You are on page 1of 4

BAHAN INOVASI PEMULIHAN KHAS

TAJUK INOVASI
“F-MOBILE” UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LITERASI
PROGRAM LINUS MELALUI DIDIK HIBUR PERMAINAN

NAMA PASUKAN DAN PESERTA


Kumpulan  GEN - S
Norhayati Binti Che Rahim- SK Binjai, Kemaman
Zianhairani Binti Mohamed - SK Kerteh, Kemaman
Hasnah Binti Mat Hassan - SK Meraga Beris, Kemaman

ABSTRAK
“F-Mobile” ialah satu bahan yang dihasilkan untuk menarik minat murid-murid untuk belajar
khususnya murid Linus dan Pemulihan Khas  . Sekaligus meningkatkan kemahiran dan
penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran Literasi Program Linus melalui didik hibur
permainan. “F-mobile” ini berkonsepkan Fun Learning (F) dan Mobile yang merujuk kepada
inovasi yang boleh diaplikasikan di mana-mana tanpa had kawasan. F-Mobile dibina dari sebuah
beg bagasi terpakai yang dilengkapi permainan roda impian dan 8 poket misteri yang mempunyai
permainan kad Domino, kad Lipat, Kad Tingkap, Tarsia, Kad Ayat, Kad Bacaan, Kad Padanan dan
Peta Bingkai. Dilengkapi dengan aksesori Animasi Ejen Ali yang merupakan watak animasi di
bawah Media Prima yang popular di Malaysia yang banyak menerapkan unsur-unsur positif dalam
penceritaan wataknya. Diselangi lagu Ejen Ali ,lampu LED dan hiasan yang amat menarik minat
murid. Impak positif hasil daripada bahan inovasi ini dapat membantu guru-guru Linus,
Fasilinus ,PPD dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat Program Linus khususnya
pengajaran dan pembelajaran Asas Literasi dijangka boleh dicapai lebih awal dari jangkaan tarikh
KPI  KPM dengan penggunaan bahan inovasi ini .
ISU  ATAU MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan:
i.          Murid-murid Linus / Pemulihan Khas  sukar memberi tumpuan dan fokus sepanjang proses
pengajaran  dan pembelajaran berlaku.
ii.          Murid tidak menunjuk rasa minat belajar dan sukar mengingati apa yang telah dipelajari oleh
mereka.
iii.       Isu mengenai saiz kelas yang kecil bagi menampung jumlah murid Linus dan Pemulihan yang
ramai terutama guru  Pemulihan dan guru pemulihan linus NKRA yang perlu berkongsi kelas yang
sama menyebabkan kesukaran dalam melaksanakan aktiviti PdPc secara serentak . Hal ini kerana
sebilangan murid akan hilang tumpuan dan fokus semasa PdPc.

OBJEKTIF
Kajian ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid untuk belajar khususnya murid Linus dan
Pemulihan Khas dengan menggunakan “F-Mobile” .
Objektif Khusus:
i.              Mewujudkan rasa keinginan murid untuk belajar selepas menggunakan “F-Mobile”.
ii.             Murid mendapat pembelajaran didik hibur  melalui penggunaan “F-mobile”
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Linus dan Pemulihan Khas Tahap 1
METODOLOGI  BAHAN INOVASI
Bagi mencapai objektif dan matlamat bahan inovasi ini dihasilkan, kaedah didik hibur memainkan
peranan penting. Menurut Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan
hati-hati dan ajar. Manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang bersifat santai dan berhibur.Muzik lagu animasi Ejen Ali yang diperdengarkan semasa F-
Mobile dimainkan dapat menarik minat murid.Menurut The American Music Theraphy Association
(Peters,2000) terapi muzik bermaksud  “ a planned , goal-directed process of ineraction and
intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific need, strengths, and
weakness, in which music or music based experiences are specifically prescribed to be used by
specially trained personnel to influence positive changes in an individuals's condition , skills
,thoughts, feelings or behavoiurs.
HURAIAN INOVASI
i.          SEBELUM PERLAKSANAAN INOVASI
Setelah kami mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid sewaktu melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran, kami saling berbincang dan mencari punca-punca yang
menyebabkan murid tidak dapat belajar dengan baik. Ekoran daripada itu, kami telah mendapati
bahawa murid-murid Linus dan Pemulihan Khas tidak memberi tumpuan dan fokus disebabkan
saiz kelas yang kecil.
Kami telah berfikir tentang cara ataupun kaedah yang dapat membantu murid supaya dapat
belajar di mana-mana sahaja lokasi seperti padang sekolah,pondok/astaka dan taman-taman.
Kami mengubahsuai beg bagasi terpakai yang sedia ada dan mengaplikasikannya dalam didik
hibur permainan.
Dalam kajian ini, kami telah cuba untuk menggunakan dan memilih peralatan yang bukan sahaja
mudah didapati juga senang digunakan. Yang pentingnya, bahan tersebut hendaklah sesuai dan
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Dalam masa yang sama , ianya sangat fleksibel dan
boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

