You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN

KAMPUNG KEBUAW

KERTAS CADANGAN AKTIVITI


KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR (PALS)

2015

Guru Pembimbing Kelab PALS : Puan Nur Rehan Binti Jaani

No. Telefon Guru Pembimbing : 013 - 817 2549


1.0 Pengenalan kepada Kelab Persatuan Alam Sekitar (PALS)
Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) merupakan salah satu program pendidikan
alam sekitar yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Sumber Asli dan
Alam Sekitar (NREB) Sarawak, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak. Ia dilancarkan pada tahun 1999 oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan
Sarawak pada masa itu, iaitu YB Datuk Amar James Wong Kim Min, yang juga
merupakan pencetus idea penubuhan kelab ini. Bermula dengan hanya 74 buah
kelab PALS sebagai ahli perintis pada tahun 1999 (44 buah sekolah rendah dan 30
sekolah menengah), kini kehliannya telah mencecah 322 buah sekolah di seluruh
Sarawak.

Sekolah-sekolah yang menyertai Kelab PALS diberi kelonggaran untuk


mengadakan aktiviti-aktiviti dan projek kelab masing-masing dengan memfokuskan
kepada usaha menjaga dan memulihara alam sekitar. Kelab ini berakar umbi
sebagai penggerak bagi membantu para murid menjadi masyarakat yang
bertanggungjawab terhadap kesejahteraan alam sekitar.

2.0 Matlamat Kelab PALS

Kelab PALS menekankan ”kesedaran”, ”kecintaan”, dan ”amalan yang baik” (Aware,
Love, and Practice) terhadap alam sekitar. Oleh itu, matlamat penubuhan Kelab
PALS ini adalah untuk menyemai kesedaran atau rasa perihatin dan cinta alam
sekitar dalam kalangan para murid dan seterusnya menggalakkan tindakan positif
mereka bagi melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

3.0 Objektif Penubuhan Kelab PALS

i. Menyediakan struktur organisasi bagi para murid mendalami minat


mereka dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
ii. Menggalak dan menunjuk arah kepada para murid tentang jenis aktiviti
yang boleh dilakukan oleh mereka dalam menanam semangat cintakan
alam sekitar;
iii. Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan negeri
melalui aktiviti ko-kurikulum; dan
iv. Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab para murid serta warga
sekolah terhadap perlindungan alam sekitar.
4.0 Sasaran Ahli Kelab PALS

Berikut merupakan jadual senarai bilangan ahli Kelab PALS Sekolah Kebangsaan
Kampung Kebuaw :

Jantina
Bil Tahun Lelaki Perempuan
.
1. Tahun 1 7 orang 4 orang
2. Tahun 2 3 orang 3 orang
3 Tahun3 5 orang 3 orang
4. Tahun 4 2 orang 4 orang
5. Tahun 5 6 orang 7 orang
6. Tahun 6 1 orang 7 orang
7 Jumlah 24 orang 28 orang
8. Jumlah keseluruhan 52 orang

5.0 Pemilihan Aktiviti atau Projek yang Sesuai.

Mengambil keputusan dalam memilih aktiviti-aktiviti atau projek adalah merupakan


langkah pertama dalam pelaksanaan aktiviti Kelab PALS. Hasil perbincangan dan
perkongsian idea dalam mesyuarat yang telah dijalankan, beberapa aktiviti dan
projek telah dipilih mengikut kesesuaian dan praktikal dengan persekitaran sekolah.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti atau projek-projek yang dicadangkan sepanjang
tahun 2015 :

5.1 Projek Taman Botani;


5.1.1 Projek Semaian Pokok Berbunga
5.1.2 Projek Tanaman Pokok Bunga Berpasu
5.2 Projek Tanaman Hidroponik;
5.3 Projek Kitar Semula;
5.4 Projek Hiasan Pagar Sekolah
5.5 Program Gotong Royong Cintai Alam Sekitar; dan

6.0 Pelaksanaan Projek dan Aktiviti


Berikut merupakan butiran-butiran tentang pelaksanaan projek dan aktiviti Kelab
Pencinta Alam Sekitar (PALS) :

Bulan Pelaksanaan
Bil Aktiviti / Projek
1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 11
0
1. Projek Taman Botani / / / / /

2. Projek Tanaman Hidroponik / / /


3. Projek Kitar Semula / /

4. Projek Hiasan Pagar Sekolah /

5. Program Gotong Royong Cintai Alam


Sekitar / / / / /

7.0 Lokasi Projek dan Aktiviti


Peta di bawah merupakan pandangan atas Sekolah Kebangsaan Kampung
Kampung Kebuaw, Dalat, Sarawak.

