You are on page 1of 2

SJK(T) LADANG BATU KAWAN,

14110 SIMPANG AMPAT,


PULAU PINANG

LAPORAN PERJUMPAAN KECIL BIL.1/2021

Panitia Mata Pelajaran : Matematik

Tarikh : 15.09.2021(Rabu)

Masa : 4.00 petang

Medium : Google meet

Kehadiran : Nirmala A/P Balakrishnan


(Penolong Kanan Kurikulum/Guru Matematik Tahun 5&6)
James Vincent A/L Nicholas(Ketua Panitia Matematik)
Saradadevy A/P Murugiah(Guru Matematik Tahun 2)
Kalai Vaani A/P Veluthem (Guru Matematik Tahun 4)
Vijayaletchmi A/P Mooniandy(Guru Matematik Tahun 1&3)

Tidak hadir : Tiada

Bil Perkara

01. Ketua panitia matematik mengalu-alukan kedatangan semua AJK Panitia


Matematik kerana dapat menyertai bersama dalam perjumpaan kecil ini.

02. Beliau memberitahu bahawa Peruntukan PCG bagi Panitia Matematik bagi tahun
ini adalah RM220.00

03. Beliau telah membentangkan agenda bagi Program Minggu Matematik yang akan
diadakan pada 20.09.2021(Isnin)- 24.09.2021(Jumaat).

Tujuan program:
Meningkatkan kecelikan sifir 2 hingga 12
Mengaplikasikan sifir dalam aktiviti pendaraban
Eksplorasi sifir dalam pelbagai keadaan khususnya dalam KBAT

Sasaran :
Tahun 1-6

Agenda Minggu Matematik

Hari/Tarikh Agenda

20.09.2021(Isnin) - Majlis pelancaran Minggu Matematik


21.09.2021(Selasa) - Permainan Matematik dalam wordwall (1)
22.09.2021(Rabu) - Permainan Matematik dalam wordwall (2)
23.09.2021(Khamis) - Ujian (Google form)
24.09.2021(Jumaat) - Majlis penutupan Minggu Matematik

04. Beliau telah memberitahu bahawa surat siaran bagi pertandingan ini akan
dihebahkan setelah selesainya pertandingan lagu patriotik.
05. Setelah hebahan murid-murid akan mula menghafal sifir dan bersedia untuk
program tersebut.

06. Beliau menyarankan bahawa program sepanjang minggu tersebut masa pdpr dan
aktiviti kokurikulum tidak terganggu.

07. Beliau memberitahu bahawa hadiah untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga
akan diberikan kepada setiap kelas dengan anggaran hadiah pertama RM6.00,
hadiah kedua RM5.00 dan ketiga RM4.00.

08. Beliau memberitahu bahawa soalan bagi Permainan Matematik dalam wordwall
bagi sesi 1 & sesi 2 akan disediakan oleh Ketua Panitia. Soalan KBAT untuk ujian
(google form) akan disediakan oleh guru-guru yang bertanggungjawab manakala
25 soalan aneka pilihan akan disediakan oleh Ketua Panitia. Guru-guru yang
bertanggungjawab adalah seperti berikut.

Tahun 1 - Vijayaletchmi A/P Mooniandy


Tahun 2&3 - Saradadevy A/P Murugiah
Tahun 4,5&6 - Nirmala A/P Balakrishnan
Kalai Vaani A/P Veluthem

09. Beliau memberitahu bahawa soalan-soalan KBAT perlu diserahkan pada


Beliau memberitahu bahawa 40% markah akan diperuntukkan untuk Permainan
Matematik dalam wordwall sesi 1 dan sesi 2. Manakala, 60% markah akan
diperuntukkan untuk ujian(google form)

10. Sijil pencapaian dan penyertaan akan diberikan kepada murid-murid.

Disediakan oleh,

JAMES VINCENT A/L NICHOLAS,


Ketua Panitia Matematik,
SJK(T) Ladang Batu Kawan

You might also like