You are on page 1of 86

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENTAKSIRAN 1
KULIAH 5:
GAYA PEMBELAJARAN DAN
GAYA PENGAJARAN
Pensyarah Kursus;
Ts. Dr. Che Ghani Haji Che Kob
Pensyarah Kanan
Jabatan Teknologi Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UPSI
Tel: 05-4806134 / 019-3876048
Email: cheghani@fptv.upsi.edu.my
Pensyarah yang saya suka dan
tidak saya suka kalau…… ?
 Saya suka pensyarah mengajar
kalau………..
1. ……
2. ……
3. ……
 Saya tidak suka pensyarah mengajar
kalau…….
1. ……
2. ……
3. ……
Apa rungutan pelajar?
(Kajian Gaya Pembelajaran Pelajar Berpencapaian Tinggi di PSP
– Dr. Che Ghani 2014)

1. Pensyarah macam marah je bila banyak bertanya…


2. Pensyarah tak jawab soalan bila ditanya…
3. Pensyarah selalu kata ‘saya tak mahir sangat kursus ni… kita sama-sama belajarlah…’
4. Asyik lecture je.. Baca nota je… Tak de aktiviti pun….
5. Pensyarah terlalu OBE la… bila kelas asyik buat group discussion je… tapi tak mengajar
pun…
6. Pensyarah suka syok sendiri laa…
7. Saya tak suka laa kerja kumpulan… selalu saya buat sorang je…
8. Sikit-sikit je presentation… pensyarah tak komen pun apa kami present….
9. Pensyarah tak bagi nota lengkap susah nak study… kalau minta macam kena marah je…
10. Kelas mengantuk, boring, pensyarah strait, takde lawak-lawak pun…
11. Pensyarah asyik cerita luar je tak de kaitan dengan kursus…
12. Pensyarah tak bagi penjelasan terperinci laa… kami terpaksa study sendiri semula…
13. Saya tak suka pensyarah tanya saya soalan… saya takut… Saya malu…
14. Pensyarah hanya bagi pendapat je… takde pun contoh-contoh berbentuk fakta…
15. Pensyarah ajar teori je… tak kaitpun dengan kehidupan sebenar… kami pun tak tahu kat mana
kami nak guna….
16. Bila mengajar asyik ulang benda sama je… kalau bagi contoh asyik contoh sama je…
17. Saya lebih suka pensyarah yang guna powerpoint ke.. Video ke… senang nak faham
18. Ada pensyarah yang tak habis ajar… pastu suruh kami belajar sendiri… leceh ler…
19. ………
Keluhan….
“Adoiii… kuciwa sangattt… soalan
senang ja punnn… budak ni mmg tak
study la… nak kata Cik Is tak ajar…
tak tau la.. dok ulang benda yang sama
lima nam kali… nota ppt pun bagi…
kelas lagi satu ok ja…”

 Komen Pensyarah?
 Komen Pelajar?
Gaya Pembelajaran :
• Gaya pembelajaran melibatkan kognitif, afektif
dan psikomotor yang di tanggap dan dikaitkan
oleh pelajar serta tindak balas mereka dengan
persekitaran;
• Gaya pembelajaran adalah cara seseorang
individu berinteraksi dengan maklumat;
• Gaya pembelajaran merupakan proses sepanjang
hayat, (Honey & Mumford; 1983).
MODEL-MODEL GAYA PEMBELAJARAN

Dimensi Personaliti

•Fokuskan tentang cara pelajar berinteraksi di bilik kuliah


•Pengaruh personaliti dalam pendekatan pelajar untuk mendapat maklumat dan menggunakan maklumat
tersebut
•Model Myer-Briggs Type Indicator (1978) – extraversion/introversion, sensing/intuition,
thinking/feeling dan jugging/perceiving
•Model Herman Wilkin (1999) – Field Independence/dependence

Dimensi Pemprosesan Maklumat

•Menilai pendekatan intelek yang diberi keutamaan untuk percambahan malumat


Pelbagai •Menghuraikan proses bagaimana maklumat diperolehi, disusun, disimpan, dan digunakan
•Model Pembelajaran Kolb (1975) – menekankan kepada bagaimana maklumat diproses (pengalaman
perspektif dan konkrit, abstrak, aktif dan reflektif)
dimensi gaya •Model Pembelajaran Felder-Silverman (1988) – menekankan kepada empat dimensi kognitif iaitu Input
pembelajaran (visual/verbal), Pemprosesan (aktive-reflektive), Persepsi (sensing/intuitive) dan Kefahaman
(sequential/global)

Dimensi Interaksi Sosial

•Menjelaskan bagaimana pelajar berinteraksi sosial dalam bilik kuliah


•Model Grasha-Reichman (1974) – menekankan kepada cara pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan
rakan sebaya dalam suasana pembelajaran

Dimensi Pelbagai

•Kecederungan kepada cara pengajaran dan persekitaran yang mendorong kepada proses pembelajaran
yang dipilih oleh pelajar
•Model VAK – Visual, Auditori dan Kinestatik
•Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978) – Persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan
psikologikal
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1978)

Bunyi Cahaya Suhu Rekabentuk


Persekitaran

Motivasi Kecekalan Tanggungjawab Struktur


Emosional

Rakan Kendiri Berpasangan Berkumpulan Dewasa Perlbagai


Sosiologikal Sebaya

Persepsi Indera Makan Minum Masa Mobiliti


Fizikal

Global Otak Gerak Hati


Analitik Refleksi Diri
Kiri/Kanan
Psikologikal
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1978)

