You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan langkah-langkah memajukan e-sukan di

Malaysia dan cabarannya.

Fenomena sukan elektronik atau e-sukan yang menjadi kegilaan rata-rata remaja di
Malaysia dilihat semakin berkembang pesat seiring dengan kebangkitan bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Malah, arena e-sukan juga semakin
mendapat perhatian banyak pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
yang mengiktirafnya sebagai satu bentuk sukan kompetitif di peringkat global. Hal ini
berikutan kerajaan mahu golongan berkenaan dipupuk dan diberi bimbingan untuk
diketengah serta bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata melalui Pelan Strategik
Pembangunan e-Sukan, kerajaan akan memastikan peruntukkan RM20 juta
dalam Bajet 2020 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan
pembangunan e-sukan tersebut. Selain itu, KBS bercadang untuk menganjurkan
sistem liga bagi e-sukan yang dilihat mampu untuk melahirkan lebih ramai atlet
yang berdaya saing, di peringkat antarabangsa selain memberi ruang kepada
pasukan baharu bertanding secara lebih profesional. Mengikut rekod, pada tahun
lepas, Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai antara negara yang berusaha
mengembangkan e-sukan dengan menganjurkan beberapa siri kejohanan di
peringkat global seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World
Championship 2019 dan World Esports Games (WESG).
Di samping itu, kerajaan Melaka pula turut memainkan peranan
dengan menubuhkan pusat sukan elektronik (e-sukan) pertama di
Melaka. Usaha ini membuktikan kerajaan negeri serius membangunkan
industri itu sekali gus menjadi platform mencungkil dan melahirkan atlet
berbakat yang mampu diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Kerajaan negeri Perak melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How turut menyatakan
kesediaan mereka untuk membantu negeri-negeri di wilayah utara
semenanjung dengan mewujudkan majlis perundingan sukan elektronik
(e-Sukan) bagi memastikan pembangunan sukan itu dapat diperkasakan
ke tahap terbaik.
PERSATUAN Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) pula mengambil pendekatan untuk
memperkenalkan sukan terbabit di peringkat sekolah menengah bagi melahirkan lebih ramai lagi
atlet mewakili negara pada masa akan datang. Presiden ESKL iaitu Hisham Darus akan
mengadakan perbincangan bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSKL) dan Jabatan
Pendidikan Negeri bagi membincangkan kaedah terbaik bagi melaksanakan inisiatif terbabit

You might also like