You are on page 1of 6

BAB 4: CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Pengenalan

∼ Jenis iklim sesuatu kawasan bergantung kepada ____________ kawasan tersebut dan beberapa
faktor lain yang mempengaruhinya.
∼ Untuk menentukan jenis iklim, ___________ dikumpul selama beberapa tahun
∼ Iklim sangat penting kerana mempengaruhi _________ dan _________ penduduk sesuatu
kawasan

Jenis dan ciri iklim di Malaysia


∼ Malaysia berada di ________
∼ Jenis iklim di Malaysia ialah ___________
∼ Contoh negara lain yang mempunyai iklim yang sama ialah ____________.
∼ Negara-negara yang mengalami iklim khatulistiwa ialah negara yang terletak di ______________
iaitu di sekitar 0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°S

Suhu
Ciri-ciri iklim khatulistiwa ialah
∼ Suhu _________ sepanjang tahun
∼ Min suhu tinggi iaitu sekitar _________
∼ _____________ rendah, 1°C hingga 3°C sahaja
∼ Julat suhu harian besar di ____________
∼ Suhu biasanya lebih rendah di kawasan tanah tinggi seperti __________ dan ______________

Hujan
∼ Malaysia menerima ______________
∼ Jumlah hujan tahunan _____________
∼ Namun, ______________ di semua kawasan di Malaysia
∼ Kawasan yang paling lebat menerima hujan ialah ___________ kerana kawasan itu menghadap
angin lembap
∼ Hujan maksimum turun semasa ____________, iaitu hujung bulan Mac- awal Mei dan dari bulan
Oktober hingga pertengahan November
Jenis-jenis hujan di Malaysia

Hujan bukit
∼ Hujan bukit berlaku di _____________________
∼ Kawasan yang menghadap ______________ akan menerima hujan yang lebat

Hujan perolakan
∼ Hujan ini berlaku kerana aktiviti ____________________________
∼ Biasanya, hujan ini akan turun pada___________ disertai dengan ribut petir

Angin
∼ Angin membawa pengaruh yang besar kepada iklim di negara ini kerana ia boleh mempengaruhi
suhu dan juga hujan
∼ Terdapat tiga jenis angin yang terdapat di negara kita iaitu

Angin monsun
∼ Terdapat dua sistem angin monsun yang melanda kawasan di Malaysia iaitu

a) Angin monsun barat daya


∼ Bertiup dari arah barat daya
∼ Berasal dari hemisfera selatan
∼ Membawa angin sejuk dan melalui Asia Tenggara
∼ Kurang lebat kerana telah dihalang oleh Pulau Sumatera
b) Angin monsun timur laut
∼ Bertiup dari arah timur laut
∼ Berasal dari hemisfera utara
∼ Membawa hujan lebat di kawasan pantai timur serta Sabah dan Sarawak

Angin sumatera
∼ Angin sumatera ialah angin yang bertiup dari arah Pulau Sumatera di Indonesia
∼ Angin ini bertiup kencang dan membawa hujan yang lebat terutama di kawasan pantai barat
terutama di bahagian selatan pantai barat Semenanjung Malaysia

Angin tempatan
∼ Angin tempatan merujuk kepada kejadian bayu laut dan bayu darat yang berlaku di kawasan
sekitar pinggir pantai
∼ Kejadian bayu laut dan bayu darat menolong menyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai
∼ Julat suhu harian kawasan ini juga adalah kecil kerana pengaruh angin ini
∼ Bayu laut terjadi pada waktu siang, mana kala bayu darat terjadi pada waktu malam

Bayu laut
∼ Berasal dari laut ke darat
∼ Kawasan darat menjadi panas apabila waktu siang
∼ Udara panas akan naik ke atas dan diganti dengan udara
sejuk dari laut

Bayu darat
∼ Berasal daripada darat
∼ Kawasan laut menjadi panas kerana laut menyerap dan
menyimpan pada waktu siang
∼ Udara panas di laut naik ke atas dan diganti dengan
udara sejuk dari daratan
Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia Di
Malaysia
∼ Malaysia bertuah kerana terletak di Garisan Khatulistiwa dan mempunyai iklim khatulistiwa
∼ Iklim Khatulistiwa membolehkan semua kegiatan ekonomi boleh dijalankan hampir sepanjang
tahun
∼ Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang tahun ialah
a) Pelancongan d) Perikanan
b) Perindustrian e) Pembalakan
c) Pertanian

Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

a) Pertanian
∼ Penanaman tanaman utama negara seperti getah dan kelapa sawit dapat dijalankan dengan
baik di Malaysia
∼ Sumber air yang ada menggalakkan pertumbuhan tanaman ini
∼ Padi juga dapat ditanam dua kali setahun kerana mendapat bekalan air yang mencukupi
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

b) Pelancongan
∼ Aktiviti pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun di Malaysia. Pelancong suka datang ke
sini sambil menikmati suhu yang panas serta kepelbagaian flora dan fauna. Suhu yang
sederhana di kawasan tanah tinggi juga menarik pelancong datang ke sini seperti Kundasang dan
T.T Cameron

c) Pembalakan
∼ Aktiviti pembalakan juga dapat dijalankan kerana Malaysia mempunyai Hutan Hujan Tropika.
Hutan jenis ini dapat hidup dengan suburnya di zon iklim seperti ini.
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

d) Perindustrian
∼ Aktiviti perindustrian dan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun. Cuaca dan iklim yang
hampir sama sepanjang tahun menggalakkan aktiviti ekonomi berkembang pesat

e) Perikanan
∼ Aktiviti perikanan berjalan sepanjang tahun di kawasan pantai barat. Namun, aktiviti ini terhenti
seketika di kawasan pantai timur kerana angin monsun yang bertiup kencang pada bulan Nov-Jan

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim Di Malaysia

a) Kesan rumah hijau


∼ Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya peningkatan gas rumah hijau seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain
∼ Gas rumah hijau menyerap haba menyebabkan haba diserap di atmosfera.
∼ Situasi ini menyebabkan suhu di bumi menjadi meningkat.
∼ Apabila suhu bumi meningkat, beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub,
perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku.

b) Pulau haba
∼ Pulau haba ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar
∼ Ia berlaku kerana peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya.
∼ Pulau haba berlaku kerana
a) Bangunan konkrit
b) Bangunan bercermin
c) Bangunan rapat dan padat
d) Kurang litupan tumbuhan

c) Hujan Asid
∼ Hujan asid ialah perubahan kejadian hujan yang biasa kepada sifat yang berasid
∼ Sifat berasid ini berlaku kerana kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang
dibebaskan ke atmosfera
∼ Ini menyebabkan air hujan
∼ bertukar menjadi asid lemah
∼ Air hujan asid akan memberi kesan seperti
a) Kecacatan pada pucuk tumbuhan
b) pH air kolam, sungai berubah
c) Sakit kepala, sistem imun lemah

d) Jerebu
∼ Jerebu juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di kawasan bandar besar
∼ Jerebu adalah kejadian di mana pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa
∼ Punca peningkatan pepejal terampai ini adalah asap kenderaan, asap kilang, pembakaran
terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi
∼ Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup.

Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia

Fenomena El nino dan La nina


∼ El nino berlaku apabila suhu lautan di pasifik menjadi sejuk dan bertekanan tinggi. Ini akan
menyebabkan kawasan timur mengalami tekanan rendah dan kering.
∼ Pada waktu ini, keadaan atmosfera termasuk di Malaysia akan menjadi kering dan kurang hujan
∼ Namun apabila La nina terjadi, kawasan pasifik menjadi panas dan atmosfera kawasan timur
akan menjadi lembap. Keadaan ini akan menyebabkan hujan yang lebat di sekitar Asia
Tenggara.
∼ Namun kini, kitaran ini kian kerap terjadi dan tempoh masanya semakin panjang disebabkan
oleh perubahan cuaca yang berlaku terutama melibatkan kesan rumah hijau
Kesan El Nino
∼ El nino menyebabkan keadaan atmosfera menjadi panas dan kering. Ini menyebabkan kemarau
yang berpanjangan
∼ Ini telah memberi kesan seperti
a) Bekalan air berkurangan
b) Berlakunya strok haba
c) Mudah mendapat penyakit seperti pening, demam dan darah tinggi
d) Berlakunya kebakaran hutan

Kesan La nina
∼ Keadaan La nina menyebabkan atmosfera menjadi lembap. Ini akan mendorong kepada
pembentukan awan yang tebal dan membawa hujan yang lebat
∼ Ini telah memberi kesan seperti
a) Banjir yang buruk
b) Hujan lebat yang berterusan
c) Kegiatan manusia terjejas terutama kegiatan perikanan dan pelancongan
d) Peningkatan penyakit seperti demam, selsema, asma dan lain-lain

You might also like