4 4

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lokasi projek (ditandakan dengan


nombor).

Bil Aktiviti / Projek Lokasi (Nombor)

1. Projek Taman Botani Seluruh kawasan sekolah

2. Hidroponik Nombor 2

3. Projek Kitar Semula Nombor 3

4. Projek Hiasan Pagar Sekolah Nombor 4

5. Program Gotong Royong Cintai Alam Sekitar Seluruh kawasan sekolah


8.0 Carta Organisasi Jawatan Kuasa Peringkat Sekolah

Pengerusi

Encik Mohd Fauzi Bin Abdullah

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

Naib Pengerusi

Encik Muhd Helmi Bin Yaso

Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

Penasihat

Encik Sumen

YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

Setiausaha

Encik Ahmad Amir Najmi Bin Mohd Razali

Bendahari

Cik Norlihasyikin Binti Ramli

Penyelia Projek

Puan Nur Rehan Binti Jaani

Ketua Projek Kitar Semula

Cik Juliza Binti Yusuf Tambi


Ketua Projek Tanaman Hidroponik

Encik Zackwan Hazeq Bin Sekaria

Ketua Projek Lanskap Taman

Puan Monalisna Binti Kana

Ketua Projek Hiasan Pagar Sekolah

Cik Maryam Binti Nordin

Jawatan Kuasa Pengerak

Encik Maxwell Bin Denis

Encik Abdul Hafiz Bin Mohamad

Cik Suhaila Binti Siting

Cik Ili Nur Nadiah Binti Abdul Razak

9.0 Pemantauan

Pemantauan akan dijalankan oleh guru penyelia projek, ketua-ketua projek, dan
guru-guru bertugas mingguan. Aktiviti dan projek yang dilaksanakan akan dipantau
dari masa ke semasa bagi mengenal pasti kelemahan seterusnya melakukan
penambahbaikan pada masa yang akan datang.

10.0 Analisis

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan di dalam Kelab PALS.


Antaranya ialah :

i. Guru
ii. Murid
iii. Ibu bapa
Terdapat beberapa aspek yang boleh dikaji dan diteliti dalam keempat-empat faktor
di atas iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Huraian terperinci setiap
faktor adalah seperti berikut :

10.1 Guru

10.1.1 Kekuatan

Dari apek kekuatan, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw


merupakan guru-guru yang sangat komited dalam melaksanakan dan
menjayakan sesuatu amanah yang diperanggungjawabkan kepada mereka.
Semangat kerja berpasukan, kreatif dalam memberi idea-idea baru untuk
memajukan dan menaikkan reputasi sekolah menjadikan setiap program yang
dirancang berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

10.1.2 Kelemahan

Dari aspek kelemahan pula, kebanyakan guru di Sekolah Kebangsaaan


Kampung Kebuaw tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang
pendidikan. Hal yang demikian boleh disandarkan kepada tempoh
perkhidmatan rata-rata guru ialah dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun sahaja.

Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw juga tidak memiliki guru yang


mempunyai pengkhususan dalam bidang Sains. Mata Pelajaran Sains diajar
oleh guru yang bukan berasal dari latar belakang Sains dan ini sedikit
sebanyak mungkin akan menghadkan pengetahuan guru itu sendiri untuk
mempraktikkan apa yang seharusnya dipraktikkan semasa Klab PALS.

10.1.3 Peluang

Dari aspek peluang, guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw boleh


dikatakan terdiri daripada golongan professional yang mempunyai sifat inkuiri,
semangat bersaing yang tinggi dan tidak mudah putus asa dalam melahirkan
murid-murid yang cemerlangan seterusnya mengangkat nama Sekolah
Kebangsaan Kampung Kebuaw ke peringkat yang lebih tinggi. Ini dapat
dibuktikan apabila Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw telah dinobatkan
sekolah terbaik daerah Dalat dan Sekolah Kategori C terbaik seluruh
Malaysia.
10.1.4 Ancaman

Dari aspek ancaman, kebanyakan guru di Sekolah Kebangsaan Kampung


Kebuaw adalah bukan penduduk tempatan. Berada berjauhan dengan
keluarga dan keadaaan persekitaran sekolah yang serba daif dan terpencil
turut mempengaruhi emosi dan semangat mereka. Pertukaran guru yang
agak kerap juga mungkin akan menjadi penyebab pelaksanaaan sesuatu
program tidak dapat dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

10.2 Murid

10.2.1 Kekuatan

Dari aspek kekuatan, murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kebuaw


mempunyai disiplin kendiri pada tahap yang membanggakan. Sikap
menghormati guru dan mematuhi arahan memudahkan pihak sekolah untuk
menjalankan sesuatu aktiviti dan projek yang dirancang.

