You are on page 1of 2

LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN PENGAKAP SUKU TAHUN PERTAMA

2016

SK TEMENGGONG KOH

Pada tahun 2016 ini, seramai 29 orang ahli persatuan pengakap di Sk

Temenggong koh. Ahli-ahli kelab ini terdiri daripada tahun tiga hingga tahun

enam. Kelab ini dibentuk bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam

bidang kokurikulum. Dan ahli jawatan kuasa kelab juga telah dilantik bagi sesi

2016.

Peratusan kehadiran yang dicatat sepanjang tiga bulan ini ialah sebanyak

85% . Kehadiran ini tidak dapat mencapai 100% kerana disebabkan oleh beberapa

kekangan yang tidak dapat dielakkan, antaranya seperti demam, dan sebagainya.

Dan pihak sekolah akan memastikan kehadiran ahli pada suku tahun kedua akan

meningkat.

Sepanjang suku tahun pertama 2016, perjumpaan telah diadakan pada

setiap petang hari Selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Perjumpaan

akan diadakan pada jam 4.00 hingga 5.00 petang. Mengikut perancangan tahunan

yang telah dirancang pada perjumpaan pertama, semua ahli telah bercadang dan

bersetuju akan mejalankan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan

seperti klinik membuat ikatan dan pertandingan mencari harta karun antara ahli

kelab sahaja. Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang memuaskan dan

menggalakan.
Pada keseluruhannya, perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan sepanjang

suku tahun pertama ini berjalan dengan lancar atas kerjasama daripada semua

pihak sekolah.

Laporan disediakan oleh, 29 APRIL 2016

_____________________

( MOHAMAD MUSTHAQIM BIN SHAFIEE )

Guru Penasihat,

Persatuan Pengakap,

Sk Temenggong Koh.

You might also like