yang telah
ditetapkan.Dalam
Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian C: Tanggungjawab professional
,
C.5. Diskriminasi
ada menyatakan bahawa kaunselor dilarang terlibat atau membenarkan apa-apabentuk
diskriminasi berdasarkan umur, budaya, ketidakupayaan, ras, etnik, agama/kepercayaan, jantina,
status perkahwinan/pasangan, status sosioekonomi atau sebarang asas yang ditetapkanoleh
undang-undang.
RUMUSAN
Kesimpulannya ialah walau apa jua bentuk kepercayaan, sistem nilai atau pegangankeagamaan
kaunselor, ianya tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kaunselor untuk melaksanakan
tugasnya dengan baik dan professional.
 
 

You might also like