You are on page 1of 39

QGJ 3063

SUKAN BERPASUKAN
KUMPULAN
(HOKI)
UPSI 28 (A141PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

IRENE WAY D20102040850 0139429898

NAMA TUTOR E –LEARNING: Encik Yusri bin Yakub

TARIKH SERAH : 21-11-2014

1
1.0 PENGENALAN

Permainan hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia
dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk para pelajar.
Hoki juga popular di sekolah menengah, kelab, maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Perkataan “hoki” adalah berasal dari Bahasa Perancis, iaitu “hoquet”, kemudiannya
diterjemaahkan dalam Bahasa Inggeris iaitu “hockey” dan Bahasa Melayu iaitu “hoki”.
Menurut pengetahuan am, bahawa hoki merupakan sejenis sukan atau permainan yang
dijalankan dalam bentuk berpasukan. Di kebanyakan negara, hoki adalah salah sejenis sukan
atau permainan yang agak popular di kalangan kaum lelaki mahupun wanita. Terdapat dua
jenis hoki yang dimainkan di negara-negara tertentu, iaitu hoki padang dan hoki ais.

Hoki dimainkan dalam bentuk perlawanan antara dua pasukan yang mengandungi 11
orang pemain termasuk seorang penjaga gol bagi setiap pasukan tersebut. Bola hendaklah
dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan
menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali
penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu. Permainan hoki memerlukan sebatang
kayu hoki dan sebiji bola yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti gambar rajah berikut:

Kayu Hoki Bola Hoki

Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk
mengarahkan bola hoki ke dalam gol pihak lawan. Satu perlawanan hoki rasmi dijalankan
dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa. Kemudiannya, masa rehat
bagi pemain-pemain adalah tidak melebihi 5 minit. Permainan hoki dimulakan dengan satu

2
tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki diadili oleh dua
orang pengadil mengikut semua undang-undang dan peraturan permainan d bawah kuasa
Lembaga Peraturan Hoki (HRB).

Gelanggang yang diperlukan untuk menjalankan permainan hoki adalah padang yang
mempunyai standard saiz ditetapkan. Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan
peranan utama dalam permainan ini. Berdasarkan ketetapan undang-undang dan peraturan-
peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur
yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata
dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini.

Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh
digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis
berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana di
atas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan
yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang
yang berumput panjang.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa hoki telah dikategorikan sebagai
sejenis sukan atau permainan yang lasak. Ia mudah mendatangkan kesan negatif atau keadaan
kecedaraan kepada para pemain sekiranya ia dijalankan dalam situasi yang tidak terkawal.

3
1.1 SEJARAH PERKEMBANGAN HOKI DI DUNIA

Berdasarkan catatan-catatan yang berkenaan, sejarah perkembangan hoki boleh


dikesani sejak berabad-abad yang terdahulu lagi. Permainan ini menggunakan kayu dan bola
yang kemudiannya dikatakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula
berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang
Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Salah satu dinding makam Bani Hasan di
Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang
menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar
tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris, Greece dan Rome berdasarkan
arca dinding yang telah ditemui.

Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia
diperkenalkan semula di England. Pada masa seketika itu, permainan ini adalah begitu
mengujakan serta menarik minat semangat kalangan masyarkat di negara itu. Tambahan lagi,
permainan demikian masih tidak mempunyai sebarang peraturan atau undang-undang yang
khusus serta cara pelaksanaan yang sistematik, maka pelbagai teknik dan kreografi terhasil
bagi menjadikan permainan ini lebih unik. Namun begitu, masih tertimbulnya masalah
kekecohan atau pergaduhan yang mendatangkan pertumbahan darah antara pemain-pemain
akibat kelemahan teknik permainan yang tidak tersusun dan peraturan-peraturan yang kurang
sistematik. Oleh yang demikian, pihak berkuasa British telah memperhentikan permainan
demikian.

