You are on page 1of 7

Bahagian A [ 75 markah ]

Jawab mana-mana tiga soalan sahaja.

1. a) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu situasi sidang akhbar.

‘ Kerajaan sememangnya hanya berupaya memberikan peruntukan sebanyak


RM200 juta dalam belanjawan tahun ini untuk membina sebuah universiti yang
baharu di Seri Iskandar, Perak. Dengan ini, kerajaan berasa keberatan untuk
mengumumkan bahawa projek pembinaan sebuah stadium sukan yang baharu
untuk rakyat tempatan terpaksa ditangguhkan. ’

Ucapan Encik Nasrul, Pegawai Tinggi Unit Perancang Ekonomi

Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi yang dihadapi oleh unit ekonomi di atas. (6m)

b) Gambar berikut menunjukkan dua jenis barang dalam ekonomi.

Rajah A Rajah B

i) Kenal pasti jenis barang dalam Rajah A dan Rajah B. (2m)

ii) Bandingkan tiga ciri kedua-dua jenis barang dalam Rajah A dan Rajah B. (6m)

c) Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri sistem ekonomi Negara Z.

Di Negara Z, motif pengeluaran barangan adalah mengutamakan


kebajikan masyarakat di samping keuntungan yang maksimum.

i) Nyatakan sistem ekonomi Negara Z. (1m)

ii) Nyatakan tiga ciri lain sistem ekonomi dalam jawapan c) i). (3m)

iii) Jelaskan cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sistem ekonomi Negara Z. (7m)
2. a) Maklumat di bawah menunjukkan dua jawatan kosong yang diiklankan oleh dua buah syarikat.

Syarikat Insurans Sedia Membantu Syarikat Telemobile Mesra Sentiasa

Jawatan : Jawatan :
Timbalan Pengurus Jabatan Pampasan Pengurus Jabatan Pemasaran
* Kelayakan : Diploma dalam bidang * Kelayakan : Ijazah dalam bidang
kewangan atau kelulusan lain yang setara pengurusan perniagaan
* Gaji : RM2 800 sebulan * Gaji : RM3 500 sebulan
* Waktu bekerja : 5 hari bekerja * Tempat bekerja : Shah Alam, Selangor
* Prospek kenaikan pangkat dan mengikuti * Faedah lain termasuklah kemudahan
latihan sambil bekerja tempat tinggal dan elaun pengangkutan

Cik Amrina yang berkelulusan ijazah dalam bidang kewangan dan tinggal di Damansara Utama, Kuala
Lumpur telah menerima tawaran daripada kedua-dua syarikat di atas.

i) Syarikat manakah yang akan dipilih oleh Cik Amrina. (1m)

ii) Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda dalam a) i) di atas. (6m)

b) Maklumat berikut menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan Encik Aminuddin pada tahun 2016.

Butiran RM
Pendapatan 48 000
Bayaran zakat 650
Caruman KWSP 5 600
Pendapatan boleh cukai 32 600
Bayaran ansuran rumah 3 800

Jadual 1

Pendapatan boleh cukai Kadar cukai(%) RM


RM5 000 yang pertama 0 0
RM5 000 yang berikut 1 25
RM10 000 yang berikut 3 300
RM15 000 yang berikut 5 750

Jadual 2

i) Hitungkan cukai pendapatan yang harus dibayar oleh Encik Aminuddin. (5m)

ii) Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Aminuddin. (4m)

c) Gambar di bawah menunjukkan satu unit ekonomi.

Jelaskan tiga peranan unit ekonomi tersebut. (3m)


d) Maklumat berikut menunjukkan perbualan antara dua orang sahabat baik di dewan pameran kereta.

Desmond : Hai, Tan, apa khabar ? Nak beli kereta baharukah ? Dengar kata kamu buka lagi sebuah ‘ mini
market ’ di Tanah Tinggi Cameron, betulkah ?

Tan : Betul, jangan lupa nanti datang beli lebih sikit barang, mesti ada diskaun. Macam mana kerja
kamu di syarikat baharu itu ? Mesti sudah naik pangkat, naik gaji.

d) i) Kenal pasti sumber pendapatan yang diperoleh oleh Encik Tan dan Encik Desmond. (2m)

ii) Bandingkan sumber pendapatan Encik Tan dan Encik Desmond. (4m)

3. a) Jelaskan konsep permintaan yang berkesan. (3m)

b) Rajah berikut menunjukkan permintaan individu terhadap telefon bimbit jenama ‘ Xpedia ’.