1. Terdapat pelajar yang memerlukan bunyi-bunyian seperti muzik, percakapan dan


sebagainya di persekitaran pembelajaran mereka dan ada pula pelajar yang suka
belajar dalam suasana yang sunyi.
2. Kadar cahaya semasa belajar memberikan kesan yang berbeza kepada individu
yang berbeza dan terdapat pelajar sangat sensitif terhadap cahaya.
3. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran.
Ada pelajar merasa pembelajaran lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam
suasana nyaman dan berhawa dingin dan ada pula pelajar yang tidak dapat
menumpukan perhatian dalam suasana yang sejuk hawa dingin.
4. Terdapat pelajar yang sukakan suasana pembelajaran secara formal manakala
terdapat juga pelajar yang sukakan sebaliknya. Pelajar yang gemar belajar dalam
keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran
mereka seperti sebuah meja dan kerusi. Bagi pelajar yang suka belajar di tempat
informal misalnya sebuah kerusi berkusyen, katil atau bersila di lantai merasakan
lebih selesa.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1978)

1. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan
menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan
mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat .
2. Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar belajar
dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu
menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Ada
segelintir pelajar yang mudah hilang minat serta berasa bosan terhadap pembelajarannya
kerana mereka hanya mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang pendek
sahaja.
3. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa
melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri. Namun begitu, terdapat juga pelajar
mengabaikan dan tidak akan menyiapkan kerja dengan baik.
4. Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan,
namun begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas. Dunn & Dunn
(1978) mendefinisikan struktur sebagai suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk
melaksanakan kerja dan menyiapkan tugasan. Pelbagai jenis struktur yang berbeza yang
diambil oleh pelajar bergantung kepada cara belajar setiap individu dan kebolehannya
membuat keputusan.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1978)

1. Terdapat sesetengah pelajar yang gemar belajar bersama-sama dengan rakan sebaya
untuk mendapat maklumat atau sebarang penyelesaian masalah pembelajaran yang
sukar difahami. Namun begitu terdapat juga sesetengah lebih gemar belajar
bersama-sama dengan Orang dewasa sebagai tempat untuk mereka menyoal atau
mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Pelajar-
pelajar akan lebih cenderung memilih guru atau orang dewasa untuk belajar.
2. Terdapat sesetengah pelajar lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu
gangguan sewaktu mereka belajar. Mereka lebih selesa bersendirian berbanding
belajar bersama rakan sebaya kerana kurang gemar membuang masa untuk
bercakap sesama rakan menyebabkan tidak dapat menumpukan terhadap pelajaran.
Terdapat juga sesetengah pelajar yang lebih gemar belajar bersama pasangan karib
atau individu yang paling rapat dengannya. Mereka akan merasa lebih mudah
berinteraksi secara dua hala apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Selain dari itu terdapat sesetengah pelajar yang sukakan pembelajaran secara
berkumpulan di mana melebihi dari dua orang ahli kerana mudah untuk membuat
rujukan jika terdapat sebarang masalah dalam pembelajaran.
3. Terdapat juga sesetengah pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai
dan memilih cara pembelajaran mengikut kesesuaian yang dikehendaki sama ada
secara kendiri, rakan sebaya, berkumpulan dan dewasa.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1978)

1. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat


informasi iaitu secara visual, auditif, tactual dan kinesthetic. Belajar secara auditif akan
membantu pelajar melalui pengeluaran bunyi, belajar secara visual ialah belajar
melalui pengamatan kepada ilustrasi dan gambar, .belajar tactual adalah pembelajaran
melalui sentuhan dan kinesthetic pula adalah pembelajaran melalui melakukan aktiviti
fizikal dan gerak kerja.
2. Terdapat sesetengah pelajar yang belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka
dapat makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat
dikurangkan melalui makan dan minum. Manakala terdapat pelajar yang kurang gemar
makan sewaktu belajar tetapi akan makan selepas belajar kerana bagi mereka makan
dan minum akan mengurangkan daya tumpuannya semasa menjalankan aktiviti
pembelajaran.
3. Waktu belajar memainkan peranan yang penting membantu pelajar sama ada berasa
lebih segar apabila belajar di waktu pagi atau pada waktu malam.
4. Terdapat pelajar yang gemar beralih tempat duduk sekiranya belajar bagi suatu tempoh
masa yang lama. Mereka perlu melakukan sedikit pergerakan dalam proses
pembelajaran tersebut, misalnya bergerak untuk mendapatkan makanan, minuman,
berpindah ke tempat lain bagi meneruskan pembelajaran.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1978)

1. Pelajar analitik melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap
aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu
perkara sahaja dalam satu masa. Berlainan pula dengan pelajar global kerana pelajar
ini akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka.
2. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri (HOKI) dan otak kanan
(HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi gaya pembelajaran setiap
individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa,
matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan pula berfungsi
dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.
3. Pelajar yang berkecederungan kepada pembelajaran bersifat refleksi ialah pelajar
yang suka belajar dengan cara berfikir, dengan erti kata lain menggunakan kemahiran
berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala terdapat juga pelajar
sebaliknya yang lebih meniru tanpa perlu banyak berfikir.
4. Gaya pembelajaran yang mengandungi unsur gerak hati merujuk kepada mood atau
keadaan hati seseorang pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika
keadan hatinya baik pada hari itu, maka pelajar ini akan memberikan tumpuan dan
belajar dengan tekun tetapi jika sebaliknya, pelajar akan belajar sambil lewa,
berangan-angan dan tidak memberikan tumpuan kepada pembelajaran.
Gaya Pembelajaran
Dunn dan Dunn
Dikembangkan berdasarkan prinsip berikut :
• Semua individu memiliki keupayaan untuk
belajar;
• Setiap individu memiliki gaya pembelajaran
yang tersendiri;
• Gaya pembelajaran individu akan bertindak
balas dengan suasana, sumber dan pendekatan
pembelajaran dan pembelajaran;
• Proses pembelajaran boleh dioptimumkan
apabila iklim pengajaran dan pembelajaran,
sumber dan pendekatan bersesuaian dengan corak
pembelajaran.
Gaya Pembelajaran
Felder – Silvermann :
Sub-dimensi
Dimensi Sensing – melihat maklumat melalui organ deria.
Lebih praktikal, selesa dengan fakta dan
pemerhatian, suka belajar dalam suasana sebenar
Persepsi
Intuitive – cenderung kepada perkara abstrak,
melihat maklumat melalui ingatan, refleksi dan
imaginasi. Lebih imaginatif, cenderung kepada
konsep, teori, formula