Keadaan ini berterusan sehingga ia mula mendapat sambutan yang baik di negara-
negara seluruh dunia. Kemudiannua, ia dinamakan sebagai permainan hoki setelah undang-
undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama,
namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainan ini menapak bersaing

4
dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan
hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin
mengenalinya dan mempelajarinya.

Pada era baru sejak perkembangan permainan hoki di negara-negara seluruh dunia,
pihak berkuasa British mula menerima semula permainan hoki. Selain itu, permainan hoki
bukan sahaja dimainkan oleh golongan kaum lelaki sahaja, malahan kaum perempuan turut
berpeluang untuk melibatkan diri dalam permainan tersebut. Pasukan hoki yang pertamA
telah ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di
Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah
menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkenalkan
undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan
permainan yang terhad dan menggenakan hukuman kepada pemain yang melakukan
kesalahan.

Seterusnya, undang-undang permainan hoki digubal dan dikemaskinikan semula


dalam satu mesyuarat rasmi di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon
Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan
ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia.
Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat
dan beberapa negara Eropah.

Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan
pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam
sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada
Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan
hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.

5
Dengan kata lain, permainan atau sukan hoki telah menjadi salah satu acara sukan
yang begitu popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an
dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah
dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di
Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan
antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan
tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan.

Sukan hoki mempunyai satu perbadanan khas di peringkat dunia bagi menyelaraskan
dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan sukan hoki. Pada tahun 1924,
pertubuhan Persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria,
Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu,
permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi sukan ini
di peringkat antarabangsa.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta


peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik.
Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia,
Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara,
Kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan
Asia di Tokyo. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu dibawah
pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini,
pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM)
dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja
sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat
antarabangsa, antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia
Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan
hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak
tahun 1956.

6
1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Permainan hoki diperkenalkan ke Malaysia oleh askar dan kakitangan Inggeris yang
bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik
minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih
belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara
negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan.
Dari sehari ke sehari, bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat.
Kini, hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara ini. Semua
peringkat umur bermainnya samada lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan
hoki pertama melibatkan penduduk tempatan diadakan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan
penyelaras permainan ini di Malaysia. Pada tahun 1953, FIH telah menerima MHF sebagai
ahli gabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita
mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.

Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis


Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951
hinggalah kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) dan
beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri-negeri.
Piala ini dinamakan Piala Razak, sempena dengan nama beliau. Bagaimanapun pada tahun
1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Allahyarham Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi


perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk
memajukan permainan hoki di negara ini. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan
peringkat kebangsaan setiap tahun di bawah anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah
KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah. MHF juga menguruskan
perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan
India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun

7
1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan
dengan pasukan negara.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara. Ini kerana pada tahun itu
pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di
Melbourne, Australia. Malaysia menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang
mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala
Dunia yang mula diadakan pada tahun 1971.

Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana
Malaysia menduduki tempat ke empat. Manakala dalam Sukan Asia pasukan negara sering
menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada
negara yang mampu menggugat pasukan negara.

8
2.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap


kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Permainan hoki
satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan,
kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan
seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat
menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk
kreativiti dan gaya individual.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah
menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

9
2.1 MNEGELECEK

Kemahiran ini merupakan satu teknik kawalan bola dengan pergerakan pantas. Ia
menolong pihak lawan atau mengumpan pihak lawan keluar tanpa kehilangan bola. Ia juga
menolong membuka atau mewujudkan sudut-sudut hantaran bola. Ia membantu mengelakkan
hantaran kepada pemain sepasukan yang berada dalam keadaan Ofsaid. Kemahiran ini amat
penting apabila hendak mengatasi pihak bertahan tanpa kehilangan bola.

