You are on page 1of 7

ANALISIS NOVEL KEMBARA AMIRA – KOMSAS TINGKATAN 5

(Amer Hmzah L.Kadir)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)


 
Sinopsis
 
Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah
mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof.
Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut
Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya
semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique.
 
Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan
tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut
kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
 
Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja
tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya
kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.
 
Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari
bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya
Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya
mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di
dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique.
Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.
 
Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia.
Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu.
Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique
(Sabi). Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai
adalah adik Malique.

Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula
melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
 
Tema
 
 Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini
digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti
persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak
kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique
dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
 

1
Persoalan
 
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan
melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di
Gunung Gua Gajah.
 
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara
ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima
kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini
telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
 
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah
hutan untuk mencari emas.
 
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap
dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan
tersebut akan musnah.
 
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam
keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah
meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan
terjadinya perpecahan keluarga.
 
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang
menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami
keretakan tulang tangannya.
 
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang
berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
 
 
Pembinaan Plot
 
(i) Permulaan
 
Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk
menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
 
(ii) Perkembangan
 
Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh
Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah
seorang pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan
tamadun awal manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

2
(iii) Klimaks
 
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi
artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan
kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari
sumber alam kawasan tersebut.
 
(iv) Peleraian
 
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan
Itai adalah anak-anak Tau.
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang
harus dilindungi.
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah,
khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah
dapur.
 
2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
 
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika
mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi
sedang menyiapkan tesis sarjananya.
 
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada
Tau.
 
5. Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya.
Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah
manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi
tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah
berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu
penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.
Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan
dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah
Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.
Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa
emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu
hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan
bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih.

3
 

Watak Utama
 
1. Amira
 
Pelajar sekolah swasta.
Anak Profesor Zaidah.
 Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua
Gajah walaupun berbahaya.
 Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis
apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-
pelajar ibunya.
Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan
yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
 
WATAK SAMPINGAN
 
1. Jacinta
 
Berkulit cerah.
Berbangsa Cina.
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang
berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
Watak dan Perwatakan
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani
Amira dalam apa-apa jua keadaan.
 
2. Itai
 
Berkulit gelap.
Berbadan tegap.
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
Anak kepada Tau.
Bakal ketua kampung.
 Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai
berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira
daripada dihanyutkan oleh arus deras.
Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza
seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang
amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
 Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan

4
kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak
kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.
 
3. Profesor Zaidah
 
Wanita pertengahan usia
Ibu kepada Amira
 Pensyarah universiti
Meminati bidang arkeologi
Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira
ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang
dihanyutkan oleh arus.
Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas
dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan
pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun
beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
 
4. Tau
 
Seorang yang tinggi lampai.
Berbadan tegap.
Bapa kepada Malique dan Itai.
Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
Adik kepada Ludin.
Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke
kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin
untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.
Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus
untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.
 
5. Malique (Sabi)
 
Berkulit gelap.
Berambut kasar.
Anak Tau dengan Ipah.
Abang kepada Itai.
Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique menyiapkan
laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri
dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara
yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap
Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.
 
 

5
Nilai
 1. Nilai bekerjasama
Contoh:
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang
dijalankan berjaya.
 
2. Nilai kasih sayang
Contoh:
Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk
Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari
Amira yang dihanyutkan oleh arus.

3. Nilai keberanian
Contoh:
Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua
masyarakat orang asli.
 
4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk
menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
 
5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang
berbangsa Cina.
 
 
6. Nilai kesopanan
Contoh:
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati
Prof. Zaidah.
 
7. Nilai ketaatan
Contoh:
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan
lubuk emas.
 
8. Nilai amanah
Contoh:
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-
tahun lamanya.
 
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.
 

6
10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang
berlaku bersama Pak Lias.
 
Pengajaran
 
1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada
anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan
memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari
Amira yang dihanyutkan oleh arus.
 
2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-
mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan
tersebut.
 
3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat.
Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan
projek yang dijalankan berjaya.
 
4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang
baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik
Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Pengajaran
 
5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam
kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat
kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

You might also like