You are on page 1of 2

7.

Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada


1957.

Pengenalan:
1. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan
2. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan
3. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu
perpaduan tiga kaum
4. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-
tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan
mentadbir Negara
5. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya

Isi:
1. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat Tanah Melayu
2. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada
1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan
Kuala Lumpur
3. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 1955
4. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan
5. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan
memenangi 51 kerusi
6. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan
ialah melalui kerjasama antara kaum
7. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti
8. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing
9. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan
kerajaan British
10. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat
Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu
11. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4
tahun semasa kempen pilihanraya
12. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu
13. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti
Perikatan dan British
14. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
15. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid.
Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
16. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan
yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja
17. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957

Kesimpulan:
1. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam
Sistem Ahli
2. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan
3. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan
penduduk Tanah Melayu

You might also like