Kemahiran mengelecek terbahagi kepada tiga jenis, iaitu mengelecek longgar,


mengelecek rapat dan mengelecek Indian. Jadual berikut adalah ringkasan bagi kemahiran-
kemahiran mengelecek:

Jenis Maksud Mengelecek Butiran Mengelecek


Mengelecek

Mengelecek  Kemahiran menggelecek ini  Tangan kiri di hujung kayu hoki


Longgar (open / loose dribble) dengan belakang tangan menghadap ke
digunakan apabila pemain luar. Longgarkan sedikit pegangan
hendak menggerakkan bola tangan kanan.
 Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
dengan cepat.
dibengkokkan.
 Mata memandang bola ketika membuat
tolakan.
 Bola hoki harus berada disebelah
kanan dan di hadapan kaki kanan.
 Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Mengelecek Menggelecek rapat digunakan  Tangan kiri di bahagian atas kayu dan
Rapat apabila pemain hendak tangan kanan di bawah sedikit. Tangan
mengawal bola dengan rapi. Ia kiri memegang kayu dengan kuat
digunakan apabila pemain itu sementara tangan kanan membantu
tidak dapat memastikan keadaan mengawal bola saja.
atau situasi semasa bermain  Bola hendaklah sentiasa berada lebih

sama ada selamat atau tidak kurang 30-40 cm di luar kaki kanan.

10
untuk mendedahkan bola Bola hendaklah di hadapan badan.
tersebut kepada pemain lain. Sekirannya kedudukan bola terlalu
dekat ia akan mengganggu pergerakan
dan jika ia terlalu jauh akan menjadi
susah untuk mengawalnya.
 Badan dibongkokkan sedikit supaya
berada dalam keadaan selesa semasa
membawa bola. Gerakan kaki adalah
seperti seorang berjalan atau berdiri.
Kaedah ini menggalakkan seseorang
pemain bergerak dengan pantas
daripada gerakan biasa dan akan dapat
mengatasi kawasan permainan yang
lebih luas.
 Kayu pemain mesti menyentuh tanah
supaya ia dapat melihat kehadapan
semasa ia berlari dan menggelecek
bola.

Mengelecek Kemahiran ini sangat berguna  Tangan kiri memegang kayu di


Indian jika pemain hendak menukar bahagian atas. Muka kayu pandangkan
arah dari kanan ke kiri atau ke luar sambil buku jari tangan kiri
sebaliknya dan melalui cara ini pandangkan badan pemain. Tangan
pemain boleh melarikan diri kanan memegang kayu di bawah
daripada pihak lawan. sedikit. Tangan kiri memusing kayu
sambil tangan kanan membantunya
sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke
kiri oleh kayu dengan meluncur bola.
 Bola hendaklah berada lebih kurang
30cm di hadapan kaki kanan. Ia
kemudian ditolak ke kaki kiri dan
apabila bola sampai. Kayu
meluncurkan bola dan tariknya balik
kepada kaki kanan.
 Kedudukan kaki adalah kangkang dan

11
badan dibongkokkan ke hadapan
dengan bola lebih kurang 60cm di
depan. Pada awalnya gerakan bola dari
kanan ke kiri adalah secara perlahan
dan kemudiannya secara pantas. Jika
kaki kanan di hadapan maka bola
berada di kanan dan jika kaki kiri
bergerak ke hadapan maka bola ditarik
ke kiri juga.
 Seorang pemain harus ingat, bahawa
bola mestilah di hadapannya semasa
bergerak dan badan pula condong ke
depan. Kayu sentiasa berhampiran
dengan bola dan ini membolehkan
pemain mengawal bola pada setiap
masa.

2.2 MEMUKUL

12
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-
kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola
boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Ia merupakan kemahiran yang sangat kuat
antara kesemua strok hoki. Kelebihan strok ini ialah bola boleh digerakkan atau dihantar
dengan cepat dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.

Beberapa butiran mekanik perlu ditiberatkan semasa seseorang pemain itu membuat
pukulan atau hantaran bola, iaitu cara pegangan, cara berdiri, bola, hanyunan dan badan.