Visual – memperolehi maklumat daripada imej


visual seperti gambar, graf, carta dan demostrasi
Model Input
Verbal – memperolehi maklumat daripada bahan
Model Gaya Pembelajaran verbal seperti bahan bertulis dan perkataan lisan
Felder & Silverman
(1988) Aktive – memproses maklumat dengan melakukan
aktiviti. Selesa belajar dalam kumpulan
Pemprosesan
Reflektive – memproses maklumat dengan
memikirkan sesuatu dan berkecederungan belajar
secara individu.

Sequential – memperolehi maklumat dan


mencapai kefahaman langkah demi langkah
mengikut urutan yang teratur
Kefahaman
Global – cenderung kepada gambaran holistik dan
menerima maklumat berasingan dan
menghubungkait maklumat
Apakah Gaya
Pembelajaran Anda?
(Model Gaya Pembelajaran
Felder & Silverman)
Indek Learning Style (ILS)
ILS mengandungi 44 item, pilih jawapan anda sama
ada jawapan “a” atau “b”. Sila pilih hanya satu
jawapan sahaja bagi setiap soalan.

Sila jawab semua soalan dengan jujur dan iklas supaya


ianya dapat memberi ketepatan mengenai penjelasan
tentang diri anda. Anda dinasihat supaya tidak
mengambil masa yang lama untuk membicarakan setiap
soalan.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan, pilih jawapan anda sama ada jawapan “a” atau “b”. Sila
pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Pemprosesan Persepsi Input Pemahaman


(Active / Reflective) (Sensing / Intuitive) (Visual / Verbal) (Sequential / Global)
Q a b Q a b Q a b Q a b
1 2 3 4
5 6 7 8
9 10 11 12
13 14 15 16
17 18 19 20
21 22 23 24
25 26 27 28
29 30 31 32
33 34 35 36
37 38 39 40
41 42 43 44
   
Pengiraan Gaya Pembelajaran Responden
Skor =  (a) –  (b)

Pemprosesan Persepsi Input Pemahaman


(Active / Reflective) (Sensing / Intuitive) (Visual / Verbal) (Sequential / Global)
Skor Skor Skor Skor
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 1: Saya lebih memahami sesuatu


selepas saya
a) mencubanya
b) memikirkannya secara mendalam
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 2: Saya lebih tepat dikenali sebagai


a) realistik (benar dan praktikal)
b) innovatif (memperkenalkan sesuatu cara
atau idea baru)
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 3: Apabila saya fikir apa yang telah


saya lakukan semalam, saya akan
memikirkannya menerusi
a) gambaran
b) perkataan
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 4: Saya lebih cenderung


a) memahami perincian sesuatu kursus
tetapi agak kabur terhadap keseluruhan
struktur kursus tersebut
b) memahami keseluruhan struktur kursus
tetapi agak kabur terhadap perincianya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 5: Apabila saya mempelajari sesuatu


yang baru, ia membantu saya untuk
a) bercerita mengenainya
b) berfikir mengenainya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 6: Jika saya adalah seorang guru, saya


lebih suka mengajar suatu kursus
a) berkaitan dengan fakta-fakta dan
situasi-situasi kehidupan sebenar
b) berkaitan dengan idea-idea dan teori-
teori
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 7: Saya lebih suka memperolehi


maklumat baru dalam berbentuk
a) gambar, gambarajah, graf, atau peta
b) bertulis, tersurat atau maklumat secara
verbal
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 8: Sekali saya telah memahami


a) semua bahagian, saya akan memahami
keseluruhan.
b) keseluruhannya, saya akan melihat
kesepadanan di antara bahagian-
bahagian tersebut.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 9: Dalam suatu kumpulan pembelajaran


yang sedang menyelesaikan sesuatu masalah
yang susah, saya lebih suka untuk
a) duduk bersama-sama dan menyumbang
idea-idea
b) duduk diam dan mendengarnya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 10: Saya dapati lebih mudah


a) mempelajari fakta-fakta
b) mempelajari konsep-konsep
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 11: Dalam sebuah buka yang


mengandungi banyak gambar dan carta, saya
lebih suka untuk
a) memerhatikan gambar-gambar dan
carta-carta dengan teliti
b) fokus kepada tulisan berbentuk teks
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 12: Apabila saya menyelesaikan


masalah matematik
a) saya sering menyelesaikan dengan cara
satu langkah dalam satu masa.
b) saya sering dapat meramalkan
penyelesaian tetapi selepas itu saya
perlu bergelut mencari jawapan langkah
demi langkah
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 13: Dalam kelas yang telah saya hadir


a) saya selalu dapat mengenali ramai
pelajar
b) saya jarang dapat mengenali ramai
pelajar
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 14: Dalam pembacaan yang bukan


bacaan fiksyen, saya lebih suka
a) sesuatu yang mengajar saya fakta-fakta
baru atau memberitahu saya bagaimana
melaksanakan sesuatu
b) sesuatu yang dapat memberitahu idea-
idea baru kepada saya untuk
memikirkannya.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 15: Saya suka guru-guru


a) yang meletakkan banyak gambarajah
atas paparan
b) yang menggunakan banyak masa dalam
penerangan
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 16: Apabila saya menganalisis sesuatu


