You are on page 1of 3

LOG

PERMENTORAN
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas merupakan sebuah Sekolah Menengah


Kebangsaan yang terletak di Jalan 48/70A, Desa Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas (SMKSH) telah ditubuhkan pada


Disember 1992 bermula dengan 109 orang pelajar, empat kelas dan 13 orang guru. Pada masa
penubuhannya, bangunan sekolah yang sepatutnya didirikan untuk sekolah rendah di Taman
Sri Hartamas telah digunakan.

Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengambil peperiksaan PMR pada tahun
1995 dan SPM pada 1997. SMKSH telah berpindah ke bangunan baru (sekarang) di Desa Sri
Hartamas mulai November 1999. Bilangan pelajar SMKSH sehingga 31 Oktober untuk sesi
pembelajaran 2006 ialah seramai 1230 orang dengan bilangan kelas sebanyak 35 buah dan
guru adalah seramai 67 orang. Kini SMK Seri Hartamas terus berkembang dengan 35 buah
kelas, bilangan pelajar melebihi 1300 orang dan tenaga pengajar seramai 70 orang.

Berbagai usaha telah dilakukan dalam semua bidang untuk memajukan sekolah
sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dan mencapai objektifnya. Kecemerlangan sekolah
dalam bidang akedemik telah terbukti dengan setiap tahun SMK Seri Hartamas menduduki
tempat teratas sebagai sekolah harian terbaik dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM.
PENYERTAAN
DALAM AKTIVITI
PBB

You might also like