Butiran Keterangan
Mekanik

Pegangan  Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu


sementara tangan kanan di bawahnya. Kedua-dua “V” yang dibuat
dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari.
 Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke
belakang dan mengikut rentek ke hadapan diadakan.

Cara Berdiri  Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan
yang selesa. Letakkan bola lebih kurang 20 cm dari kaki kiri. Bahu
kiri ke arah gerakan atau pukulan. Pada masa hantaran atau pukulan
dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan
sedikit.
 Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri
lebih kurang 30° - 40°.

Bola  Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki
kiri.
 Sekirannya bola dalam kedudukan dekat sangat dengan kaki kiri,
kemungkinan pemain berkenaan memukul kakinya sendiri.
Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain
berkenaan.

Hanyunan  Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan


bawah dan ikut lajak.
 Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan
berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil
bola dipukul.

13
 Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola
bergerak ke tempat yang dituju.

Badan  Semasa kayu dihayunkan ke belakang, berat badan adalah sama rata
tetapi apabila kayu diturunkan ke bawah berat badan dipindahkan
dari kaki belakang ke kaki hadapan. Jari-jari kaki kanan menjadi
paksi.
 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut:
I. Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.
II. Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.
III. Kepantasan menurunkan kayu.
IV. Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.
V. Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu
bersentuhan dengan bola.

2.3 MENOLAK

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun


tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan
dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki
dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada
bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

14
Menolak adalah cara penghantaran yang paling pantas kepada seorang rakan. Sasaran
bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam
keadaan tertekan ia merupakan penghantaran yang paling selamat dan boleh dibuat dengan
mudah.

Butiran Mekanik Keterangan

Pegangan  Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara


kedudukan tangan kanan ialah 15-30 cm di bawah tangan
kiri.
 Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.

Cara Berdiri  Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau
target.
 Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberi
keseimbangan. Lutut dibengkokkan kayu supaya dapat
diletak berhampiran dengan bola.

Bola  Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih


kurang 30 cm dari kaki kiri atau lebih kurang 40-45 cm
apabila kedudukan badan bersudut tepat.

Badan  Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat


melihat bola dengan tepat.

Pelaksanaan  Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu hendaklah


Kemahiran berhampiran bola atau melekat dengan bola. Bola ditolak
dengan tangan kanan sambil tangan kiri menekan kayu ke
bawah. Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran.
 Hayunan kayu mengikut rentak adalah penting kerana ia
membantu menyentuh bola seberapa lama yang boleh.
Dalam perlaksanaan kemahiran ini seseorang individu
perlu memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki
kiri. Dengan koordinasi dan pergelangan tangan yang kuat
penolakan yang kemas dapat dilakukan.

15
2.4 MENYERKAP / MENAHAN BOLA

Menyerkap atau menahan bola merupakan satu kemahiran yang paling penting dalam
permainan hoki (memiliki bola). Pemain-pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola
di atas permukaan padang yang berlainan kerana permainan hoki dimainkan di atas pada
rumput dan juga astroturf. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan
menguasai dan dapat menentukan corak permainan.

16
Dengan kata lain, kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari
rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan
pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan
bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

Berikut adalah salah satu kemahiran merebut dalam kategori kemahiran asas
menyerkap bola:

I. Merebut (tackle)
Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawandengan cara
yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:
 Tackle jab
Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke
atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan
mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia
mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang
baik untuk melakukan tackle.

 Tackle forehand
Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan
semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu
dengan tangan kiri dihujung kayu dan tangan kanan di bahagian tengah kayu.

 Tackle reverse stick


Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain
pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan
dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain
penyerang berlari melepasi bola.

17
Butiran Mekanik Keterangan

Pegangan  Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara


tangan kanan di bawah sedikit.
 Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan
tangan kiri.

Cara Berdiri  Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit.
Muka kayu yang rata adalah selari dengan bola yang datang.
 Badan adalah bongkok sedikit agar individu itu sentiasa
berada dalam keadaan selesa. Keseluruhan anggota pemain
hendaklah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan
sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke atas.