Harga(RM)

D1

D0

1688

D0 D1
Kuantiti diminta(unit)
0 12 30

Jelaskan tiga faktor permintaan yang membawa kepada peralihan keluk D0 D0 ke D1 D1. (6m)

c) Jadual di bawah menunjukkan fungsi pengeluaran Syarikat Rexon.

Buruh(orang) Jumlah keluaran(unit) Keluaran purata(unit) Keluaran sut(unit)


0 0 0 -
1 120 120 120
2 260 A 140
3 420 140 C
4 520 B 100
5 600 120 D

i) Berapakah nilai A, B, C dan D. (2m)

ii) Terangkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran purata dan keluaran sut seperti yang berikut :

 0 – 2 orang buruh (2m)

 2 – 3 orang buruh (3m)

 3 – 5 orang buruh (3m)


d) Jadual di bawah berkaitan dengan keanjalan harga penawaran barang P dan barang Q.

Jenis barang Peratus perubahan harga(%) Peratus perubahan kuantiti ditawar(%)


P 10 20
Q 15 10

i) Berapakah nilai keanjalan harga penawaran barang P dan barang Q. (2m)

ii) Tafsirkan nilai keanjalan harga penawaran dalam jawapan d) i) di atas. (4m)

4. a) Berdasarkan situasi berikut, jelaskan kesan terhadap pasaran buku bacaan tempatan.(Setiap situasi
adalah secara berasingan).

i) Kerajaan memberikan baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut kolej dan universiti. (3m)

ii) Harga kertas cetakan buku telah naik sebanyak 20 peratus dalam pasaran. (3m)

b) Maklumat berikut menunjukkan perbualan antara seorang anak dan ibunya, Puan Noraini.

Khalid : Mak, saya dah dapat bekerja di Syarikat Durian Runtuh yang menawarkan perkhidmatan
pinjaman dan kewangan kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan. Syarikat
sanggup memberikan saya gaji sebanyak RM3 200 sebulan dan elaun kerja lebih masa.

Noraini : Baguslah macam ini. Nanti tolong mak belikan set dapur yang berjumlah RM860 itu. Dah
lama mak ingin belikan, tapi tak cukup belanja.

Lukiskan rajah aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor bagi perbualan di atas. (6m)

c) Maklumat di bawah menggambarkan fungsi wang dalam ekonomi.

Encik Lim menjelaskan bayaran pinjaman Puan Rosnita membeli barang keperluan
perumahan di Bank Mesra Sentiasa harian di pasar malam

Gambar 1 Gambar 2

Jelaskan fungsi wang yang terlibat dalam Gambar 1 dan Gambar 2. (4m)

d) Terangkan dua perkhidmatan bank perdagangan dalam membuat dan menerima bayaran bagi pihak
pelanggannya. (4m)
e) Logo di bawah menunjukkan sebuah institusi kewangan.

i) Apakah institusi kewangan tersebut ? (1m)

ii) Terangkan dua fungsi institusi kewangan tersebut sebagai jurubank kepada kerajaan. (4m)

5. a) Berikan empat cara institusi kewangan bukan bank menggerakkan tabungan dalam kalangan
masyarakat. (4m)

b) Maklumat berikut menunjukkan ucapan seorang pegawai tinggi unit ekonomi kerajaan.

‘ Adalah tepat dan bijak kerajaan mengambil tindakan awal untuk mempelbagaikan
sektor ekonomi negara agar sumber hasil pendapatan kerajaan tidak terjejas teruk jika
berlaku kemelesetan yang serius dalam sektor utama ekonomi negara. ’ …..

Terangkan tiga sebab yang membawa kepada tindakan kerajaan di atas. (6m)

c) Maklumat di bawah menunjukkan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2015.

Gambar 3 Gambar 4

i) Kenal pasti jenis perbelanjaan kerajaan dalam Gambar 3 dan Gambar 4. (2m)

ii) Jelaskan dua perbezaan antara perbelanjaan kerajaan dalam Gambar 3 dan Gambar 4. (4m)

d) Terangkan dua kebaikan daripada sekatan dalam perdagangan antarabangsa. (4m)

e) Jadual di bawah menunjukkan butiran eksport dan import Malaysia pada bulan Mac dan bulan Mei 2016.

Butiran Mac 2016(RM juta) Mei 2016(RM juta)


Eksport 453 308 506 320
Import 380 452 420 562

Jelaskan kesan perubahan eksport dan import tersebut ke atas kadar pertukaran Ringgit Malaysia. (5m)
Bahagian B [ 25 markah ]

Soalan ini wajib dijawab.

