You are on page 1of 1

KENYATAAN MEDIA

KOLEJ KERIS MAS (KKM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


MENGENAI
KEMASUKKAN PELAJAR KE KAMPUS FASA 1
15 – 17 OKTOBER 2021
Kolej Keris Mas, 20 Okt 2021 – Majlis Eksekutif Pelajar sesi 21/22 Kolej Keris Mas mengucapkan
selamat datang kepada seluruh pelajar yang telah berjaya mendaftar masuk ke kampus bagi
kemasukkan Pelajar Sesi Akademik 2021-2022 (Kumpulan pertama).

Pihak Pengurusan Kolej Keris Mas pada mulanya mendapat data sebanyak 372 orang akan
mendaftar masuk ke kampus bagi fasa pertama ini. Berikut merupakan pecahan data pelajar yang
dijangka mendaftar sepanjang 3 hari tersebut:

15/10/2021: 144 orang

16/10/2021: 107 orang

17/10/2021: 121 orang

Jumlah keseluruhan: 372 orang pelajar

Namun begitu, pelajar yang telah mendaftar masuk sepanjang 3 hari bermula 15-17 oktober adalah
seramai 333 orang pelajar.

Pihak Kolej Keris Mas juga telah memudahkan urusan pelajar untuk mendaftar selepas tarikh yang
telah ditetapkan oleh pihak Universiti berdasarkan kebenaran pihak HEP dan Pengurus Kolej. Ujian
RTK telah dibuat oleh Felo Kolej selepas tarikh tersebut dan pada waktu malam sebelum mereka
diberikan kunci bilik.

Sepanjang tempoh kemasukkan pelajar, Kolej Keris Mas tidak mendapat sebarang masalah dan
semua pelajar yang mendaftar masuk juga disahkan negatif ujian covid-19. Oleh itu, semua pelajar
Kolej Keris Mas dibenarkan masuk ke dalam bilik masing-masing tanpa ada seorang pun yang berada
di bilik kuarantin.

Selamat datang semua.

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

KOLEJ KERIS MAS

2021/2022

You might also like