Badan  Badan, kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan
arah datangnya bola.Kadangkala satu langkah ke hadapan
diperlukan untuk menyerkap bola.
 Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah kepentingannya juga
untuk menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu.
Semua pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam
kedudukan yang diperlukan dengan keberatan badan sentiasa
berpindah dari kiri ke kanan.
 Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri
ditegakkan sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit.
 Pemain-pemain dilarang membuangkan kayu ke arah bola.
Mereka mesti menerima bola dari beberapa arah khasnya dari
belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan.

18
3.0 PROSEDUR / ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS

3.1 Kemahiran Mengelecek

Mengelecek  Menggelecek mengikut garisan lurus.


Longgar  Secara individu, setiap pemain berdiri di hujung kawasan bermain
seperti di bawah.

 Dalam kumpulan, empat pemain sekumpulan, dua pemain daripada


setiap kumpulan berdiri di hujung kawasan bermain seperti di bawah:
 Pemain pertama menggelecek bola hoki kepada pemain kedua.
Kemudian pemain kedua menggelecek bola hoki kepada pemain
ketiga dan seterusnya.

 Pemain berbaris dalam pasukan masing-masing. Setiap


pemain menggelecek bola hoki ke skitel dan berpusing balik
ke tempat asalnya.

19

Menggelecek  Secara individu, menggelecek rapat di atas garisan lurus. Pada


rapat mulanya sejauh 2m, 3m dan kemudian 4m.
 Secara berpasangan, menggelecek rapat antara satu sama lain.
Latihan ini diulang beberapa kali.

 Seperti di atas, tetapi bola dihentikan di tengah jalan. Pada masa


berhenti, pemain dan bola berhenti dengan bola berada berhampiran
kaki hadapan dan kayu di atas bola.

berhenti

Menggelecek  Berdiri dengan kangkang, berlatih menggerakkan bola dari sisi ke


Indian sisi. Bola digerakkan selari dengan jari-jari kaki, tetapi jauh di
hadapan badan. Melatih menarik bola berturut-turut tanpa berhenti
dari sisi di hadapan anda. Kemudian, menggerakkan bola sambil
berjalan ke hadapan.
 Seperti di atas, tetapi berjalan ke hadapan sambil menggerakkan bola
ke hadapan menggunakan gelecekan “Indian”.
 Berlari di atas garisan lurus sambil menggelecek bola berturut-turut
dari sisi garisan. Reverse kayu hoki setiap kali membawa bola balik
dari sisi kiri.

garisan

3.2 Kemahiran Memukul

20
Individu  Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter.
 Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul.
 Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya.
 Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian
bolehlah bergerak satu langkah, dua dan tiga langkah seterusnya.

 Gunakan dua biji bola hoki.


 Memukul bola pertama dengan kuat.
 Memukul bola kedua, supaya bola itu bergerak separuh jarak bola
pertama. Tujuan latihan ini adalah untuk anda berasa pukulan kuat
dan mengawal pukulan untuk jarak tertentu.
 Jarak pukulan dilakukan sejauh 2m, 4m, 6m dan 10m.

Bola pertama
Bola kedua

 Membuat pukulan ke tengah dan pukulan gol mesti kuat, tepat dan
Berkumpulan dilakukan semasa bola bergerak.

 Menolak bola kemudian berlari dan memukul bola yang bergerak.

21
Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.
kemudian menolak bola ke dalam kawasan D, mengejarnya dan
memukul bola ke dalam gol.
 Secara berempat, A menolak bola ke B, B memukul bola ke C, C
menolak bola ke D dan D memukul bola ke A semula. Selepas 10
pukulan, A bertukar tempat dengan B manakala C dengan D
bertukar arah tempat.