cerita atau novel
a) saya akan memikirkan peristiwa-peristiwa
tersebut dan cuba menggabungkan mereka
untuk membentuk tema
b) saya hanya mengetahui tema-tema tersebut
apabila saya habis membaca dan kemudian
saya perlu membaca semula untuk mencari
peristiwa-peristiwa yang membuktikannya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 17: Apabila saya mula membuat kerja


rumah, saya lebih suka untuk
a) mula membuat penyelesaian dengan
segera
b) cuba memahami masalah dengan
sepenuhnya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 18: Saya lebih suka idea yang bersifat


a) sesuatu berbentuk kepastian
b) sesuatu berbentuk teori
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 19: Saya lebih mudah mengingati


a) apa yang saya lihat
b) apa yang saya dengar
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 20: Bagi saya adalah lebih penting


seseorang pengajar itu
a) menyusunkan bahan pengajaran secara
berturutan dengan jelas
b) memberi suatu gambaran keseluruhan
dan mengaitkan bahan-bahan tersebut
dengan subjek-subjek lain
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 21: Saya lebih suka belajar


a) secara berkumpulan
b) secara berseorangan
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 22: Saya lebih sesuai dikenali sebagai


orang yang
a) teliti terhadap perincian kerja saya
b) kreatif terhadap bagaimana saya
melakukan kerja tersebut
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 23: Apabila saya memerlukan petunjuk


arah ke sesuatu tempat yang baru, saya lebih
suka pentunjuk yang berbentuk
a) peta
b) tulisan dalam teks
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 24: Saya belajar


a) dengan kadar kemajuan biasa yang
agak manasabah. “Jika saya belajar
dengan bersungguh-sunggu, saya akan
dapat memahami apa yang dipelajari”
b) dalam keadaan baik dan bersedia. Saya
sungguh keliru dan tiba-tiba semuanya
menjadi jelas.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 25: Saya lebih suka pada mulanya


a) mencuba sesuatu
b) memikirkan bagaimana saya akan
melakukannya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 26: Apabila saya membaca untuk


keseronokan, saya suka penulis yang
a) menyatakan secara jelas apa yang
dimaksudkan
b) menyatakan sesuatu secara kreatif
dengan cara yang menarik
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 27: Apabila saya melihat sesuatu


gambarajah atau lakaran dalam kelas, saya
lebih cenderung untuk mengingat
a) gambarajah tersebut
b) apa yang dikatakan oleh pengajar
mengenainya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 28: Dalam mempertimbangkan


maklumat mengenai sesuatu bidang, saya
lebih cenderung untuk
a) fokus dalam perincian dan
mengabaikan gambaran keseluruhan
b) cuba memahami gambaran
keseluruhannya sebelum memahami
perinciannya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 29: Saya lebih mudah mengingati


a) sesuatu yang telah saya lakukan
b) sesuatu yang telah saya banyak fikirkan
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 30: Apabila saya perlu melakukan


sesuatu tugas, saya lebih suka untuk
a) menguasai satu cara perlaksanaan
b) memikirkan cara-cara baru untuk
melakukannya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 31: Apabila seseorang menunjukkan


suatu data kepada saya, saya lebih suka data
berbentuk
a) carta-carta atau graf-graf
b) teks yang merumuskan keputusan data
tersebut
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 32: Apabila menulis di atas kertas, saya


lebih suka
a) memikir atau menulis pada permulaan
kertas tersebut dan seterusnya
b) memikir atau menulis pada bahagian-
bahagian yang berbeza dalam kertas
tersebut lalu menyusunnya semula.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 33: Apabila saya perlu membuat projek


secara berkumpulan, pada awalnya saya akan
a) mengadakan percambahan pemikiran
berkumpulan, di mana setiap orang akan
menyumbang idea-idea.
b) mengadakan percambahan pemikiran
secara individu dan kemudian berkumpul
dalam kumpulan untuk menyumbangkan
idea-idea.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 34: Saya berpendapat bahawa pujian


yang tinggi untuk memanggil seseorang itu
a) wajar
b) berimiginatif
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 35: Apabila saya berjumpa dengan


orang dalam sesuatu majlis atau jamuan, saya
lebih cenderung untuk mengingati
a) bagaimana penampilan mereka
b) apa yang mereka katakan tentang
mereka sendiri
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 36: Apabila saya sedang belajar sesuatu


subjek yang baru, saya lebih suka
a) mengekalkan fokus saya terhadap
subjek tersebut dan belajar seberapa
banyak yang boleh
b) cuba untuk membuat perhubungan
antara subjek tersebut dengan subjek
yang lain.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 37: Saya lebih sesuai dikenali sebagai


seorang yang
a) suka bercampur gaul
b) tidak ramah
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 38: Saya lebih suka kursus yang


menekankan
a) bahan-bahan yang konkrit (fakta-fakta,
data-data)
b) bahan-bahan yang abstrak (konsep-
konsep, teori-teori)
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 39: Bagi menghiburkan diri, saya lebih


suka
a) menonton televisyen
b) membaca buku
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 40: Sesetengah pensyarah memulakan


kuliah mereka dengan mengariskan panduan
pengajaran yang mereka rangkumi. Garis
panduan tersebut adalah
a) agak bermanafaat bagi saya
b) sangat bermanafaat bagi saya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 41: Idea melakukan kerja rumah secara


kumpulan dengan diberikan satu gred untuk
semua ahli dalam kumpulan
a) menarik bagi saya
b) tidak menarik bagi saya
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 42: Apabila saya membuat pengiraan


yang panjang
a) saya lebih cenderung untuk mengulang
semua langkah kerja saya dan
menyemak kerja saya dengan teliti.
b) saya mendapati penyemakan kerja saya
adalah menjemukan diri dan saya perlu
memaksa diri saya untuk melakukan
penyemakan tersebut.
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 43: Saya lebih cenderung untuk


menggambarkan suatu tempat yang pernah
saya kunjungi dengan
a) mudah dan agak tepat
b) susah dan tidak berapa terperinci
Indek Learning Style (ILS)
Untuk setiap 44 soalan di bawah, pilih jawapan anda samada jawapan “a” atau “b”.
Sila pilih hanya satu jawapan bagi setiap soalan.

