You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING


31920 KAMPAR
PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sek.: ABA0016
No.Tel : 05-4789326

“ PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”


Tarikh : 17 JANUARI 2022

Kepada
Semua Ibu Bapa Murid,
Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning,
31920 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan / Puan,

KUTIPAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Agung Kali Ke-32 pada 19hb September 2021 yang lalu, pihak
PIBG SK Ayer Kuning ingin memaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah memberikan
kelulusan kepada pihak sekolah untuk menjalankan kutipan sumbangan kepada PIBG bagi tahun 2021.

3. Jumlah sumbangan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung tersebut ialah sebanyak RM30.00
untuk satu keluarga.

3. Sehubungan itu, ibubapa boleh membuat bayaran kepada guru kelas anak tuan/puan bermula hari ini
17hb Januari sehingga 25hb Februari 2022.

4. Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK KOMUNITI”

Saya yang menurut perintah,

(MUHAMMAD AZMIN BIN MD KAMBALI)


Setiausaha PIBG ,
Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning.

You might also like