You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM

07000 LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK – KALI 3/ 2017

Tarikh : 02 Ogos 2017


Masa : 1.15 petang – 2.35 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi Mesyuarat : En Amalkhairy bin Che Abd Rahman
Kehadiran :
1) Pn Rositha bt Sulaiman (Guru Besar)
2) Pn Che Lian bt A. Hashim (Penolong Kanan HEM)
3) En Amalkhairy bin Che Abd Rahman (Ketua Panitia
Matematik)
4) En Mohamad Musthaqim bin Shafiee (Setiausaha)
5) Cik Nur Shapinatul Nashira bt Mohammad Nashir
6) Samsul Hafiza bt Jamil
7) Pn. Nor Syuwariyah bt Mohamed
8) Puan Siti Rohani

Agenda mesyuarat : i. Ucapan aluan pengerusi


ii. Ucapan daripada pihak pentadbir
iii. PPSMI
iv. LINUS/ KSSR
v. Ujian Akhir Tahun
vi. Hal-hal lain.
i. Ucapan aluan pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pentadbir iaitu


Puan Rositha bt Sulaiman dan ahli jawatankuasa kerana sudi meluangkan
masa bagi menghadiri mesyuarat Panitia Matematik kali yang ketiga bagi
tahun 2017.
2. Beliau mengharapkan agar pada mesyuarat kali ini lebih banyak idea atau
pendapat yang bernas diberikan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti
murid dalam pelajaran Matematik.

ii. Ucapan Wakil Pihak Pentadbir (Puan Rositha bt Sulaiman)

1. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang dapat
hadir pada mesyuarat kali ini, walaupun banyak tugasan atau urusan lain
yang perlu dilaksanakan.
2. Beliau mengharapkan agar prestasi murid tahun ini dapat ditingkatkan lagi
terutama penumpuan kepada murid yang akan menghadapi ujian akhir
tahun.

iii. PPSMI/ MBMMBI

1. Pengerusi memaklumkan bahawa PPSMI harus dijalankan seperti biasa


kerana guru ditahap dua masih menikmati imbuhan eTEM’s.
2. Penyelaras juga diingatkan supaya mengemaskinikan semua jenis fail dan
perkara yang berkaitan dengan eTEM’s.
3. Seterusnya, pengerusi menyatakan bahawa kursus secara berperingkat
akan dilaksankan mengikut keperluan dan pencalonan telah diberikan
berkaitan kursus MBMMBI. Setelah berkursus, guru-guru ini perlulah
menjalankan kursus dalaman untuk rakan-rakan sekerja yang lain.
vi. LINUS/ KSSR

1. En. Amalkhairy melaporkan KSSR 2017 berjalan lancar dari segi guru,
murid dan kemudahan. Beliau mengingatkan semula agar guru yang
terlibat meneliti tentang sukatan/ modul, rancangan tahunan, pemetaan
(panduan unjuran)-Rujuk blog PPD Langkawi. Ini untuk memastikan
keseluruhan perjalanan program berjalan lancar dan memudahkan proses
pemantauan sekiranya ada.

v. Ujian Akhir Tahun


1. Pengerusi memaklumkan bahawa Ujian Akhir Tahun SK Kilim akan
diadakan pada bulan Oktober, kemungkinan tarikhnya adalah diantara 14
hingga 18 Oktober 2017.
2. Pn. Rositha (GB) juga mengingatkan supaya guru-guru dapat
memasukkan markah yang diperolehi kedalam program komputer di bilik
guru untuk mempermudahkan AJK Hari Anugerah Cemerlang
mengagihkan murid yang bakal menerima hadiah.

vi. Hal-hal Lain

1. Pengerusi meminta semua ahli agar meningkatkan lagi usaha bagi


membantu murid-murid SKK berminat dan berjaya dalam matapelajaran
Matematik khasnya.

2. Pn. Rositha mengingatkan kepada guru-guru agar sentiasa melengkapkan


Rancangan Pengajaran Harian kerana pemantauan akan berlaku pada
bila-bila masa sahaja.
3. En. Amalkhairy menegaskan supaya bahan-bahan yang telah dipinjam
agar memulangkan semula ketempat asal supaya guru-guru lain dapat
menggunakannya kelak.

vi. Penangguhan mesyuarat

1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………
(EN MOHAMAD MUSTHAQIM BIN SHAFIEE)
SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK

You might also like