You are on page 1of 13

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah

berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat


(MARA).

Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian


Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini
diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam
melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan
pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan
cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

1
SISTEM PENDIDIKAN MRSM

PROGRAM BANTUAN & KEBAJIKAN MRSM


SENARAI PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MRSM

MRSM PROGRAM PREMIER

MRSM PROGRAM IGCSE

MRSM PROGRAM ULUL ALBAB

MRSM PROGRAM TEKNIKAL

MRSM PROGRAM IB - MYP

MRSM PROGRAM BITARA

3
TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

MRSM PROGRAM PREMIER

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum


kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar
di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM),
Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

LOKASI MRSM :
• MRSM BATU PAHAT, JOHOR • MRSM FELDA TROLAK, PERAK
• MRSM MERSING, JOHOR • MRSM GERIK, PERAK
• MRSM MUAR, JOHOR • MRSM LENGGONG, PERAK
• MRSM BALING, KEDAH • MRSM PASIR SALAK, PERAK
• MRSM MERBOK, KEDAH • MRSM PENGKALAN HULU, PERAK
• MRSM PDRM KULIM, KEDAH • MRSM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
• MRSM PENDANG, KEDAH • MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG
• MRSM JELI, KELANTAN • MRSM BETONG, SARAWAK
• MRSM KUALA KRAI, KELANTAN • MRSM KUCHING, SARAWAK
• MRSM PASIR TUMBOH, KELANTAN • MRSM MUKAH, SARAWAK
• MRSM TERENDAK, MELAKA • MRSM KOTA KINABALU, SABAH
• MRSM SERTING, NEGERI SEMBILAN • MRSM TUN MUSTAPHA, SABAH
• MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG • MRSM BESUT, TERENGGANU
• MRSM TUN GHAZALI SHAFIE, PAHANG • MRSM KUALA BERANG, TERENGGANU
• MRSM ARAU, PERLIS • MRSM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
• MRSM BESERI, PERLIS

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan
MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2
Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

4
TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM IGCSE

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)


menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum
khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum


antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum
yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman
pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun
tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

LOKASI MRSM :
• MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR • MRSM KUANTAN, PAHANG
• MRSM KUBANG PASU, KEDAH • MRSM TUN ABDUL RAZAK, PAHANG
• MRSM LANGKAWI, KEDAH • MRSM PARIT, PERAK
• MRSM TUMPAT, KELANTAN • MRSM KOTA KINABALU, SABAH
• MRSM ALOR GAJAH, MELAKA • MRSM KUCHING, SARAWAK
• MRSM KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN • MRSM KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh
MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

5
TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM ULUL ALBAB

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang
bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan
sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

LOKASI MRSM :
• MRSM KOTA PUTRA, TERENGGANU
• MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
• MRSM KEPALA BATAS, PULAU PINANG
• MRSM SUNGAI BESAR, SELANGOR
• MRSM SEMPORNA, SABAH
• MRSM ATM BERA, PAHANG
• MRSM BAGAN DATUK, PERAK

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online, wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan
MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh
MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

6
TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM TEKNIKAL

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum


kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains


Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan
Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan
Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

LOKASI MRSM :
MRSM BENTONG, PAHANG

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online, wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan
MRSM (UKKM) dan Ujian Teknikal
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh
MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

7
TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM IB -MYP


MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara
kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan
mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Years Programme
yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan
serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti
sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas
dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires),
berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir
(thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators),
mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk
taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).

LOKASI MRSM :
• MRSM TUN DR ISMAIL, JOHOR
• MRSM BALIK PULAU, PULAU PINANG
• MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN SABAH

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh
MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

8
TINGKATAN 4

MRSM PROGRAM BITARA

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum


kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai


pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan
pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modi ikasi kurikulum melalui pendekatan


pemadatan, pelebaran dan pendalaman (compacting, breadth and depth)
bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

LOKASI MRSM :
• MRSM TAIPING, PERAK
• MRSM TUN GHAFAR BABA, MELAKA
• MRSM PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh
MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

9
BANTUAN KEWANGAN MARA
BANTUAN KEWANGAN

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga


berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang
ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan
tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

1. PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN (BUDI)

Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan


kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan
kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman
(WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan pelajar
seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan
serta keperluan asas asrama.

2. PEMBERIAN WANG SAKU (WS)

Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA
kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM.
Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

3. PENGECUALIAN BAYARAN WANG CARUMAN (WC)

Pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) diberikan kepada pelajar B40 yang
berkelayakan sepanjang tempoh pengajian di MRSM. Pengecualian ini tertakluk
kepada syarat yang ditetapkan.

11
M A J L I S A M A N A H R A K YA T

You might also like