6. Encik Khairul mengusahakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pakaian wanita mewah di Shah
Alam. Sasaran pengguna keluaran syarikat adalah golongan wanita yang berpendapatan tinggi, iaitu antara
RM10 000 hingga RM12 000 sebulan. Kini, kilang membuat pakaian Encik Khairul mempunyai seramai 30
orang pekerja dan 15 buah mesin yang beroperasi sepenuhnya. Jadual di bawah menunjukkan fungsi
pengeluaran syarikat Encik Khairul :

Kombinasi pengeluaran Pakaian wanita(helai) Beg wanita(unit)


A 80 40
B 50 60
C 30 70

Dalam usaha mengembangkan lagi saiz pengeluaran syarikat beliau, Encik Khairul telah membuat
pinjaman sebanyak RM550 000 daripada Bank ABC Berhad selama 7 tahun dengan kadar faedah 4.5 peratus
setahun. Dari bulan Jun hingga Ogos 2016, syarikat Encik Khairul telah meningkatkan pengeluaran pakaian
wanita mewahnya sebanyak 20 peratus walaupun harga jualan pakaian wanita syarikatnya tidak berubah.

Pada bulan Januari 2017, Encik Khairul telah membeli sebanyak 5 000 meter kain daripada
pembekal kain di Indonesia dan China. Beliau dikehendaki membuat bayaran tambahan sebanyak 20 peratus
atas pembelian kain tersebut. Selain itu, Encik Khairul juga telah membayar sebanyak RM120 000 kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri atas keuntungan yang beliau peroleh. Sebilangan pekerja asing Indonesia
syarikat Encik Khairul telah menghantar balik wang pendapatan mereka yang berjumlah 5 juta Rupiah ke
Indonesia.

Pada bulan Februari 2017, syarikat Encik Khairul telah menerima tempahan pakaian wanita mewah
yang bernilai RM180 800 daripada seorang pembeli di Dubai. Melalui urus niaga tersebut, syarikat Encik
Khairul telah membuka peluang perniagaan yang baharu di luar negara. Dalam tempoh bulan Februari
hingga bulan April 2017, kadar pertukaran asing antara Dolar Amerika dan Ringgit Malaysia adalah seperti
berikut :

Bulan Februari 2017 Bulan April 2017


US$1.00 = RM4.30 US$1.00 = RM4.40

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan yang berikut :

a) Nyatakan sumber ekonomi yang terlibat dalam pengeluaran pakaian wanita syarikat Encik Khairul. (2m)

b) Nyatakan masalah asas ekonomi yang telah berjaya diselesaikan oleh syarikat Encik Khairul. (2m)

c) Berapakah kos lepas yang ditanggung oleh Encik Khairul apabila beliau mengubah kombinasi
pengeluaran dari B ke C untuk menghasilkan 70 unit beg wanita. (2m)

d) Hitungkan jumlah faedah yang perlu dibayar oleh syarikat Encik Khairul atas pinjaman yang dibuat. (3m)

e) Jelaskan tiga faktor penawaran yang menyumbang kepada fenomena ‘ syarikat Encik Khairul telah
meningkatkan pengeluaran pakaian wanita mewahnya sebanyak 20 peratus walaupun harga jualan pakaian
wanita syarikatnya tidak berubah ’. (6m)

f) Kenal pasti jenis hasil cukai kerajaan bagi setiap bayaran yang berikut :

i) Beliau dikehendaki membuat bayaran tambahan sebanyak 20 peratus atas pembelian kain tersebut. (1m)

ii) Encik Khairul juga telah membayar sebanyak RM120 000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atas
keuntungan yang beliau peroleh. (1m)
g) Nyatakan jenis akaun kecil dalam akaun semasa untuk mencatatkan setiap urus niaga yang berikut :

i) Encik Khairul telah membeli sebanyak 5 000 meter kain daripada pembekal kain di Indonesia dan China.
(1m)

ii) Sebilangan pekerja asing Indonesia syarikat Encik Khairul telah menghantar balik wang pendapatan
mereka sebanyak 5 juta Rupiah ke Indonesia. (1m)

h) i) Hitungkan jumlah bayaran yang akan diterima oleh syarikat Encik Khairul jika pembeli dari Dubai itu
menjelaskan bayarannya pada bulan Februari 2017. (2m)

ii) Jelaskan kesan terhadap syarikat Encik Khairul jika pembeli dari Dubai itu menjelaskan bayarannya pada
bulan April 2017. (4m)

You might also like