Item 44: Apabila menyelesaikan masalah


secara berkumpulan, saya lebih cenderung
untuk
a) memikirkan langkah-langkah
penyelesaian dalam proses
penyelesaian.
b) memikirkan akibat atau aplikasi yang
mungkin secara menyeluruh dalam
penyelesaian
INSTRUMEN KAJIAN INDEK LEARNING SYLE (ILS)

Dimensi dan Sub-Skala


Bilangan Item Item
Gaya Pembelajaran
Pemprosesan Q1, Q5, Q9, Q13, Q17, Q21, Q25,
Dimensi Sub-Skala Gaya 11
(active / reflective) Q29, Q33, Q37, Q41
Pembelajaran mengikut Persepsi Q2, Q6, Q10, Q14, Q18, Q22, Q26,
ILS 11
(Sensing / Intuitive) Q30, Q34, Q38, Q42
Input Q3, Q7, Q11, Q15, Q19, Q23, Q27,
11
(Visual / Verbal) Q31, Q35, Q39, Q43
Pemahaman Q4, Q8, Q12, Q16, Q20, Q24, Q28,
11
(Sequential / Global) Q32, Q36, Q40, Q44

Skor Tahap Sub-skala Gaya Pembelajaran


11 Active Sensing Visual Sequential
Tinggi
9 Active Sensing Visual Sequential
7 Active Sensing Visual Sequential
Sederhana
5 Active Sensing Visual Sequential
Tahap dimensi 3 Active Sensing Visual Sequential
sub-skala
ditentukan 1 Active Sensing Visual Sequential
dengan merujuk
Seimbang
-1 Reflective Intuitive Verbal Global
kepada nilai skor
yang di perolehi -3 Reflective Intuitive Verbal Global
-5 Reflective Intuitive Verbal Global
Sederhana
-7 Reflective Intuitive Verbal Global
-9 Reflective Intuitive Verbal Global
Tinggi
-11 Reflective Intuitive Verbal Global
DIMENSI PEMPROSESAN
Kekuatan Kekuatan
Gaya Active

Gaya Reflective
• Gemar belajar secara pratikal – • Belajar dengan cara berfikir
percubaan berulang kali mendalam
• Suka berfikir secara positif • Gemar mengumpul maklumat
• Suka bersaing dalam kelas pembelajaran
• Fokus dalam kelas • Gemar belajar kaedah kuliah
• Suka belajar berkumpulan • Mampu belajar dalam tempoh masa
• Suka bertanya dan ditanya yang lama
• Suka mencari kepuasan belajar • Suka belajar secara bersendirian –
suasana senyap
• Motivasi dalaman yang kuat
• Suka berkongsi pengetahuan baru Kekurangan
• Suka membantu dan bergaul • Tidak suka aktif dalam kelas - malu
Kekurangan • Mengelak dari bertanya dan ditanya
• Tidak suka belajar berkumpulan
• Mudah melakukan kesilapan • Tidak suka menerangkan
• Mudah kecewa jika tidak mendapat pengetahuan baru
jawapan • Tidak suka bergaul
• Sukar mengakui kelemahan diri • Suka belajar pada saat akhir
DIMENSI PERSEPSI
Kekuatan Kekuatan

Gaya Intuitive
Gaya Sensing
• Gemar berkaitan fakta • Gemar pembelajaran
• Gemar kepada perkaitan situasi berbentuk kreatif
kehidupan sebenar
• Belajar cara menghafal • Lebih suka subjek pengiraan
• Gemar kepada pengajaran berulang • Suka belajar lebih awal
• Suka kepada pensyarah yang suara • Belajar secara mobile
kuat dan jelas • Mudah menyesuaikan diri
• Teliti melaksanakan tugasan- dengan tugasan yang
tugasan
• Mementingkan kepuasan hasil kerja
diberikan
Kekurangan Kekurangan
• Belajar saat-saat akhir sebelum • Tidak suka kepada bahan
peperiksaan pembacaan yang banyak
• Kurang minat kepada subjek • Tidak suka menghafal
pengiraan
• Kurang teliti melaksana
tugasan
DIMENSI INPUT
Kekuatan Kekuatan
Gaya Visual

Gaya Verbal
• Suka kepada bahan pembelajaran
berbentuk gambarajah, carta, graf • Gemar pembelajaran yang
dan sebagainya tanpa perlu mengutamakan penjelasan
penjelasan yang panjang terperinci
• Lebih tumpuan kepada melihat dari • Gemar kepada bahan
mendengar
• Suka kepada bahan berkaitan
berbentuk pembacaan
dengan aplikasi sebenar • Gemar berkongsi
• Gemar kepada peta minda. pengetahuan dengan orang
• Gemar belajar berbentuk lain
demostrasi
• Gemar bertanya utk
Kekurangan perkongsian pengetahuan
• Tetap memerlukan penjelasan
walaupun bahan berbentuk visual
Kekurangan
• Kemahiran mendengar kurang • Memerlukan penjelasan
diamalkan
lengkap dan sokongan
bahan lain
DIMENSI PEMAHAMAN
Kekuatan Kekuatan
Gaya Sequential

