You are on page 1of 2

LAPORAN KEGIATAN PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK SUKU TAHUN

PERTAMA 2016

SK TEMENGGONG KOH

Pada tahun 2016, terdapat seramai 29 orang ahli Pergerakan Pengakap


Kanak-Kanak di SK Temenggong Koh. Mereka terdiri daripada murid-murid antara
sepuluh hingga dua belas tahun. Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak menjadi slah
satu gerak kerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan
masyarakat. Di bawah KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak telah dipilih
sebagai salah satu gerak kerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah
rendah di seluruh Malaysia. Hal ini disebabkan ianya didapati amat sesuai
dijalankan oleh semua murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap
Kanak-Kanak merupakan salah satu didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di
luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak mudah diikuti dan
menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat juga menyemaikan sifat-sifat
kepimpinan, bekerjasama, tolong menolong dan sedia berkhidmat di kalangan
mereka.

Peratus kehadiran yang dicatat sepanjang tiga bulan ini ialah sebanyak 93%.
Kebanyakan murid yang tidak hadir kerana terdapat murid yang menghidapi sakit
mata pada bulan Mac. Pihak sekolah berharap peratus ini akan meningkat pada
suku tahun kedua.

Sepanjang suku tahun pertama 2016, perjumpaan telah diadakan setiap


minggu pertama dan ketiga pada setiap bulan. Mengikut perancangan tahunan
yang telah dibuat pada perjumpaan pertama, semua ahli telah bercadang dan
bersetuju akan menjalankan beberapa kegiatan sama ada di dalam ataupun di
luar kelas.

Antara kegiatan yang telah kami jalankan pada suku tahun pertama 2016 ini
ialah Mesyuarat Agung untuk melantik Jawatankuasa bagi tahun 2016,
pengertian dan sejarah ringkas Pengakap, melukis loga dan persetiaan Pengakap,
dan menghafal undang-undang Pengakap. Di samping itu, ahli-ahli juga
diperkenalkan serba sedikit mengenai kawad kaki.

Pada keseluruhannya, perjumpaan yang dijalankan sepanjang suku tahun


pertama 2016 ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.

Laporan disediakan oleh, 15 APRIL 2016

______________________

(MOHAMAD MUSTHAQIM BIN SHAFIEE)


Guru Penasihat,
Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak
SK Temenggong Koh.

You might also like