10.2.2 Kelemahan

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan pada murid-murid yang


dapat dikenalpasti. Antaranya ialah sikap murid yang pasif, kurang aktif dan
pemalu yang wujud dalam diri murid itu sendiri. Sikap ini sedikit sebanyak
mempengaruhi penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu program
dan aktiviti yang dijalankan.

10.2.3 Peluang

Dalam aspek peluang, rata-rata murid mempunyai keinginan yang kuat dan
azam yang tinggi untuk berjaya. Sikap ini mendorong mereka untuk terus
berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan putus asa. Hal yang
demikian dapat dilihat apabila murid akan menghadirkan diri dalam setiap
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan jayanya.

10.2.4 Ancaman

Perahu menjadi pengangkutan utama murid-murid untuk datang ke sekolah.


Murid-murid bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk menghantar dan
mengambil mereka untuk setiap program dan aktiviti sekolah. Sekiranya ibu
bapa murid menghadapi sesuatu kesulitan, maka murid tidak dapat
menghadirkan diri ke sekolah. Faktor cuaca juga mempengaruhi kehadiran
mereka ke sekolah kerana sekiranya hari hujan maka murid akan kebasahan
dan memungkinkan mereka untuk menghidapi masalah kesihatan seperti
demam dan selsema. Tambahan lagi, angin yang kuat dan tidak menentu
akan menyebabkan gelombang sungai akan menjadi deras dan besar
seterusnya akan membahayakan keselamatan mereka.

10.3 Ibu bapa

10.3.1 Kekuatan

Dari aspek kekuatan, ibu bapa di sekolah ini memberi kerjasama yang tidak
berbelah bahagi kepada pihak sekolah. Segala program yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan daripada mereka. Ibu
bapa juga juga mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya
pelajaran kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup untuk berkorban
tenaga dan wang ringgit demi masa depan anak-anak mereka.

10.3.2 Kelemahan

Kebanyakan murid-murid di Sekolah Kebangsaaan Kampung Kebuaw datang


daripada keluarga yang serba kekurangan. Terdapat ibu bapa yang buta
huruf dan tidak kurang juga yang lansung tidak pernah mendapat pendidikan
secara formal. Ini menyebabkan sifat kebergantungan sepenuhnya kepada
guru adalah tinggi.

10.3.4 Peluang

Pihak ibu bapa sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam setiap
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa akan turut
serta dalam memberi sumbangan wang ringgit mahupun tenaga untuk
menjayakan apa jua program mahupun aktiviti yang melibatkan pihak
sekolah. Ibu bapa juga telah diberi gambaran tentang hala tuju sekolah dan
ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada mereka seterusnya
bergerak seiringan bagi merealisasikan apa yang telah dirancangkan oleh
pihak sekolah.
10.3.4 Ancaman

Walau bagaimanapun, faktor ibu bapa yang tidak mempunyai taraf pendidikan
yang tinggi menjadi ancaman dalam menjayakan sesuatu program dan aktiviti
di sekolah. Agak sukar untuk mereka untuk memantau dan memberi tunjuk
ajar kepada murid semasa murid berada di rumah. Selain itu, kedua-dua ibu
bapa bekerja menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melihat
perkembangan anak-anak mereka dan hanya bergantung sepenuhnya
kepada guru-guru di sekolah.

11.0 Penutup

Dengan adanya penubuhan Kelab PALS, adalah diharapkan projek dan aktiviti yang
telah dirancang sentiasa dilaksanakan secara berterusan untuk memberi faedah
yang optima terhadap warga sekolah bagi melahirkan generasi yang mesra alam
yang seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam mengurus alam sekitar dan
konservasi sumber asli ke arah pembangunan mapan di negeri Sarawak.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan program dan aktiviti ini memerlukan


komitmen serta sokongan yang padu oleh semua warga Sekolah Kebangsaan
Kampung Kebuaw. Oleh itu, diharap semua warga Sekolah Kebangsaan Kampung
Kebuaw dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh :

.....................................................................

(AHMAD AMIR NAJMI BIN MOHD RAZALI)

Setiausaha,

Kelab Pencinta Alam Sekitar,

Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw.

Disemak oleh :

.....................................................................

(ENCIK MUHD HELMI BIN YASO)

Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw.

Diluluskan oleh :

.....................................................................

(MOHD FAUZI BIN ABDULLAH)

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw.

You might also like