A B

D C

 Secara berdua, berjarak 7m di antara pasangan yang menghadap arah


yang bertentangan, Pemain A menggelecek bola 5-8 langkah dan
memukul bola ke arah kiri kemudian berlari ke kedudukan asalnya.
Pemain B menerima bola, menggelecek 5-8 langkah dan memukul
bola ke arah pemain A, kemudian berjoging ke tempat asalnya.

A B

22
3.3 Kemahiran Menolak

Individu  Pemain menolak menggunakan kayu hoki tanpa menggunakan bola.


 Pastikan pemain memegang kayu hoki dengan betul.
 Pastikan badan, lutut dan bahu dalam kedudukan yang betul.
 Ulang aktiviti ini sehingga pemain melakukan perlakuan yang betul.

 Pemain menolak bola yang statik ke arah dinding.


 Pemain akan menolak ke hadapan, kiri dan kanan.
 Pastikan tolakkan dilakukan dengan mekanik yang betul.
 Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Berkumpulan  Pemain akan menolak bola kepada pasangan secara berhadapan.


 A akan menolak kepada B dan sebaliknya.
 Pastikan mekanik menolak dilakukan dengan betul.
 Ulang aktiviti ini beberapa kali.

 Tolakkan berganti-ganti secara berterusan dan bergerak ke tempat


baru.( 4 orang satu kumpulan ).
 Pemain A dan D berada di tempat yang sama.
 Pemain A menolak bola kepada pemain B dan menahannya. Pemain

23
A akan bergerak menuju ke tempat pemain B.
 Pemain B pula akan menolak bola kepada pemain C dan bergerak ke
tempat pemain tersebut.
 Tolak dan bergerak dijalankan selama 5 minit.
 Arah tolakan juga boleh ditukarkan.

24
3.4 Kemahiran Menyerkap / Menahan Bola

A akan menolak bola kepada B untuk menyerkap.


Kemudian B akan menolak bola kepada A pula untuk menyerkap.
Ulang aktiviti ini beberapa kali.

A meleretkan bola kepada B untuk menyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri.


B akan menolaknya pula kepada A untuk menyerkap.
Kemudian B pula akan menolak bola kepada A ke hadapan,kanan dan kiri untuk
menyerkapnya.
Ulang aktiviti ini beberapa kali.

A akan menolak bola dan B akan menyerkap bola tersebut.


B pula menolak kepada C untuk menyerkapnya.
C menolaknya pula kepada A.
Ulang aktiviti ini dan kemudian tukar arah.

4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN


25
Permainan atau sukan hoki merupakan sejenis aktiviti yang dikategorikan sebagai
sukan lasak dan berusur agresif berbanding dengan sukan-sukan yang lain seperti badminton,
bola jaring dan sebagainya. Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan
kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.
Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas
dahulu.

Manual latihan ini, berbentuk teknikal dan ansur maju serta tumpuan kepada kaedah
untuk merancang dan mengelolakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani atau
kejurulatihan. Manual ini juga memberi panduan kepada guru-guru yang mengendalikan
kelas ganti jika seseorang guru Pendidikan Jasmani menjalankan tugasnya di luar.

Beberapa aspek permainan hoki telah dirangkumkan di dalam manual ini, iaitu
daripada sejarah hoki, tujuan, objektif, kemahiran hoki (mengelecek, hantaran/pukulan,
menyerkap dan menolak), memanaskan badan, gerak kendur, aktiviti pemulihan, aktiviti
pengayaan dan permainan kecil.

5.0 PERALATAN-PERALATAN PERMAINAN HOKI

26
Menurut pengetahuan umum, bahawa setiap jenis sukan atau permainan mempunyai
keperluan peralatan-peralatan spesifik. Sepanjang proses permainan hoki, terdapat beberapa
jenis peralatan yang memainkan peranan yang sangat penting bagi melancarkan latihan
kemahiran asas mahupun perlawanan antara dua pasukan.

Antara peralatan-peralatan tersebut adalah seperti berikut:

Peralatan Keterangan
Sukan /
Permainan

Padang Hoki  Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter
panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan
tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu
gol diletakkan di atas garisan belakang.

