You are on page 1of 6

SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB

17510 TANAH MERAH


KELANTAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(BERMASALAH PEMBELAJARAN)

TAJUK :
KERTAS KERJA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI
PENDIDIKAN KHAS SESI 2018

TEMPAT:
RESTORAN SYAM, KOTA BHARU

TARIKH:
18 NOVEMBER 2018

HARI:
AHAD
1.0 PENDAHULUAN

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pendidikan Khas Sesi 2018 digabungkan
dengan aktiviti hari keluarga bagi meraikan murid, ibu bapa dan guru PPKI SMKTSMY yang
telah bertungkus lumus menjayakan setiap aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun 2018.
Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPD mahupun JPN telah diikuti dengan jayanya oleh
murid dengan bantuan serta sokongan guru-guru dan juga ibu bapa. Penganjuran program ini
sebenarnya merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama
antara semua warga PPKI SMKTSMY. Pengisian dalam program kali ini meliputi
pertandingan bowling, anugerah kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta anugerah
khas kepada pelajar yang aktif. Disamping itu juga, jamuan makan tengah hari yang
melibatkan semua warga PPKI SMK Tan Sri Mohamed Yaacob bersama pihak pentabdir
menjadikan majlis ini lebih meriah dan muhibah.

2.0   OBJEKTIF

1. Memberikan ruang kepada warga Pendidikan Khas SMK Tan Sri Mohamed Yaacob untuk
melakukan aktiviti bersama.
2. Meraikan murid-murid yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
3. Menyemarakkan semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati.
4. Menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
5. Mewujudkan persefahaman di antara warga Pendidikan Khas SMK Tan Sri Mohamed
Yaacob sekaligus dapat mewujudkan ‘team work’ yang kuat.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Ibu bapa/penjaga, pihak pentadbir, guru dan murid PPKI SMK Tan Sri Mohamed Yaacob

4.0 PERINCIAN PROGRAM

Tarikh : 18 November 2018 (Ahad)

Tempat : KB Mall & Restoran Syam Bungaraya, Kota Bharu


5.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Haji Shaari Bin Daud


(Pengetua SMKTSMY)

Timb. Pengerusi : Pn. Hajjah Nora’in Binti Mustapa


(Penolong Kanan Pentadbiran SMKTSMY)

Naib Pengerusi 1 : En. Adam Bin Jusoh


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKTSMY)

Naib Pengerusi 2 : En. Nik Mohd Tajuddin Bin Nik Ab Majid


(Penolong Kanan Kokurikulum SMKTSMY)

Penyelaras PPKI : En. Mat Nasir Bin Ismail


(Penyelaras SMKTSMY)

Pengarah Program : En. Che Roni Bin Mat

Setiausaha : Pn. Rosparizan Binti Saimi

Bendahari : Pn. Liza Binti Musa

AJK Permainan : En. Mohd Amin Bin Hussain


Bowling

AJK Persegaran : Pn. Rahani Binti Zakaria

AJK Pengangkutan : En. Mohd Amin Bin Hussain

AJK Hadiah : Pn. Mimi Aspahani Binti Hamat


Pn. Liza Binti Musa
Pn. Siti Aisah Binti Makhtar

Pengacara Majlis/ : Haji Che Roni Bin Mat


Pembaca Doa : Muhammad Syahmi Bin Noruddin
Wan Mohamad Muzzamilsyah Bin Sapri
Nurul Balqis Binti Ismail

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA ANGGARAN (RM) JUMLAH (RM)

1. SUMBER

Pcg Pendidikan Khas 2500.00 2500.00

2. PERBELANJAAN
Persegaran 250.00 x 10 hidangan 2500.00
Hadiah 600.00 600.00
Sewa Gelanggang Bowling 200.00 200.00

JUMLAH 3300.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN


8.00 pagi Pendaftaran Che Rosparizan bt Saimi

8.30 pagi Bertolak ke KB Mall

9.00 pagi Pembahagian kumpulan bowling Mimi Aspahani bt Hamat

11.00 pagi Permainan selesai

12.00 t/hari Ketibaan Dif Jemputan Liza bt Musa

12.10 t/hari Bacaan Doa Muhammad Syahmi

12.15 t/hari Ucapan Alu aluan dari Penyelaras Mat Nasir b Ismail

12.20 t/hari Ucapan Pengetua

Penyampaian hadiah :-
1. Anugerah Kecemerlangan Akademik Mimi Aspahani b Hamat
2. Anugerah Kecemerlangan Mohd Amin b Hussain
Kokurikulum Siti Aisah Bt Makhtar
3. Cabutan bertuah

12.30 tengahari Persegaran


Ustazah Rahani

Semua guru, murid dan ibu


1.30 tengahari Berkemas/bersurai
bapa

8.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
dan muhibah di kalangan warga PPKI SMKTSMY , di samping dapat memberi penghargaan
kepada murid serta ibu bapa mereka.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………… ………………………..
Che Roni Bin Mat Mat Nasir B Ismail
Pengarah Program Penyelaras PPKI
Majlis Kecemerlangan SMKTSMY
Dan Jamuan Akhir Tahun

Disahkan oleh:

…………………..
Shaari B Daud
Pengetua
SMKTSMY

You might also like