Gaya Global
• Gemar pembelajaran berbentuk rawak
• Gemar pembelajaran berbentuk dan tidak mementingkan perancangan
tersusun dan berperingkat pembelajaran
• Gemar kepada subjek berbentuk • Gemar membuat perkaitan suatu
pengiraan – pembelajaran ikut pembelajaran dengan pembelajaran yang
peringkat lain
• Menyelesaikan masalah secara • Gemar pembelajaran dalam bentuk
aktiviti seperti lakonan, main peranan dsb
langkah demi langkah
• Gemar belajar perkara yang belum
diketahui
Kekurangan • Minat kepada subjek yang memerlukan
pemikiran mencapah
• Pembelajaran dalam lingkungan • Suka memilih kaedah tersendiri apabila
yang kecil secara berperingkat dan menyelesai masalah
akan faham setelah digabungkan • Mampu menangani tekanan belajar
keseluruhan pembelajaran dengan baik
• Sukar faham pembelajaran yang Kekurangan
tidak tersusun • Kurang serius dalam pembelajaran
• Sukar menyelesai masalah tanpa • Belajar apabila ada penilaian
panduan • Tidak gemar pembelajaran berulang
• Suka belajar saat-saat akhir
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR SECARA
KESELURUHAN

Secara keseluruhan gaya pembelajaran


pelajar cenderung kepada;

Visual (90.7%)
Active (76.2%)
Sensing (69.9%)
Sequential (63.6%)
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR MENGIKUT
JANTINA PELAJAR

Secara keseluruhan gaya pembelajaran


pelajar mengikut jantina;

Lelaki; Perempuan;
Visual (92%) Visual (90%)
Active (82%) Active (74%)
Sensing (67%) Sensing (71%)
Sequential (58%) Sequential (66%)
PERBEZAAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR
MENGIKUT JANTINA
Sisihan Tahap
Dimensi Jantina Min Nilai-t
Piawai Signifikan
Pemprosesan Lelaki 2.91 3.77
1.009 .314
(active/reflective) Perempuan 2.42 4.06
Persepsi Lelaki 0.80 4.07
-2.599 .010
(sensing/intuitive) Perempuan 2.05 3.87
Input Lelaki 6.01 3.80
2.120 .035
(visual/verbal) Perempuan 5.00 3.93
Pemahaman Lelaki 0.72 4.00
-1.782 .760
(sequential/global) Perempuan 1.55 3.74

Tidak terdapat perbezaan yang Terdapat perbezaan yang signifikan


signifikan bagi dimensi; bagi dimensi;

Pemprosesan (t=1.009; p>0.05) Persepsi (t=-2.599; p<0.05)


Lelaki (M=2.91; SP=3.77) – act/ref Lelaki (M=0.80; SP=4.07) – sen/int
Perempuan (M=2.42; SP=4.06) – act/ref Perempuan (M=2.05; SP=3.87) – sen/int

Pemahaman (t=-1.782; p>0.05) Input (t=2.120; p<0.05)


Lelaki (M=0.72; SP=4.00) – seq/glo Lelaki (M=6.01; SP=3.80) - visual
Perempuan (M=1.55; SP=3.74) – seq/glo Perempuan (M=5.00; SP=3.93) - visual
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR MENGIKUT
JABATAN PENGAJIAN

Secara keseluruhan gaya pembelajaran pelajar mengikut jabatan pengajian;

JKM; JKE; JTMK; JP;


Visual (93.9%) Visual (92.9%) Visual (90.6%) Visual (90.0%)
Active (84.8%) Active (75.0%) Active (75.0%) Active (75.3%)
Sensing (66.7%) Sequential (75.0%) Sensing (75.0%) Sensing (70.3%)
Sequential (57.6%) Sensing (64.3%) Sequential (53.1%) Sequential (64.4%)
PERBEZAAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR MENGIKUT
JABATAN PENGAJIAN
Gaya Pembelajaran Jabatan Sisihan Jumlah Min
Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut Darjah Nilai
Pengajian N Min Piawai Kuasa Kuasa Sig.
Jabatan Pengajian Kebebasan F
Dua Dua
DIMENSI JKM 33 3.78 3.27
PEMPROSESAN JKE 28 2.64 4.80
Dimensi Antara 59.48 3 19.82 1.251 .291
(active/reflective) Pemprosesan Kumpulan
JTMK 32 2.12 4.06 (active/ reflective) Dalam 5200.31 328 15.85
JP 239 2.43 3.95 Kumpulan
Keseluruhan 332 2.56 3.98 Jumlah 5259.79 331
Ujian DIMENSI PERSEPSI JKM 33 0.81 3.51 Dimensi Persepsi Antara 78.57 3 26.19 1.678 .172
(sensing/ intuitive) JKE 28 0.71 3.87 (sensing/ intuitive) Kumpulan
ANOVA JTMK 32 1.31 4.37 Dalam 5120.49 328 15.61
sehala JP 239 1.99 3.95 Kumpulan
Keseluruhan 332 1.70 3.96 Jumlah 5199.07 331
DIMENSI INPUT JKM 33 7.06 3.25 Dimensi Input Antara 130.33 3 43.44 2.874 .036
(visual/verbal) (visual/verbal) Kumpulan
JKE 28 4.78 4.19
Dalam 4959.05 328 15.11
JTMK 32 5.68 3.92
Kumpulan
JP 239 5.04 3.92
Jumlah 5089.38 331
Keseluruhan 332 5.28 3.92
Dimensi Antara 85.61 3 28.53 1.961 .120
DIMENSI JKM 33 0.03 3.67 Pemahaman Kumpulan
PEMAHAMAN JKE 28 2.21 3.54 (sequential/global) Dalam 4772.54 328 14.55
(sequential/global) JTMK 32 0.93 4.23 Kumpulan
JP 239 1.44 3.80 Jumlah 4858.15 331
Keseluruhan 332 1.31 3.83