Pintu Gol  Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua
tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar
(crossbar).
 Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala
ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan
warna putih.

27
Jaring / Tiang  Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia
Bendera mempunyai “mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
 Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang
permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini
di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat
daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

Kayu Hoki  Diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah
menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan
kayu yang mempunyai permukaan rata di bahagian kiri. Oleh itu
kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam
permainan
hoki.
 Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
a) Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan
dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan
dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan
ketinggian seseorang pemain dalam permainan.
b) Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89

28
meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g

29
hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g
untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya
510g- 624g sering digunakan.
 Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana
serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok
dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang
pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan
menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Bola Hoki  Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan.
Biasanyapermukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat
bola adalah diantara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara
224 g – 235 g.

Alatan Penjaga  Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai
Gol perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki
dari pergelangan kaki sehingga paras lutut.
 Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol.
Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia
berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada
penjaga gol untuk menahan bola.Selain itu, alatan lain yang perlu

30
adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung
mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga
gol lelaki.
 Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan
dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan
untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka
adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia
bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong.
 Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan
gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

Kasut Hoki  Pemilihan kasut yang tapaknya mencengkam ketika bermain


hoki di padang rumput tiruan ataupun yang kering. Manakala
padang rumput yang berkeadaan basah, pemain boleh memilih
kasut yang berpaku seperti but bola sepak.
 Ini adalah disebabkan kasut yang bersesuaian dapat
menghindari pemain daripada mudah terjatuh.
 Peralatan lain yang diperlukan oleh pemain hoki ialah but stoking
panjang dan pad. Pad kaki adalah dipasang pada bahagian dalam
stoking panjang.
 Pad kaki ini dapat memberi pelindungan kepada tulang betis
daripada pukulan kayu atau pantulan bola.

31
6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki memainkan


peranan yang sangta penting bagi seseorang pemain tersebut. Sekiranya seseorang individu
tersebut tidak menguasai kemahiran-kemahiran asas berkenaan, maka timbulnya masalah

32
33
kecederaan kepada diri sendiri mahupun rakan sepasukan dan juga pihak lawan. Segelintar
kesalahan mudah mendatang kesan negatif kepada pihak-pihak yang terlibat.

Dalam zaman yang serba moden ini, bersukan bukanlah perkataan yang asing dalam
kehidupan kita. Bersukan bermaksud satu aktiviti yang memerlukan ketandasan atau
kemahiran serta tenaga untuk berhibur atau bertanding. Setiap orang mempunyai pelbagai
cara dan minat dalam bersukan. Setiap orang mempunyai minat terhadap sukan yang berbeza,
ada yang minat berbasikal, berjoging, bermain hoki, bermain bola sepak dan sebagainya.
Kebaikan bersukan adalah peredaran darah akan menjadi lancar dan teratur serta badan akan
berpeluh. Apabila badan berpeluh, keadaan ini dapat mencergaskan badan kita dan
mencerdaskan otak seseorang. Ini amat penting bagi semua pelajar demi mencapai keputusan
yang cemerlang. Bak kata pepatah cikgu pendidikan jasmani dulu “badan cergas, otak pun
cerdas”. Sedia dimaklumkan, seseorang yang bersukan dapat disemaikan sifat-sifat murni
seperti bertoleransi, bertanggungjawab, bekerjasama dan sebagainya.

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul.
Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi..
Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak
ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh
menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain
itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota
seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang
harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada
berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan
peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara
satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta
dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti
diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran
aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah
negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara
menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

34
Namun begitu terdapat juga beberapa keburukan atau mudarat yang menimpa ahli
sukan terutamanya dalam bidang sukan yang agresif atau lasak. Sesetengah aktiviti sukan
boleh dianggap mencabar, berbahaya serta berisiko tinggi. Lantaran itu, pelbagai kesan buruk
akan timbul akibat bergiat dalam bidang sukan. Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar
tentang kecederaan dan kemalangan yang menimpa para atlet sama ada di dalam mahupun di
luar negeri. Saya berpendapat masalah ini seharusnya tidak dipandang ringan oleh semua
pihak sekiranya kita ingin melihat bidang sukan terus diminati ramai.

