You are on page 1of 4

Faktor-faktor berlaku

   Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan

daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan

kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara

keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak

mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan

penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah

sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang

dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa  dengan kerja telah

menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh

hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan

dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.

  Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya

pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita

tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif

penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh

menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk

membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa 

maut.
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang terlibat dalam perlakuan yang
berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Biasanya dadah akan
mendatangkan perasaan gembira yang melampau atau ketagihan yang bertujuan
untuk melari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah merupakan penggunaan
dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Pada zaman ini istilah
yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi
alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan
inhalan (bahan yang disedut). Kebanyakkandadah yang disalahgunakan itu
dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh
manusia (seperti menghidu gam).

Sebarang dadah yang digunakan secara sah dari segi perubatan, sekiranya
iadipreskripsikan ataupun diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser akan
dirawat dengan menggunakan mofin untuk menghilangkan kesakitan kansernya
hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak akan mendatangkan kesan ketagihan pada
penggunanya. Begitu juga dengan pengambilan minuman yang beralkohol bersama
dengan rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh
masyarakat? tetapi, penyalahgunaan dadah telah ditakrifkan sebagai satu perlakuan
yang tidak berfaedah dan tidak diterima oleh masyarakat umum.

Penggunaan dadah dan alkohol untuk mengubahsuaikan atau mengawalkan emosi


atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain
dianggap sebagai penyalahgunaan dadah serta alkohol. Penggunaan steroid
anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan
kesan yang membahayakan. Kesan-kesan smpingan yang mungkin akan berlaku
termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan
juga kes bunuh diri.

Masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat merupakan penyalahgunaan


dadah. Masalah ini juga melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi, ahli-ahli
professional yang tidak berpendidikan dan penggangu. Terdapat pelbagai faktor
yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah. Contohnya dalam faktor
sosial, biologi dan psikososial.

Dalam faktor biologi, terdapat satu tanggapan yang salah mengenai kehidupan
manusia moden ini? adalah, ?jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan
yang mampu ‘memulihkan’ anda?. Malangnya pil tidak dapat menyelesaikan
masalah seseorang itu sepenuhnya. Biasanya, perubahan dalam pengambilan diet,
gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa
seseorang kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan
berbanding dengan ubat-ubatan.

Faktor psikologi pula, kehidupan moden kini sangat sibuk dan merumitkan, bagi
kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar secara positif sangat
mencabarkan. Tekanan meningkat setiap hari pada setiap individu. Kadangkala,
arus ?kehidupan individu terlalu pantas dan menyebabkan seseorang itu tidak
mampu menangani masalah mereka. Secara semula jadi, manusia tiada imuniti
terhadap tekanan, stress dan kerusingan.

Tekanan untuk berjaya dalam akademik ataupun kegiatan kokurikulum, tekanan


untuk memuaskan kehendak orang lain serta tekanan untuk menerima seseorang
merupakan tekanan yang biasanya dihadapi oleh seseorang.

Selain itu, faktor sosial pula merupakan gaya hidup seseorang yang mewah dan
terkenal seperti yang ditonjolkan dalam bidang dunia hiburan mampu menggoda
orang ramai untuk mengecapi populariti yang sedemikian. Tekanan untuk menjalani
kehidupan yang dikatakan ‘berarus deras’ ini sangat menggoda kepada masyarakat
zaman ini.

Bagaimanakah untuk mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan


dadah? Dari segi fizikal, seseorang itu akan mengigil, berpeluh, pening kepala dan
bulu romanya akan meremang. Dari segi psikologi, orang yang terlibat dalam
peyalahgunaan akan keresahan, kerisauan, gangguan emosi serta perasaan dan
insomnia (tidak datap tidur). Dalam segi perlakuan pula orang tersebut akan
sentiasa ponteng kerja, penurunan prestasi kerja, digantung atau dibuang sekolah
dan mencuri, ditahan kerana menganggu ketenteraman awam dan mabuk semasa
memandu yang boleh memyebabkan kemalangan.

Langkah-langkah pencegahan dijalankan untuk mengurangkan kadar


penyalahgunaan dadah. Pencegahan primer, bantuan kepada individu untuk
mengelakkan diri dari ketagihan. Hal ini ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan
remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik adalah dengan menekankan
kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kanak-kanak serta
golongan remaja yang berisiko. Selain itu, kesan-kesan yang dibawa oleh
penyalahgunaan dadah dianalisis secara teliti sebelum sebarang penagihan muncul.
Akhirnya, rawatan kesan dari dadah yang telah disalahgunakan untuk membantu
penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan
mereka seterusnya.

Kesimpulannya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih adalah
melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan
manipulasi sekitaran. Kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul
semula dengan rakan-rakan yang lama mereka dan juga mencegah mereka
daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah.

You might also like