Jabatan
Perbezaan Ralat 95% Aras Keyakinan
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi;
Pengajian Sig.
Min (I-J) Piawai
(I) (J) Had Bawah Had Atas Pemprosesan (F(3,328)=1.251; p>0.05)
JKM JKE 2.27 .99 .106 -0.30 4.85 Persepsi (F(3,328)=1.678; p>0.05)
JTMK 1.37 .96 .486 -1.11 3.86
Ujian Post JP 2.01* .72 .028 0.15 3.88
Pemahaman (F(3,328)=1.961; p>0.05)
Hoc JKE JKM -2.27 .99 .106 -4.85 0.30 Terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi;
JTMK -0.90 1.00 .807 -3.50 1.69
Turkey JP -0.25 .77 .988 -2.26 1.74 Input (F(3,328)=2.874; p<0.05)
HSD JTMK JKM -1.37 .96 .486 -3.86 1.11
JKE 0.90 1.00 .807 -1.69 3.50
JP 0.64 .73 .814 -1.24 2.53 Ujian Post Hoc Turkey HSD bagi dimensi Input
JP JKM -2.01* .72 .028 -3.88 -0.15 (p=0.028;p<0.05) antara pelajar JKM dan JP iaitu
JKE 0.25 .77 .988 -1.74 2.26
JTMK -0.64 .73 .814 -2.53 1.24
perbezaan skor min 2.01
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR

Korelasi
Gaya Pembelajaran Sig. (2-sisi) N
Pearson
Dimensi Pemprosesan
-.023 .678 332
(active/reflective)
Analisa Hubungan Korelasi
Dimensi Persepsi
Pearson Dengan -.004 .936 332
(sensing/intuitive)
Pencapaian Akademik
Pelajar Dimensi Input
.024 .662 332
(visual/verbal)

Dimensi Pemahaman
-.058 .293 332
(sequential/global)

 Tiada hubungan yang signifikan bagi semua dimensi gaya


pembelajaran dengan pencapaian akademik (PHNM) pelajar.

 Nilai indek korelasi juga bagi semua dimensi gaya pembelajaran


antara -0.04 hingga 0.024 dan ini menunjukkan hubungan yang
sangat lemah iaitu dibawah 0.20 dan boleh diabaikan.
Gaya Pembelajaran Kolb (1976) :
Gaya pembelajaran berdasarkan kepada bagaimanakah penerimaan dan
pemprosesan maklumat dan pengalaman yang diperoleh oleh seseorang
individu :
Pengalaman konkrit
(Concrete Experience)

Penyesuaian Pencapahan Pemerhatian


Pengujikajian
(Accommodator) (Diverger) Reflektif
Aktif
(Active (Reflective
Pemusatan Penyerapan Obsevation)
Experimental)
(Converger) (Assimilator)

Pengkonsepsian Abstrak
(Abstract Conceptualization)
Healey dan Jenkins (2002:2),
Lapan (8) kekuatan utama Teori Pembelajaran Kolb :
1. Memberi petunjuk terus kepada implikasi;
2. Mengarah kita untuk memastikan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran; memberikan rasional secara teori kepada apa yang
diamalkan oleh guru dan menunjukkan bagaimana memperbaiki amalan
tersebut (terutama untuk memastikan hubungan yang berkesan antara
teori dan aplikasi);
3. Menyatakan secara jelas kepentingan menggalakkan pelajar
melakukan refleksi dan memberi maklum balas untuk mengukuhkan
pembelajaran pelajar;
4. Menyokong dalam mewujudkan bilik kuliah yang peka kepada
pelbagai; Membuat kita menyedari bagaimana corak pembelajaran yang
berlainan digabungkan untuk pembelajaran yang berkesan;
5. Membuat kita menyedari bagaimana corak pembelajaran yang
berlainan digabungkan untuk pembelajaran yang berkesan;
6. Boleh di aplikasi terus kepada semua bidang;
7. Boleh digunakan kepada individu atau kumpulan;
8. Boleh di aplikasi secara meluas dari satu sesi kepada keseluruhan
program ijazah;
Gaya Pembelajaran
Grasha – Riechman :
• Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar diperingkat
pengajian tinggi.
• Mengenalpasti interaksi antara pelajar dan pensyarah dan
juga antara pelajar lain dalam proses pembelajaran yang
dilakukan.
Pengelakan
Bersandaran (Avoidance)
Penglibatan
(Dependence)
6 elemen (Involvement)
Grasha - Riechman
Tidak
Kerjasama
Bersandaran
Persaingan (Collaborative)
(Independence)
(Competition)
Gaya Pembelajaran Grasha – Riechman
dikatakan unggul kerana :