7.0 PERKARA-PERKARA LAIN

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa
menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan
35
yang negatif dan tidak diingini. Contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan,
dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

a. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar
menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi
jauh.
b. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang
terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
c. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan
tersebut sedikit berkurangan.
d. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika
hendak memukul bola.
e. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting
untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan
bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut
merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki:

36
8.0 RUJUKAN

1. Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob & Zalawati Binti Sufian.
(2003).Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan
2. Baungartner, A. T. & Jackson, S. A. (1991) Measurement For Evaluation In Physical
Education And Exercise Science . USA : Wm. C. Brown Publisher .
3. Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4. Carl Ward. (1989). Play The Game – Hockey. A Paramount Communication
Company.
5. David Whitaker. (1992). The Hockey Workshop – A complete game guide.
Champaign, USA : Human Kinetic Publishers Ltd .
6. Editorial Board. ( 2005).Step By Step Sports:Hockey.Petaling Jaya.
7. Hasan Hamzah, Maznah Awang Juhana Mohd.Nor, Muhammad Rusdan
Sallehudin, Muhamad Zaini Khalid. (1996),.APA DAN MENGAPA SUKAN.
Piramid
Perdana(M) Sdn Bhd.
8. Helen Teng . (1996) Manual Olahraga : Junjuara Publication Sdn Bhd.
9. Helen Ten dan M. P. Haridas (2006) Siri Sukan Popular, Hoki. Kuala Lumpur.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
10. Heyward, V. H. (1991) . Advanced Fitness Assessment & Exercise Prescription .
Champaign, USA : Human Kinetic Publishers Ltd .
11. Ismail Roslan (1992) Permainan Hoki. Johor Bahru. Penerbitan Ramli Sdn. Bhd.
12. James G.Hay. (1993). The Biomecanics of Sport Techniques, A Paramount
Communication Company.
13. Johnson, L. B. & Nelson, K. J. (1979) .Practical Measurements For Evaluation In
Physical Education . Louisiana State University : Burgess Publishing Company .
14. McArdle, D. W., Katch, I. F. & Katch, L. V. (1996) . Exercise Physiology . USA
.Williams & Wilkins .
15. Mohd Sofian Omar Fauzee . (2006).Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma
Publications Sdn. Bhd.
37
16. Muhammad Amran Kamsi. (1998). SIRI GLOSARI SUKAN HOKI, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur
17. Omardin Haji Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Sukan :Pengurusan
Sukan. Kuala Lumpur. Lohprint Sdn. Bhd.
18. Ricard Mangi, M.D, Peter Jokl, M.D, O.William Dayton A.T.C. Sport Fitness and
Training.
19. Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap
1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri
Bistari .
20. Vasudevant T. Arasoo. (1987) . Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecergasan
Jasmani : Siri Pendidikan Fajar Bakti.
21. Wee Eng Hoe (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani.
Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sumber Internet

1. http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&title=kenali-sukanhoki&
more=1&c=1&tb=1&pb=1
2. www.mssmkelantan.edu.my/hoki.pdf
3. www.masum.org.my/pdf/Peraturan/HOKI.pdf
4. http://www.scribd.com/doc/58608726/hoki-ansur-maju
5. www.slideshare.net/enabdacrazie/hoki - United State
6. ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
7. http://www.fih.ch/files/Sport/Rules/FIH-Rules%20of%20Hockey%202012-
interactif.pdf
8. http://www.fih.ch/en/sport/rulesw.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13...hoki
9. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1314146710.pdf

38
39

You might also like