You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HAJI ABDUL MALEK

Km 10, Cheng 75250 MELAKA


MALAYSIA
KOD SEK : MEA2094
Tel : 606-3357473
Faks : 606-3366720
E-mail : MEA2094@moe.edu.my

Rujukan Kami : SMKTHAM.


Tarikh : 17 JANUARI 2022

Kepada:
En. Sani Bin Kalam
Naib Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Tun Haji Abdul Malek

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS “LESTARI INGATAN, SEJUTA KASIH”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Majlis Sekolah dan KERABAT SMK
Tun Haji Abdul Malek akan mengadakan Majlis “Lestari Ingatan, Sejuta Kasih” bagi
meraikan guru-guru yang telah bersara dan juga telah berpindah sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan sebagai tetamu jemputan
kami. Butiran mengenai majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 Januari 2022


Hari : Ahad
Masa : 2.00 -5.30 petang
Tempat: Hotel Ibis, Melaka
*Tema majlis: Warna Biru

4. Kehadiran tuan amat kami alu-alukan dan hargai. Kerjasama dan perhatian
daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

nurnadiafirasyahimran
……………………….....
(NURNADIA FIRASYAH BINTI IMRAN)
Penolong Setiausaha
Majlis Lestari Ingatan, Sejuta Kasih

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakajenamakerajaannombor1

You might also like