You are on page 1of 2

KOLEJ KERIS MAS (KKM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ISU ANJING
Kolej Keris Mas, 1 Disember 2021- Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2021/2022 mengambil maklum,
laporan dan keluhan pelajar di Media Sosial berkaitan dengan kehadiran Anjing Liar di kawasan Kolej
Kediaman. Barisan MEP memandang isu anjing ini sebagai perkara serius kerana hal ini melibatkan
keselamatan dan keselesaan penghuni Kolej Keris Mas.

Oleh itu, pihak MEP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak
keselamatan baru-baru ini. Perjumpaan telah berlangsung pada 30 November 2021 di Pejabat
Wisma Aman.

Figure 1: Perjumpaan Dengan Pihak Keselamatan UKM

Buat masa ini pihak Keselamatan tidak mempunyai banyak method untuk menangkap anjing-anjing
liar ini. Hal ini kerana, pihak keselamatan tidak mahu menangkap haiwan tersebut secara kasar
sehingga mengakibatkan haiwan-haiwan tersebut tercedera. Tambah mereka sudah banyak anjing
yang ditangkap menggunakan sangkar perangkap dan telahpun dihantar ke pihak MPKJ.

Selain itu, kekangan dari segi sangkar perangkap yang terhad juga menjadi isu buat pihak
keselamatan untuk meningkatkan lagi jumlah tangkapan anjing.

Kami dari barisan MEP juga telah mencadangkan beberapa perkara antaranya ialah untuk meminta
bantuan dari pihak luar untuk menangkap haiwan tersebut. Namun pihak Keselamatan meminta
kami untuk berbincang terlebih dahulu dengan pihak Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan UKM.

Berikut merupakan hasil daripada perjumpaan delegasi MEP dan Keselamatan UKM:

1. Mereka mengatakan bahawa antara inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh pihak
keselamatan buat masa ini adalah dengan meletakkan sangkar perangkap di Kolej Keris Mas
untuk menjerat anjing-anjing tersebut. Oleh itu, pihak Kolej akan menyediakan umpan untuk
menangkap anjing-anjing tersebut.
2. Pihak Keselamatan meminta perkara ini dibawa ke Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan UKM (ROSH-UKM. Oleh itu, barisan MEP Kolej Keris Mas melalui
Setiausaha telah menghantar e-mel kepada pihak ROSH-UKM bagi mendapatkan perhatian
mereka mengenai isu ini.

Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk menangkap anjing-anjing tersebut tanpa


mencederakannya sila berikan cadangan anda dalam googleform yang telah kami sediakan.

Pautan Googleform: https://forms.gle/Fm2f5iduZuDJHXv68

Sekian terima kasih.

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

KOLEJ KERIS MAS

2021/2022

Website: https://www.ukm.my/kkm

Instagram: https://www.instagram.com/bangsakerismas

Facebook: https://www.facebook.com/kerismas

You might also like