• Ia merupakan salah satu perolehan gaya pembelajaran


yang boleh mengukur gaya pembelajaran pelajar di
Institusi Pengajian Tinggi;
• Ia boleh digunakan untuk menggambarkan perbezaan
dalam gaya pembelajaran di antara pelajar
pengajian jarak jauh dengan kumpulan pelajar
tradisi;
• Ia boleh membantu fakulti mereka bentuk program
yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan pelajar;
• Ia membolehkan individu mempunyai semua atau
mana-mana di antara enam elemen; dengan demikian
ia memberi insentif untuk optimumkan pengunaan gaya
pembelajaran.
Rumusan Kepada
Gaya Pembelajaran……..
 Gaya pembelajaran bukan penentu kepada sesuatu
amalan yang buruk atau baik seseorang pelajar tetapi
lebih kepada tafsiran kekuatan dan kelemahan…
 Gaya pembelajaran boleh berubah dengan masa dan
persekitaran…
 Gaya pembelajaran boleh bersifat tinggi, sederhana dan
rendah…
 Pelajar mungkin mempunyai lebih dari satu gaya
pembelajaran tetapi tetap akan cenderung kepada satu
gaya pembelajaran tertentu..
Implikasi gaya pembelajaran dalam
pengajaran :
Gaya pembelajaran boleh mendatangkan implikasi
kepada pengajaran (Kauchak & Eggen : 1998) :
• Kaedah pengajaran yang pelbagai
– Pelajar belajar dalam kaedah yang berbeza;
– Pembelajaran yang lebih fleksibel
– Membuat guru lebih berkesan.
• Lebih sensitif kepada keperluan pelajar
– Guru sepatutnya lebih bertolak ansur / tolenrasi;
– Berusaha untuk memenuhi keperluan;
– Persekitaran kelas akan lebih seronok untuk pembelajaran
Kelebihan Mengetahui Gaya
Pembelajaran Pelajar……………..
 Kepada Guru
 Mudah untuk merancang P&P bagi meransang pelajar secara
optimum;
 Mengurangkan rasa terancam pelajar di dalam kelas – takut, malu,
rendah diri….
 Pembentukan ahli kumpulan aktiviti/tugasan/projek yang bersesuaian
– saling pelengkap;
 Bantu dan bina kekuatan motivasi pelajar berdasarkan kekuatan dan
kelemahan amalan pembelajaran – tugas pensyarah kursus, penasihat
akademik, ketua program…
 Kepada pelajar
 Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam pembelajaran –
selalunya pelajar lambat sedar dan tidak tahu meransang diri dalam
pembelajaran;
 Memilih rakan belajar berkumpulan yang sesuai;
Gaya Pengajaran :
• Kesenian pengajaran : menumpukan kepada cara mana
seseorang guru mengendalikan sesi pengajaran;
• Cara mana gaya ilustrasi dilakukan berdasarkan kaedah
yang digunakan.
• Mungkin seseorang guru mengunakan kaedah pengajaran
yang sama tetapi gaya seseorang individu lebih memberi
kesan terhadap pengajarannya dan membuat ia berbeza
antara satu sama lain.
• Pengukuran terhadap personaliti dan falsafah
seseorang guru akan mengambarkan gaya pengajarannya
(Jarvis, 2002)
• Gaya merupakan imej bagi keperibadian seseorang guru
(Eble, 1988).
Flanders (1970) memperkenalkan
tiga (3) jenis gaya pengajaran iaitu:

1. Gaya pengajaran secara langsung (direct


teaching style) – formal
• Tindakan ke atas pemerhatian perlakuan,
• Perancangan berdasarkan persekitaran,
• Corak kepimpinan autokratik;
• Pemusatan pada guru,
• Perlaksanaan secara syarahan.
Flanders (1970) memperkenalkan
tiga (3) jenis gaya pengajaran iaitu:
2. Gaya pembelajaran secara tidak langsung
(indirect teaching style) – pemusatan kepada
pelajar dan direka bentuk secara tak berarah;
– Bebas;
– Percaya bahawa pelajar mempunyai sifat ingin tahu
secara semula jadi kepada pembelajaran;
– Hubungan guru dan pelajar yang rapat;
– Mendorong perkembangan potensi pelajar;
– Tindak balas yang menarik daripada pelajar;
– Pelajar menentukan dan boleh membuat pilihan
sendiri apa yang mereka ingin pelajari;
Flanders (1970) memperkenalkan
tiga (3) jenis gaya pengajaran iaitu:

3. Gaya pembelajaran secara eklatik (electic


teaching style) – gaya pembelajaran dengan
menggabungkan pembelajaran secara langsung
dan tidak langsung
– Menggunakan kaedah secara langsung jika kaedah
tidak langsung tidak mendatangkan hasil.
– Lebih bersifat demokratik
– Guru yang mempraktikkan gaya pembelajaran ini
perlu mahir dalam kedua-dua kaedah iaitu langsung
dan tidak langsung
Bennet (1976) membahagikan gaya
pengajaran kepada dua (2) kategori:
• Gaya pengajaran formal (formal teaching style)
– Lebih mengutamakan kerja individu daripada kerja kumpulan;
– Guru menetapkan tempat duduk pelajar;
– Menghadkan pergerakan pelajar;
– Memberi penekanan kepada penilaian dan pencapaian sebagai
satu bentuk motivasi;
• Gaya pembelajaran informal (informal teaching style)
– Membenarkan pelajar bertindak bebas dan menentukan aktiviti
pembelajaran;
– Pelajar bebas memilih tempat duduk;
– Kepuasan diri lebih penting daripada penilaian dan pencapaian.
Cabaran dalam pengajaran
pendidikan teknik dan vokasional pada abad ke-21:
• Pengetahuan dan kemahiran teknologi baru;
• Pemahaman globalisasi;
• Pengetahuan terhadap pendekatan pengajaran sezaman;
• Kesediaan pelajar.
Sebahagian bidang yang perlu dipelajari :
(parkay and stanford; 1998)
• Kemahiran kerjaya;
• Kemahiran bahasa, matematik dan sains;
• Penyelesaian masalah, pemikiran kritikal dan kreatif;
• Berorientasi etika dan moral
• Kesihatan dan pendidikan
• Pembelajaran kearah kendiri sepanjang hayat
Latihan Pengajaran Dalam Kelas

1. Pilih satu topik mata pelajaran Kemahiran Hidaup


yang perlu diajar kepada rakan sekelas – set kan satu
objektif untuk dicapai
2. Pilih pendekatan pengajaran yang hendak digunakan
untuk mencapai objektif – sesuaikan dengan
kecenderungan gaya pembelajaran pelajar
3. Laksanakan pendekatan yang dipilih dan melayani
kecenderungan gaya pembelajaran pelajar
4. Maklum balas dari pelajar….

You might also like