          ii.            SEMASA PERLAKSANAAN INOVASI


“F-Mobile” telah kami gunakan sebagai bahan di dalam bilik darjah iaitu sewaktu dalam aktiviti
bersama murid, kami telah mengesan bahawa murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan
seronok. Malah “F-Mobile” juga telah digunakan semasa Kem Smart 3M peringkat Negeri
Terengganu . Berikut merupakan butiran bahan-bahan dalam set “F-Mobile”.
Inovasi Bahan Yang Telah dilaksanakan:
“F” Mobile dilengkapi permainan roda impian dan 8 poket misteri yang mempunyai permainan kad
Domino, kad Lipat, Kad Tingkap, Tarsia, Kad Ayat, Kad Bacaan, Kad Padanan dan Peta Bingkai.
Setiap penyediaan bahan berasaskan Konstruk 1-8. Dilengkapi dengan aksesori watak animasi
Ejen Ali yang merupakan watak animasi yang popular di Malaysia yang banyak menerapkan
unsur-unsur positif dalam penceritaan wataknya. Diselangi lagu Ejen Ali ,lampu LED dan hiasan
yang amat menarik minat murid.
Cara penggunaannya ialah murid akan memutarkan roda dan apabila roda berhenti,anak panah
akan menunjukkan nombor sampul yang perlu diambil..Setelah selesai setiap kad di dalam
sampul, lampu akan terpadam menandakan murid tersebut telah selesai tugasan pertama.

iii.        SELEPAS PERLAKSANAAN INOVASI


“F-Mobile” ini telah memberi impak yang besar bagi murid yang tidak mempunyai minat belajar
dan kurang memberi tumpuan semasa PdPc. Juga disebabkan faktor saiz kelas yang kecil.  Murid-
murid bersungguh-sungguh untuk mengikuti pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas
Bahan inovasi ini telah diaplikasikan pada murid Linus dan murid Pemulihan Sk.Binjai,Kemaman
dan telah digunakan semasa Kem Smart 3M yang melibatkan semua murid pemulihan di
Terengganu. Merujuk rajah 3.0 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dan menunjukkan
pengurangan bilangan murid Linus/pemulihan dalam lingkungan 70-80%
     Jadual  1.0
Faedah-Faedah Hasil Inovasi
Faedah-faedah hasil inovasi Butiran
Pengurangan kos operasi - Bahan boleh dipelbagaikan.
- Boleh digunakan sama ada secara individu
atau 
  Kumpulan
Penjimatan masa - Dari segi pelaksanaan PdPc
- Kompilasi pelbagai bahan dalam satu sesi
   pelaksanaan aktiviti
Peningkatkan Hasil Kerja Sila rujuk Rajah 2.0.
Peningkatan tahap kepuasan hati Sila rujuk Jadual 5.0 pada lampiran.
pelanggan
Mudah dibawa - Beg bagasi boleh dibawa ke mana-mana
sahaja
   tanpa had kawasan
- Saiz yang tidak membebankan pengguna

Tidak dapat membelinya di Tidak akan terjumpa di pasaran


pasaran

KOS INOVASI
Jadual 2.0 menunjukkan kos keseluruhan bagi inovasi “F-Mobile”.
Kos Produk  “F-Mobile”
BAHAN-BAHAN KOS HARGA SEUNIT (RM)
1. Beg bagasi terpakai 0.00
2. Plastik laminate 5.00
3. Kain Felt 2.20
4. Straw board 5.00
5. Gam / hot glue 2.20
6. Kertas A4 warna 2.20
7. Aksesori 2.20
8. Lampu LED 10.00
JUMLAH 30.00
Oleh itu, kami menetapkan harga RM 30.00 sahaja untuk satu set bahan “F-Mobile” menjadikan
bahan ini mampu dimiliki oleh semua orang. Jadi, harga ini tentulah mampu dibina atau dibeli.
KESIMPULAN
Secara konklusinya, penggunaan “ F-Mobile ”  telah berjaya meningkatkan kemahiran peserta
kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan bahan inovasi ini, peserta
kajian lebih mudah untuk menguasai kemahiran membaca. Diharapkan penggunaan alat ini dapat
terus dikembangkan dan memberi manfaat kepada lebih banyak peserta-peserta di sekolah pada
masa yang akan datang.

You might also like